Monday, December 26, 2011

MAXIS new MOTTO: Customers money, Our money too. ;)


Seriously, rasa sangat2 geram, marah, frust pun hado dengan MAXIS ni. dah dekat setahun aku pakai Blackberry. dan dah dekat setahun jugalah aku bersabar dgn maxis ni. tak habis2 nak telan kredit aku. baru topup RM10.00. tolak dengan charge BIS (Blackberry Internet Service),sebanyak RM2.50, makanya kredit aku harus tinggal RM7.50. Tak sampai esok, kredit aku dah tinggal 6 sen? musibat beteii lah. kadang2 tak 6 sen, 2 ringgit. Kalau tiap2 hari aku topup, asyik kena telan je, kayap aku der. -_-

memandangkan dah kerap sangat berlaku macam ni, aku buat panggilan terus kpd MAXIS. & guess what? dia cakap kredit automatik tolak bila ia dpt detect GPRS. what the fish?  Then, aku tanya, tak ada apa2 solution ke utk tidak bagi kredit aku ditolak? dia cakap, kena betulkan setting data services pada Blackberry. HELLO! kalau dah aku kena off kan setting data services tu, acane nya aku nak ber BBM, tweet, fesbuk bagai???!  sakitnya hatiiiii. T_T

what a nonsense solution u gave?? MAXIS!

seriously, gua tak faham. what's the point  charge utk BIS, kalau selepas itu,kredit aku kena tolak lagi?? aku tak pasti sama ada celcom, digi buat perkara yg sama macam ni atau tidak, tp based on apa yg aku dgr dari kawan2 aku yg pakai celcom & digi. so far.. semua kata kredit diorang tak pernah ditolak. dan aku pun dengar perkara yg sama juga daripada kawan2 aku yg guna maxis. kredit diorang pun selalu kena tolak tiba2. -_-

So, should i move on to celcom or Digi? mula2 pakai fon pun dah biasa pakai maxis. agak keganjilan pula rasa kalau pakai celcom or Digi. -_- here, i have a new motto for Maxis :
Customers money, Our money too. ^_^\/ 


Sekian, bai.


Sunday, December 25, 2011

TREND: Novel diadaptasi menjadi filem & drama

Hye guys! assalammualaikum.. ;)

Nowadays, kita dapat lihat yang penggiat seni tanah air kita semakin bijak dan kreatif dalam menghasilkan drama & filem. ;) sekarang ni, mereka menggunakan novel sebagai bahan untuk mereka hasilkan drama & filem. menarik bukan?;)


Masih ingat lagi filem 'LAGENDA BUDAK SETAN?';) filem ini diadaptasi daripada novelis Ahadiat Akashah. Dengan menggunakan tajuk yang sama, Filem ini berjaya mengutip 1.7 juta selepas empat hari ditayangkan. Filem ini berjaya meruntunkan hati penonton seperti mana ia meruntunkan hati kita bila membaca novel ini. 


Novel ini juga tidak ketinggalan diadaptasikan kepada drama ber-episod, iaitu di saluran astro prima. lakonan Farid kamil & Jue aziz. ;)

 



slot akasia Tv3, iaitu: NORA ELENA. diadaptasi daripada novelis Meen Zulaikha, yang bertajuk 'Kasih Yang Suci'. Untuk tampak kelainan, mereka jadikan nama watak utama di dalam novel tersebut, iaitu NORA ELENA sebagai judul di dalam  slot akasia Tersebut. ;) 

slot ini berjaya meraih jutaan penonton di Malaysia. Termasuklah insan ini. ;) tidak dinafikan, tanpa pelakon yg berbakat, mungkin slot ini kurang mendapat perhatian penonton. Pemilihan Aron aziz & Siti Saleha sebagai peneraju utama di dalam slot ini berjaya menghidupkan lagi cerita yang dikarang oleh Meen Zulaikha ini. ;) 


Terbaru, novel bertajuk 'Ombak Rindu' cetusan idea oleh novelis Fauziah Ashari. Ia juga telah diadaptasikan kepada filem. tak silap aku, kutipan dah mencecah 10 juta, betul tak? ;) personally, aku memang suka sangat baca novel ombak rindu ni. So, bila difilemkan, memang excited sgt nak tengok. ;) overall, okay lah. tak sehebat novel, Tapi, aku puji dgn effort yg dilakukan oleh pengarah filem ini, iaitu Osman Ali. ;) Mungkin, penangan pelakon utama filem ini, iaitu Aron aziz & Maya karin yg berjaya tambat hati ramai penonton. ;)



Coming soon, aku tak sure bila, drama bertajuk 'Bicara Hati' pula akan ditayangkan. ;) ini pula diadaptasi daripada novel 'Bicara Hati', oleh novelis Damya Hanna. kali ini, pemegang watak utama adalah pendatang baru, iaitu Shaanaz Ahmad dan Kris Chempaka. kedua2nya sama cantik, sama padan.  klik sini utk lebih lanjut. ;)


To be honest, tak pernah baca lagi pun novel ni. ;p tapi, tak apa lah, nak try tengok dlm bentuk drama terus. hue hue hue.


Personally, aku rasa idea daripada novel difilemkan, atau didramakan adalah satu idea yang menarik. novel yang begitu menarik perhatian pembaca adalah plihan utama buat pengarah2 & produser pada waktu ini. ;) see? menulis novel pun boleh masyuk kalau jalan cerita korang menarik & tertarik gittew. ;p

Tp, apa yg aku perasan, jalan cerita semua macam nak sama je kan? mula2 benci each other, kemudian baru jatuh hati bagai. pastu, perkahwinan yg tidak rela, dipaksa, perasan tak? ;p maaf, tapi ini lah yang aku rasa. di pihak korang, aku tak tahu lah kan. ;) apa2 pun, tidak dinafikan, trend novel diadaptasi menjadi filem & drama ni semakin dapat diterima ramai oleh rakyat malaysia, itu pun dah cukup bagus bukan? ;)

sekian.

p/s: filem ayat-ayat cinta daripd novel ayat-ayat cinta sgt osem!

HATE with this new facebook TIMELINE.

Peace be upon u guys. 

i'm totally suck with facebook rite now. seriously, it's just make me want to deactivated my account! grrrrr. did u get it MARK ZUCKERBERG?? ( huh, tiba2 emosional) i just want my old profile back. ;-(

Did u was a victim of this bullshit TIMELINE? ;-p 



ya, aku antara mangsa2 nya. ekceli, tak ada lah mangsa sgt, tangan aku yg gataii sgt upgrade pada TIMELINE. now. amikaw! Harrem J tak boleh tukar pd yg asal.  dah macam myspace aku rasa.T_T  oh MARK ZUCKERBERG, what hv u done hah..? ;'(

perasaan menyampah semakin membuak bila tengok profile bertukar rupa. membuatkan tuan hambo konfius sat, eh, aku TER-log in MYSPACE ke ni? DEM! Makanya, aku memikirkan pasti ada jalan penyelesaiannya. So, aku terus google. yes! ada cara nak turn it on pd yg asal! ;) siap ada video tutorial lagi. & guess what?? Harrem! semua cara aku dah ikut, tp still TIMELINE bodoh ni bertenggek lagi kt profile fesbuk gua. sedih tahu? 

see? kemain byk cara2 nk removed, tp semua tak boleh pakai!

Puas sudah mencari solution, tp akhirnya, aku harus menerima kenyataan yg this TIMELINE is permanent. ;') REDHA itu ikhlas.. PASRAH itu menyerah. errk, tetibe je masuk mood ombak rindu. Tuihhhh. what ever is, hope  yg satu hari nanti akan ada juga solution utk timeline bodoh ni. -_-

antara beribu2 yg benci dgn TIMELINE. ;p

We should make a group to those dont like dis timeline. -_-


see! see! it's permanent. ;(

kecewa betul ni! ;p

miss this old profile. ;'(



okay. okay. i hv to admit that.. this new TIMELINE  sgt cooll. ( tangan atas bahu, jelir lidah) oleh sebab itu, aku dah create satu cover page yg sgt osem! nahh!

hahahahaha!

Sekian, bai..

Saturday, December 24, 2011

hidup saya memang 24Jam dgn awak.

BERCINTA ni memang BEST. rasa DISAYANGI, rasa DIRINDUI, rasa DICINTAI. Tapi, ia boleh jadi sgt annoying bila ko rasa hidup ko DIKAWAL, DISEKAT, DIKONGKONG, DIPERHATI. sebabkan sayang, kita rela diri kita dikuasai dgn semua perkara2 tu, walhal kita sedar yg kita tak selesa langsung pun! sejauh mana benda ni worth it utk korang? for me, tak worth it langsung! i hv my own life. u just my boyfriend, not my husband yet. 

hidup dgn care die, tak rimas?

24 jam nak kena sms, bagi tahu buat apa, kat mana, dgn siapa. dah macam polis, all the things nak kena report. bila tak report, bergaduh, kadang2 tu sampai berminggu2, it just about this stupid things. ekceli, benda ni bukanlah jadi pada aku, tapi pada kawan aku. mostly, kawan perempuan lah. setahu aku, perempuan yg sikap rupa gini. tapi, rupa2 nya sekarang lelaki pun dah melambak perangai KING KONTROL ni. ;p

tiap2 mase disoal siasat mcm ko penjenayah,  annoying kan?

bohonglah aku tak pernah hadapi situasi macam ni dulu. sgt tertekan ye. bila semua perkara tu dibuat, seolah2  dia langsung tak percaya pada kita. so, putus je lah kalau rasa tak boleh nak bg kepercayaan pd pasangan. aku rela putus, dari hidup 27 jam dgn dia je.erkk. Hak masa bercinta dgn sudah berkahwin tak sama. Bercinta, ko belum officially jadi bini atau laki dia. So, apa sahaja yg dia buat, tak payah nk report2 sgt lah. tak ada istilah syurga di bawah telapak kaki boyfriend pun. 

So, utk gadis2 di luar sana, fikir2 kan lah dgn rasional sama ada apa yg korang buat tu berbaloi atau tak. semua tu just buat korang makan hati je. ;) be a smart girls. tak salah nak tunjuk rasa sayang kita, tp bukan dgn cara ikut je telunjuk dia. belum tentu dia pun jujur dgn korang 100%. ;) belum tentu apa yg dia nak kita buat utk dia tu, dia buat utk kita juga. So, think it deeply girls. ;-) u hv ur own life. ko ade kawan2 juga yg perlu ko ambil berat, ko ada family, so.. tak perlulah nak hidup kerana bf semata. okayy. 


sekian, bai.

Saturday, December 3, 2011

AL-Fatihah Rara Zikry : Kajang dilanda Banjir

peace be upon u guys.

sekalung takziah aku ucapkan pada keluarga Rara Zikry, atau nama penuh beliau Zarith Nadhira, meninggal pada usia 23 tahun. terlalu muda. ajal tak kenal usia. Bila2 masa TUHAN boleh ambil nyawa kita, dan aku pasti TUHAN sgt menyayangi Rara. Sebab tu arwah diuji dan diambil nyawanya pd usia begini. ekceli, aku tahu mengenai beliau pun bila aku  menonton NONA pd 9 oktober yg lepas.

Rara meninggal dunia akibat penyakit Brain Disorder DUE to Less of Oxygen yg telah ditanggunginya selama satu tahun lebih since March 2010. Seorang yg sgt cantik. ;') Nak tahu lebih lanjut pasal Rara, taip je Rara Zikry, CONFIRM keluar. ;) kalau malas, terjah blog ni  Dialog Uda : Rara zikry dlm kenangan  aku pasti bukan aku seorang je yg update ttg arwah. ramai lagi. ;) semoga ROH arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. amiin. AL-FATIHAH.. 

Image Detail  

kpd yg lemparkan pelbagai kata2 yg tidak elok ttg arwah mengenai kehidupan arwah sebelum sakit, bawak2 la insaf. Tuhan ada pelbagai cara yg DIA akan bagi pd kita utk hapuskan dosa2 kita, apa kata korang muhasabah dulu dosa2 korang sebelum nak hitung dosa2 org eh.;)


hah! nampak tu? pekan kajang banjir woo.. ekceli, aku baru je balik dari pergi beli barang kat metro kajang. ;p masa balik tu, dah perasan dah air mula naik. aku apa lagi, terus ajak mak aku balik. alhamdulillah.. kami tak ada lah terperangkap. sebab sedar awal. ;p tp agak kasihan dgn yg lain. harap2 semua ok & selamat. basement parking di metro kajang memang dah jadi sungai dah. sebab tu lah aku memang tak berani nak parking bawah tu. sebab dah selalu sgt banjir. aku harap semua ni dapat kita jadikan sebagai pengajaran dan keinsafan. yela, mungkin TUHAN ada sesuatu yg mahu DIA tunjukkan. 

sekian..



Tuesday, November 29, 2011

Kosmo ~ Harimau Muda Malukan Negara

peace be upon u guys. ;)

i'm blogging here. semalam, telah diketahui umum yg skuad bola sepak negara kita, iaitu 'Harimau Muda' telah tewas pada 10 minit terakhir dgn Bahrain, iaitu 3-2. it's just like a miracle for Bahrain. siapa sangka kan, dalam waktu yg singkat, Bahrain dapat mendahului Harimau muda kita dgn 3  gol sekaligus. Ternyata mereka tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencari peluang utk menang. Itulah sikap yg harus skuad bola sepak kita contohi. 


Walaubagaimanapun, Harimau Muda tetap tidak menghampakan kita. ;) corak permainan yg dilakukan oleh Harimau Muda adalah baik, mungkin diorang menjadi terlalu selesa dan leka seketika apabila telah mendahului 2-0 kpd Bahrain. tak apa lah, tak ada rezeki nak menang di tempat sendiri. we still proud of u ya! ;)



WELL, adat manusia. Bila menang disanjung, bila kalah, dihina, dicerca. ;) Hari ini, di dalam surat khabar Kosmo, iaitu di front page surat khabar tersebut, aku lihat satu headline yg kurang senang bila dibaca. ;p iaitu, " Harimau Muda malukan negara". Tapi, silapnya aku ni, aku tak beli pula kosmo tu, aku just beli sinar harian & metro je. So, bila buka je twitter, Timeline dah full dgn ketidakpuasan terhadap akhbar Kosmo yg dikatakan terlalu kurang ajar dan tidak langsung memberi kata-kata semangat kpd skuad bola kita.


MANUSIA, memang cepat melatah. aku ni pun tanpa usul periksa, terus join sekaki sekali berikan pandangan pasal isu ni di twitter. ;p syok punya syok, nasib baik classmates aku, kak yan tegur, dah baca ke belum isinya? Demmit! baru lah aku tersedar. haha. Btw, Tq kak yan sebab tegur. aku hampir lupa yg aku ni bekas student wartawan. ;p supposely, aku lebih tahu etika2 dalam wartawan ni kan. ;p aku pun terus bukak website kosmo, & baca artikel tersebut. ;)


Well, Don't judge by it's cover. ;) tengok headline memang rasa bengang, tapi bila dah baca artikel tu sendiri, ekceli tak ada pun perkara2 yg menjatuhkan maruah skuad negara kita. Semua yg ditulis oleh wartawan tersebut adalah sebuah laporan penuh mengenai game pada malam itu. ya, memang itu lah kerja wartawan kan. Cuma kesilapan yg dilakukan oleh akhbar kosmo ni adalah pd headline yg diletakkan tidak sesuai dan bunyinya agak kasar. pasti pemain2 Harimau Muda terguris hati bila membacanya, walhal diorang dah pun sedaya upaya nak menang malam tu kan. bukan tak ada effort langsung. Siapa lagi nak sokong skuad negara kita, kalau bukan kita sendiri rite? 


nak baca artiket tersebut klik KOSMO . ;)


Di twitter, kecoh.siap jadi trend lagi. ;) semuanya menunding jari pada wartawan yg menulis artikel tersebut. ekceli, headline di akhbar, bukanlah 100% create oleh reporter, tp oleh editor. So, jgn lah blame wartawan tu ye, kesian dia. hehehe. Supposely, as Editor, dorang kene lebih peka tentang isu begini. kalau dorang tak approve headline yg macam tu, perkara ni tak kan jadi kecoh. Mungkin ini lah kelemahan yg ada pd akhbar kosmo. no wonder lah lecturer2 aku dulu tak suggestkan baca kosmo. ;p






Dalam asyik melihat Timeline di twitter yg penuh dengan isu Kosmo harini. seorang ex officemates aku di suria, iaitu kak ain ada bagi pendapat dia sedikit tentang etika kewartawanan ni. ;) 




pemain harimau muda, iaitu Fakri juga tidak ketinggalan melahirkan rasa kecewa beliau terhadap akhbar kosmo di laman twitter. ;)




well guys, apa yg aku boleh simpulkan di sini, kesilapan yg dilakukan oleh akhbar kosmo adalah sgt tidak dapat diterima oleh rakyat malaysia. berani sangat pun tak bagus juga kan. jgn ikut macam reporter barat. dorang memang tak pernah follow etika pun. nak berani2 pun, tgk tempat lah ye. ;) di malaysia, perkara ini sgt sensitif di mata kita. ingat tu. hehe. ;) even pemain bola sepak kita tak menang, tp kita still sokong dorg 100%. ;) So, beware. huhu..


apa2 pun, aku sangat bangga dgn semangat rakyat malaysia. ;) ternyata kekalahan Malaysia kpd Bahrain semalam tidak sedikit pun melunturkan semangat kita utk terus menyokong skuad tanah air kita. Go! go! Harimau Muda! Harimau Malaya! ;)


akhir kata, maaf kalau ada terguris hati, tidak berpuas hati ke, ia sekadar memberikan pandangan. ;)


sekian..


p/s : berat sungguh tanggungjawab wartawan ni. salah tulis, habis ko. ;p

Wednesday, October 26, 2011

Cinta Muka Bulu ;)



ketawa berdekah2 bila aku tengok video ni yang ditweet di laman sosial twitter aku. ;p
baru sekarang berkesempatan nak share kat blog ni.

Tajuk lagu " Cinta Muka bulu". Based on lagu NAJWA LATIF, "CINTA MUKA BUKU". ;-p
inspired by pengguna2 Twitter kat Malaysia ni. Ia ditayangkan bersempena "OctoberTweetFest".
sangat syok ok! haha.

main words ia adalah "BULU". haha. korang tengok lah eh! sumpah ketawa sorang2 macam gile. ;p
so creative! ;p

sekian..

" CINTA MUKA BULU"

kita berkenalan hanya dalam laman muka bulu,
kau hantar bulu, dan suruh terima kamu.. ooh...
Hatiku rasa berbulu..

Dan pabila kau kata kau mahu bulu aku
Ku gelisah berdebar hati rasa oh berbulu.. ooh..
kenakah rasa itu...

Bagaimana harus bersua..
Ku rasa berbulu, tapi bahagia..
Perlukah kita,, cari bulu pertama..
walaupun kita.. tak pernah sebulu...

Banyak bulu2 yang berada di minda..
banyak tanda tanya dan juga kata kerja..
Otak kata jangan, bulu kata ya..
Hidup tak menentu adakah ini bulu..
Banyak soalan, banyak juga berbulunya..
kata hati rasa tak dibiar saja..
setiap yang berbulu ada kebaikannya..
harus pejam mata dan cuba bulu saja..


pabila kau renung tajam2 bulu aku
ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu..ooh..
ini cinta berbuluku..

dan pabila kau katakan kau suka bulu
ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju..ooh..
itulah cinta yang satu..
cinta di muka bulu..




Saturday, October 22, 2011

alert dgn current issue


Peace be upon u guys. ;) 

semalam, aku telah menghadiri temuduga kerja bagi position web journalist di KARANGKRAF. Dah berbulan tanam anggur, baru sekarang terhegeh2 nak cari kerja. ;p To be honest, i'm totally out with this interview. ;) sile simpati. sebab? sebab aku tak prepare dari segi mental.
Malam sebelum interview tu, ada lah buat research sikit pasal karangkraf. Refresh balik subjek2 journalist masa kolej dulu. Tapi, ada satu perkara yg aku rasa paling worse sekali yg tak perlu berlaku kepada seorang student journalism. -__- yakni: aku tak baca current issue kat surat khabar. Itulah perkara yg paling bangang sekali kalau korang yg ambil journalist tak pernah ambil tahu isu semasa. acane tu..? ;p



Sebelum temuduga, aku diminta untuk buat ujian menulis. di dalam ujian tersebut, aku kena edit berita, buat translation from english to Bahasa. Ujian menulis aku tak ada masalah, sebab dah biasa buat ujian2 macam ni masa kolej dulu. So, tak adalah panic. Tapi yang menjadikan panic tu, bila masuk interview. For the beginning tu, ok lah. just introduce urself, background, experience during ur study. Semua tu aku tak ada masalah. aku cerita dari A-Z.

Then, bermulalah soalan2 yg pada mulanya suam2 punye soalan lah, lepas tu, amikaw! membunuh! ;p ni antara soalan2 yg ditanya oleh 2 dua orang panel pada aku mengikut level2 ye. hahaha.. :

Portal apa yang awak selalu bukak untuk cari news?

Bagitahu saya tentang kepakaran awak?

Apa yang awak boleh convince kan kami untuk kami ambil awak bekerja dgn kami? 

Macam mana awak boleh yakinkan kami yang berita awak hasilkan itu bagus?

Apa yang awak tahu pasal isu di selangor?

Awak tahu tentang Perhimpunan sejuta belia?

Bayangkan saya Elizabeth Wong, soalan2 apa yang awak nak ajukan pada saya?


;-) <-------- nampak tak wa tgh tersenyum riang ni? kakakah! itulah antara soalan2 yg ditanya oleh judges pada aku. yg aku BOLD tu, tu paling killer punya soalan utk aku. ;p well.. secara jujurnya, untuk soalan isu di selangor, siyesly aku tak boleh jawab. Perhimpunan sejuta belia punya soalan tu, aku boleh jawab sikit2. 

But.. unexpected soalan yg aku dapat, adalah mengenai Elizabeth Wong!! weiii. kadang2  aku ni memang ambil tahu isu politik. ;p apa yang aku tahu isu elizabeth wong ni adalah tentang isu video %&#@ dia tu. The rest aku tak tahu!! sile hempuk saya. -_- korang dapat bayangkan tak bagaimana panic & clumsy nye aku nak jawab soalan2 tu. Ekceli, itu semua soalan yg senang. Tp disebabkan sikap malas aku yg tak nak ambil tahu isu semasa, menjadikan aku sgt bangang di situ. sile simpati. 

so.. untuk semua graduan2 & pelajar2 journalist esp, kat sini aku nak bagi tahu perkara2 yg korang perlu buat sebelum hadir temuduga:



1) show ur good appearance : ini antara faktor pertama sekali yg panel akan nilai korang, yakni, dari segi penampilan korang. Bg lelaki, jgn lah selamba korang je pakai jeans dgn Tshirt. cer pakai kemeja dgn seluar slack, kalau nak tampak lg kacak bergaya, pakai lah Tie! ;) CONFIRM panel suka! ;p Yg ladies2 ni, pakai lah baju kurung ke, kemeja dgn seluar slack atau skirt. Tp jgn lah pendek sgt sampai nak nampak tuttt. ;p rambut bagi lah kemas2 ye nok. kalau lelaki, pakai lah jel rambut, yg perempuan ikatlah rambut tu. tak payah nak tunjuk macam iklan syampu sgt lah. ;p bg yg bertudung, bagi lah style2 sikit. ala2 hana tajimo ke, maria elini ke. ;p baru nampak menarik! ;)


2) show ur good manners: appearance je lawa, attitude hampeh tak kene jugak. Jgn lah korang pakai masuk je bilik interview tu. Ketuk pintu dulu sebelum masuk, then bagi salam. kan ke sejuk je panel tu tengok. Dah lah penampilan tertarik menarik, pastu berbudi bahasa pulak tu. ;p jgn nak gatal2 on fon korang, kalau nak on pun, mute kan. Duduk kasik sopan sikit. Jangan terkangkang, dan sewaktu dengan nye lah. ;p


3) Give all ur attention to judges: Eye contact tu kene ade. jgn panel tanye korang, korang pandang kaki diorang pule. ;p tunggu panel tu habis bercakap, baru korang cakap, jgn pakai masuk je macam korang borak kat kedai kopi. ;p bila bercakap, pandang diorang, bukan pandang baju diorang. tak payah nak poyo2 kunyah segala macam gula lah kat mulut korang tu ye. so rude! 


4) Speak mannerly during answer the questions from judges: tolong biasakan diri korang bertutur dgn betul semasa conversation dgn Panel2 tu. avoid use word : aku, kita, korang, diorang, kitorang,. alah.. macam blog aku punya ayat ni lah. ;p esp yg ambil wartawan ni hah. cakap biarlah nampak macam kita student wartawan kan. ;p


5) Do the Research about the company: macam korang nak kahwin lah kan. Sebelum kahwin, korang mesti lah kena kenal dulu family pasangan korang macam mana, supaya bila dah kahwin nanti, korang dah faham apa yg family tu tak suka & suka. betul tak? so.. same goes with interview. kalau nak bekerja dgn company tu, kenalah study the whole things pasal company tu. Kalau judges tanya nanti, acane? ;) mcm mana korang nak kerja dgn company tu, kalau korang sendiri tak tahu company tu sebenarnya company ape? ;p

hah.. yg ni persediaan yg sgt PENTING utk journalism Student!:


6) Rich with general issue : aku rasa yg ni bukan student wartawan je kena expert, semua calon2 yg nak interview mana2 job pun, kena tahu general issue. Dari situlah panel2 akan nilai dgn lebih terperinci sebenarnya. So, banyak2lah membaca, research tentang perkara2 yg korang tak tahu sebelum panel2 tu tanya korang ye. ;) cer kalau diorang tanya: " siapa menteri kewangan?" korang nk jawab apa? Aron aziz? hahaha.


7) Alert with current issue:  kalau kita sendiri tak tahu isu2 semasa, acane kita nak bagi maklumat untuk orang? Rajinkan diri anda semaksima yg boleh untuk baca newspaper. ;) jadikan isu politik, sukan, luar negara dan lain2 lagi sebagai isu faveret korang. ;p kalau tak, terkial2 korang nak menjawab macam aku semalam. ;p sile simpati. walaupun politik kat malaysia ni macam &^%#, tapi korang kena syg dia mcm korang syg buah hati korang. hahaha. jgn jadi katak bawah tempurung, semua benda korang tak tahu. mampuss! ;p

Trust me, kalau korang dapat kuasai dua perkara ni, automatically korang akan confident masa nak jawab soalan panel. bahasa tunggang terbalik tu belakang cerita, kalau panel2 tu tengok korang memang sgt tahu tentang general issue & current issue, plus korang selitkan dgn sedikit ulasan tentang pandangan korang sendiri tentang isu tu. Confirm lu dapat beb! ;D
nak jadi wartawan , kena ada critical thinking. kalau TAK, susah. MACAM insan ini. T_T

cerita aku ni bukanlah untuk menunjukkan kebodohan aku sendiri, tapi aku nak bagi pengajaran utk korang kat luar sana, dan pengajaran untuk diri aku sendiri ekceli. aku harap lepas ni, aku tak ambil ringan lagi hal2 macam ni. kalau berterusan macam ni, tak kerja aku weii. haha. 

sekian...



p/s: jgn tak tahu, ujian memandu pun ada utk interview ni! ;p

Tuesday, October 18, 2011

diploma kewartawanan 2008- 2011


Tanggal 15 oktober 2011, secara officially nye aku telah menamatkan pengajian aku di dalam jurusan Diploma kewartawanan di Kolej terunggul ku. ;) Selama 3 tahun belajar di tempat orang, banyak mengajar insan ini erti berdikari dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. ;)

Rasa macam baru semalam je wa bawak beg untuk check in hostel kat Jalan berserah tu. ;p tup tap.. tup..tap.. dah habis. Time running so fasttt. Bila ada kat kuantan selama 3 hari yg lepas, satu persatu kenangan yang muncul kat kepala otak pada ketika itu. Nak apa? yg sedih, yang gembira, yang tragis. ;p semua ada. Masa tu, mulalah ketawa seorang2, senyum seorang2, &.. nak nangis pun ada juga. 


Even though, aku ni selalu cakap, kolej aku ni macam tu lah, macam ni lah. Tapi, jauh di sudut hati wa ni, ini lah tempat yang banyak berjasa dgn aku & kawan2 yg lain. Biase lah, tak semua kolej boleh memuaskan hati semua pelajar. Mesti ada lack kat mana2 kan. Yang penting, kita semua berjaya tamatkan belajar dengan sukses ya kawan2! . ;)

Satu perkara yang membanggakan bila aku dapat pointer 3.31 untuk semester yg pertama. masa tu, mak & abah pesan, kalau work hard lagi next sem, merasalah aku dapat dekan. ;p
Tapi, bukan rezeki aku mungkin. hehe. Al-maklumlah, bila duduk di tempat orang ni, jauh pula dgn mak bapak, memang sikap malas tu melanda lah. ;p


Kehilangan seorang sahabat seperjuangan, yakni: ALLAHYARHAMAH Farhana Syahirah semasa di semester kedua, adalah satu tragis buat aku & kawan2 yang lain. kalau Arwah masih hidup, mungkin dia dah bersama2 dgn kitorang masa konvo. ;')


Seperi culture shock buat aku, bila terlalu banyak presentation yang perlu dilakukan. Wa ingat course ni menulis je. Tapi, presentation melambak! ;p tak payah cakaplah,  sampai semester ke-5 pun wa masih ketaQ2 nak buat presentation kat depan. Even dalam group pun. ;D Presentation yang paling wa rase wa berani, untuk subjek Madam Nora, Public Speaking, di mane kitorang ditugaskan setiap seorang untuk present Stroy Telling. Alaa.. yang macam budak2 sekolah rendah buat tu. Bercerita kat depan dgn penuh gaya & kecomelan. hahaha. 

Tak silap aku, aku dapat story pasal seekor burung dgn kura2 kut. Alamak, lupa sudah. ;p tak tidur malam wa dikejekan sebab nak menghafal & praktis intonasi suare & gaya. fuhhh.. seksa ouh..! ;p Dalam banyak2 subjek, aku rasa 'Public speaking' paling mencabar lah. Cuba lah dibayangnye insan kecik ini bersajak di khalayak ramai. kakakakah. kelakar weii. ;p Btw, TQ so much buat madam Nora. Kalau tak sebab beliau yg bagi task2 macam ni. aku rasa  aku dgn kawan2 lain kecut juga nak present utk subjek lain. Pendek kata, subjek ni lah yang berjaya overcome kitorang punya level confidence & perasaan malu tu. ;p Tp, sayangnya.. madam nak QUIT hujung bulan ni. ;( tak dapat la junior2 wa nak merase task2 yg challenges dari madam. kiki. all the best to u madam.!

with madam Nora

Kenangan paling lucu,  sampai sekarang aku mesti tergelak bila ingat, yakni: semasa nak buat assignmet sir Pirdaus. . Rims tayar kereta aku tercabut kat jalan. Lany lah yang pergi kutip. hahahaha! yg lain masing2 dah malu nak pergi kutip. makanya, Lany sahajalah yang sanggup pergi. ;p aku? aku tutup muka dgn stereng. ;D Memandangkan geng2 aku semua berbadan sasa, ;p makanya, setiap kali nak buat assigment yg memerlukan kitorang perlu ke satu tempat, aku sumbat je semua kat kereta viva aku tu. ;p amik kaw, menjunam ke bawah kereta aku. hahaha. yang tukang bawak kurus macam tiang. memang tak balance! hahaha.
alhamdulillah.. kitorang semua lulus dgn cemerlang. Mungkin itu lah hikmahnya aku punya Rims tercabut. ;p TUHAN nak bagi dugaan. hahaha..

with madam zimah


Last, but not least, nak cerita semua memang jadi novel juga post aku kalini. ;p Terima kasih kpd semua lecturer2 aku, madam nora, madam zimah, madam amy, Sir pir & Sir pirdaus. dan utk korang : Nogee, kinah, lany, kak yan, dura, ies, bob, kak jat, kak liza, bash, nana, dura, Che ah, Ief. i wish u guys all the best ya! semoga impian korang akan tercapai. Kalau dah Fames, & kahwin nanti, jgn lupa jemput. ;) May ALLAH bless both of u. ;) semoga persahabatan kita berkekalan..

nah, lagu untuk korang.. miss u guys!.. ;')

"Graduation (Friends Forever)"- Vitamin c

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

[1]
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly




p/s: sedih ouh masa buat post ni...  ;')

Monday, October 10, 2011

"SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER"


kakaka! dah lama kite ni tak join segmen nak tambah kenalan blogger ni. ;p disebabkan wa memang dah ketandusan idea nak update, makanya, aku nak join segmen ni. Jadi lahh.. kan? ;p so, siapa2 yg berminat nak join klik aje sini. Mudah saja! ;)

semoga kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim ya! 

sekian..

#BilaAdaTwitter...

hai everibedi! aku rasa ni baru kali kedua kut aku greetings dalam blog. teruk betei ko ni syu. ;p   Baiklah, sejak dua menjak berkecimpung dalam dunia Twitter Jaya ni. Yakni: Twitter lah. Ekceli, bukan lah baru, agak dah lama juga. cuma, kekerapan serta keaktifan aku di dalam laman sosial burung ni terserlah dan menonjol apabila aku mula memakai telefon BerriHitam tu. ;) apa sahaja yang nak dicarut, diumpat, diluahkan, semuanya kat dalam laman burung tu. 

Baru2 ni, aku ada main Hashtag #BilaAdaTwitter. Tergelak juga bila baca Timeline2  #BilaAdaTwitter ni. So, Let's check it out!


tayang Twitter sendiri. ;p

tak boleh lah semua aku tunjuk. Bengkak! ;p 

So, lihat? betapa dasattnye impak twitter ni pada manusia2 yg twitter addict macam kitorang ni. ;p  macam2 kita boleh describe apa yg berlaku bila menggunakan laman sosial berburung ni ;p

Personally bagi insan ini, laman sosial burung ni aku jadikan tempat aku untuk meluahkan perasaan apa yang patut other than nak bagi tahu, " hari ni saya makan roti canai", " kita tak sempat mandi lah hari ni." ;p habis semua benda yang ko nak buat, ko tweet. kiki. who care?! hahaha. yang penting kite enjoyyy. daripada ko bagitahu kat fesbuk dgn blog, mane lagi ngeri? hahaha. 

Twitter is a simple social networking. Tak complicated. cuma words die je lah yang ada limit. kalau ko nak buat karangan. dipersilekan move on to fesbuk atau blog. ;)  But, kalau korang pakai through fon dgn menggunakan application ubersocial, boleh lah korang nak mencarut banyak sikit. ;p so far.. ubersocial je lah yang aku tahu boleh lebih sikit words die. Yg lain tak sempat nak periksa pule. ;p Tapi, bagus juga dia limit kan words ni. boleh lah menguji kepintaran korang dalam bertweet dgn menggunakan ayat yg sehabis ringkas & jelas. mase tu, kita boleh tengok orang2 yg otak kreatif ni. ;) Plus, boleh avoid juga dari nak membuat status berbaur aib macam abby abadi buat kat fesbuk tu. Ups! ;p haha.

sekian.. 

p/s: lagi 5 hari nak konvo~!

Thursday, October 6, 2011

Positive thinking is good, tapi.. susah nak amalkan..



" eleh, dia tu pakai tudung bukan sebab betul2 nak berubah, tapi sebab nak ikut fesyen2 stail tudung sekarang lettew!"

" cer ko tgk ima tu, kemain lagi pakai kereta besar, barang2 mewah, ada sugar daddy lettew!"

" asal dia terus kahwin je eh? ntah2 perut dah buncit kan?"

" aku rasa aku tak boleh buat.. confirm gagal!"

sedikit contoh dari aku sebagai permulaan. ;) tidak keterlaluan aku cakap kalau korang tak pernah hadapi situasi2 yg negatif macam tu. Plus, korang sendiri pun macam tu kan? Termasuk lah diri insan ni sendiri. ;p sila hempuk diri saya.

tajuk aku kat atas tu pun dah cukup menerangkan apa yg aku cuba nak cakap sekarang ni. ;)
'positive thinking'? apa tu positive thinking? kalau tanya, for sure semua orang boleh jawab. alaa.. positive thinking tu orang yg sentiasa berfikiran baik2 je la, tak mudah nak melatah.. positif thinking tu orang yang educated, positif thinking tu orang yang tak suka ambil tahu hal orang lain, hah.. ambik ko.. macam2 definisi kan. ;p semua ada pandangan masing2.  


Tibe2 ade logo ni? motip? ;p


bagi diri insan ni sendiri, positive thinking ni sangat bagus impak nya pada diri kita sendiri & orang lain. Tak rugi pun kalau kita berfikiran positif. apa sahaja yang kita nampak, kita dengar, kita tahu walaupun perkara tu benar atau tak, kita masih mampu lagi berfikir secara rasional & positif. Kesannya, kita tak mengaibkan orang lain, orang lain tak mengaibkan kita, kita tak bergaduh sana sini, hidup pun aman damai gittew! 1? MALAYSIA!! eh, tibe2?? dushhh! tumbuk diri sendiri. ;p

Sesuatu perkara yang baik kita lihat, kita patut ucap syukur, semoga ia menjadi lebih baik. Sesuatu yang jahat kita lihat, kita seharusnya berdoa agar ia menjadi lebih baik. bukan dgn bersyak wasangka yang bukan2. hah, itu lah yang diajar dalam Islam kan? ;) kita selalu cakap pada orang " aku ni malas nak ambil tahu hal org.." , "iye..? ntah lah.. aku tak amik port pun".. & pelbagai2 versi lah kan utk mengatakan atau lebih clear, untuk menunjukkan yang kita ni seorang yg berfikiran positif gittew. ;) Tapi, kebanyakan yg aku dgr tu, orang tu lah yg sokmo fikir bukan2 je kat org lain. hahaha. termasuk lah aku! ;p siyes ni!! 
muhasabah diri yuk!

sebab tu aku terfikir nak buat entry ni. in order to improve myself sendiri lah. sile muntah. haha. aku duk cakap aku tak ambil tahu hal orang tu, tapi aku stalker dia juga. tak ke bengong tu? sile hempuk saya ramai2. ;p aku teringat quotation yg aku baca kat twitter: "satu jari anda tuding pada seseorang, sepuluh jari orang tunding pada diri anda". pergh.. sgt sopan ayat ni, tapi penuh dgn makna. 

So, aku terfikir2. macam mana nak ubah sikap ni? korang ada terfikir tak? kenapa aku nak ubah? sebab aku tak nak life aku penuh dgn syak wasangka yg bukan2 lg pada org. hah... aku pun berani cakap, kalau korang yg baca entry aku ni, mesti akan cakap " eleh, bajet nak tunjuk baik lah minah ni,.. " hahaha! sebab.. aku pun macam tu juga.. bila aku baca, automatik kat kepala otak aku, aku akan cakap macam2. ;p kan? kita rasa marah, geram & benci bila ada orang fikir kita bukan2. Tapi, kita sendiri tak pernah nak muhasabah diri kita macam mana. so, Tuhan bagi sama rata lah kan? kita ckp org tu, org tu ckp kita, bagus lettew. ada reflection. ;p sedar pun ko syue.  T_T



 selalunya, kita akan berfikiran negatif bila kita sendiri tak pernah sedar kesalahan & kekurangan diri sendiri. Kita rasa kita lah hebat, kita lah cool, kita lah power.. & segala macam lah! then, bila bercakap, seolah2 kita tahu semua. walhal, kita sendiri tak pasti kan. Then, mulalah blame org tu, blame org ni. plus, komplain sana sini. tu tak kena, ni tak kena. hah.. ni lah antara2 faktor yg menjadikan kita semua ni FAILED nak jadi org yang berfikiran positif. macam insan ni lah. T_T

So, the conclusion is.. pucuk pangkalnya datang dari hati kita sendiri. Kalau ikhlas, makanya bila kalian baca entry aku kalini, kalian tak rasa annoyying or what. haha.. so, dari sini lah bermula segalanya... hahaha *gelak setan*.
sekian.. 

p/s : sindir diri sendiri ni. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...