Tuesday, August 26, 2014

Syusyu dah tunang ke?

HAI. ASSALAMMUALAIKUM pembuka bicara.

Okay. tetiba update blog kan. ekceli lupa password blog. hakhakhak.
ini pun pakai hentam baru dpt log in. terus ambil pen tulis password ni uolls..

Okay. jgn tanya lah mana hilang? mana pergi? sebab aku pun yakin korang pun tak ingat aku dah. HAKHAKHAK.

Okay. ( perasan tak dah 3x okay?) nampaknya aku dah tak ada skills nak menaip dlm blog lagi. arghhhh.

Okay. ( okay lagiiiii) secara singkat nak cerita aku dah masuk final year di upm! yeayyyyy. sedar tak sedar cepat masa berlalu. dannnnn... dah 3 bulan jadi tunangan oranggg. hehehehehe. *blushing*
siapakah beliau?

...........................

siapa lagi lah kalau bukan mamat yg aku banyak cerita dlm blog nii. macam2 aku dah gelarkan dia, mr wanchai, botak, apa lagi? haa.. sekarang ni aku panggil dia KR je. zaman suwit muwit dah habis dowh.

ni nak cerita sikit. alkisah nya dia tu tak ada lah romantik mana. ajak aku bertunang pun dalam kereta. kita ni kekonon nak lah lamaran yang sweet romantik gittew macam dalam drama tu kan. NON HADO!
dia masuk kereta dia ckp " syg, bulan 6 my fmly nk dtg meminang u". tu je? kemon la.

HAHA. teruk aku ni. spesies manusia tak reti bersyukur. jgn ikut taw. ;p

alkisahnya lagi seminggu sebelum tunang aku di masukkan ke hospital dek kerana keracunan makanan. sadis betul, berat bdn mendadak turun. hati dah risau takut baju tunang dah longgar pakai. dem!

tp alhamdulillah.. aku tahan sehari je dah boleh keluar. ku sangka panas hingga ke ptg rupanya  hujan
di tengah hari. (eh betul kan?)

esok tu aku dapat tahu yg dia kena tahan hospital sebab demam panas. bukan sehari. tapi 5 hari. ;(
tiap2 hari gigih aku duk jaga dia kat sana. jaga tak jaga sgt lah, sebab aku pun ada kelas lagi sebelum nk final exam. nampal? tunang nakk.. final exam pun nak.. gataii. ;P

Okay. dipendekkan cerita alhamdulillah dia dapat juga keluar hospital sehari sebelum majlis pertunangan kami berlangsung. tanggal 7 jun 2014. alhamdulillah.. selamat bergelar tunang pd dia.
tak ada apa yg diharapkan hanya semoga Allah permudahkan segala urusan kami untuk ke peringkat yang seterusnya. insyallah...

semoga hubungan yang terbina selama 6 tahun ini dapat diakhiri dengan ikatan yang sah. doakan ya! bai.











Wednesday, August 28, 2013

HAI.

hai. rasa nak update blog. maka ini lah hasilnya..

sedar tak sedar salman anak buah kesayangan sudah ,menjangkau setahun 3 bulan. cepatnya masa berlalu! sudah pandai berjalan, berlari apatah lagi. rasa macam jaga anak sendiri pula. tak tahu lah kalau nanti kakak dah pindah rumah baru, mesti aku bosan  tak ada salman kat rumah. 

salman ni suka menyapu. bangun pagi je capai menyapu. suka main senduk. kuali. suka teman nenek dia masak kat dapur. suka main anak lesung sampai terhempap kat kaki. HAHAHA. ok.

sekarang dah bole cakap sikit. tapi just cakap " nak.. nak.. nak". "ama.. ama.. ama.." "tata.. tata.. tata.. tatih..." ok, yang tatih tu gua tak tipu. betul dowh. HAHA.  

bila dengar azan, terus takbir, "Allahuakbar". haha. comel. ohya, budak ni tak kawan dengan budak sebaya dia. kebiasaannya dia akan berkawan dgn budak yg setahun atau lbh tua dr dia. pelik jugak. tapi, tu lah dia salman. 

pandai bawa diri kalau pergi rumah org. ;p dia punya bawa diri tu memang bawa diri sgt lah. kalau tak kawal, boleh jadi masalah. ;p pendek kata, aku tak sangka anak buah pertama yg aku dapat ni aktif nak mampuih. sesaat susah nak tengok dia diam, kdg2 tengok budak sebaya dia senyap je, duduk je, dia jangan harap lah. mak kata dia ikut genetik ayah dia. kitorang adik bradik tak macam ni dulu. HAHA. ok. tahu dah. 


tak sabar nak tengok dia membesar. ;D


sekian.






Tuesday, July 16, 2013

saya belum kahwin

soalan lazim yang manusia2 di atas muka bumi Allah ini akan tanya bila kau tengah bercinta :

" bila nak kahwin?"

"bila nak rasa nasi minyak ni?"

"bila nak berlangsung?"

blablabla... dan blablabla.. ENOUGH. ;3


pastu bila dah kahwin, depa akan tanya soalan2 ni pula :

" dah berisi?"

dah dpt berita gembira ke?"

" bila pulak nak jadi mak & ayah ni? tak sabar pula rasa"

blablabla dan blablabla.. LAGI? ;3


bila dah dapat sorang anak, depa akan tanya :

" bila nak tambah lagi sorang?"

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

ek'eleh, bunyi macam stress pula kau ni syu. rileks lah. soalan kacang the pieces je dorang tanya, tak mati pun kalau kau jawab macam mana pun even kau tak jawab pun depa bukan kisah, cuma free2 je la depa labelkan kau kurang diajar. hikhikhik. OKAY. 

KEJAP. tajuk macam tak selari dan bersatu padu pula dgn isi entry kau ni syu? okay, abaikan, memang saja nak letak tajuk tu. korang sendiri lah bg tajuk kalau rasa tak seswai. CUKOP. 

ekceli, pokoknya aku nak HIGHTLIGHT utk soklan yang FIRST sekali tu haaaa... gi baca gi! jgn malas! 


okay, begini lah ye, aku faham soalan2 tu soalan biasa. tak akan depa nak tanya " bila nak putus ni? " itu memang makan kaki cerita dia nanti. dah aku pun muat turun gambar berdua dgn boipren tercinta, memang lah depa akan tanya gittew, ye dok? tambah, aku faham ada di kalangan kawan2 di fesbuk, tweet, insta semua tahu aku dgn dia dh menjangkau 5 tahun kapel. so, soalan yg macam tu normal la dowh. lg sekali, DOWH.  hakhakak. syu gila.


ada kawan2 tak sabar nak rasa nasi minyak we alls kononnya. kalau uolls tak sabar, iolls ni lagi lah tak sabar nak makan nasi minyak kenduri iolls sendiri uollls... hah, tengok, kan dah TER'maria elena dah ni. hihihihi. TAPI, orang kata, kita hanya merancang Tuhan yg menentukan, Insyallah.. kalau diizin Tuhan, paling penting kalau jodoh kami kuat, ( aku harap sgt kuat la woii. hakhak) sure kami akan mendirikan masjid jugaK. ;p. 

eh, kejap. " kau ingat kau siapa nak bagi statement2 camni? kau bajet kau retisssss? daaaaaa!" 

as usual, kisah pulak kite? ( tangan atas bahu mata ke atas) hak ber'blog, hak aku. ngeeeee. 

OKAY. FRANKLY say, aku masih belum mampu untuk ke arah itu. aku masih lagi belum boleh berdiri atas kaki sendiri, aku masih belum boleh berpisah dengan mak abah aku, aku masih belum matang dalam menangani apa2 konflik dan masalah, mau secara peribadi atau tidak, aku masih belum mampu lagi berfikir secara di luar kotak, apa lagi? hah, memasak, kemas rumah, apa lagi? ohya, aku masih belum tamatkan pengajian aku, paling penting, aku masih belum bekerja dan tidak pernah ada pengalaman bekerja pun apatah lagi kerjaya sendiri, nak ke arah itu makanya aku haruslah apa? harus lah habiskan pengajian aku duluuuuu. kan?? kan?? kan?? sambung lagi, aku masih belum bagi duit gaji aku pada mak pak aku, aku masih belum dapat bercuti bersama kawan2 lagi,aku masih belum habis lagi menuntut ilmu cara2 memikat hati mentua, eh? dah tu engkorang ingat kalau engkorang kahwin nanti engkorang hidup berdua je lah? mak pak mentua korang? hikhikhik. 


mahu mendirikan masjid ni bukan semudah abc, jum adik2 kita mengenal abjad.. A, B, C, D, E, blablabla.. NO! it's not easy as u think dowh. lagi sekali. dowh. hakhakhak. aku suka perkataan ni. comel jeeee. k. sambung balik. secara kasar dapat dilihat aku ni bukan lah seorang yang alim, beriman apatah lagi, aku hanya minah biasa yang masih lagi merangkak2 nak cari jalan lurus. aku ada dengar ceramah dari ustaz kazim elias dlm rancangan dia tu, apa nama eh, lupa pulak. hahh.. kalau dah jodoh. kan? dia ada kata, kalau nak kahwin ni pertama sekali kena ada 'ilmu'. so?? tepuk dada, tanya lah dada. eh?! kbai.

CUKUP LAH SAMPAI DISINI SAJA. DARIPADA BATIN TERSEKSA, LEBIH BAIK KU PERGI SAJAA..

err,, kaitan? 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...