Saturday, June 25, 2011

tahniah SEPAH. ;)


TAHNIAH buat kumpulan SEPAH kerana menjuarai maharajalawak!! ;) kira suspek aku salah lah ni. hehe. tapi, macam aku cakap kat previous post aku semalam, tak mustahil SEPAH akan jadi JUARA. sebab diorang punya lawak sgt konsisten pada setiap minggu. Even malam ini pun diorang sgt konsisten. Kedua2 persembahan diorang tak bosan & sgt funny. so, diorang deserve utk jadi JUARA. ;) congrats guys!! 

Jozan pula terpaksa akur dengan naib juara. tapi, honestly, jozan agak bosan sikit lah malam ni. persembahan pertama dia aku tak berapa nak ketawa sgt, persembahan kedua pun nak dekat hujung2 baru ketawa. 

Nabil pula aku rasa paling untung sebab even dia menang no 3, tapi dia dapat duit.. pergh.. lagi banyak daripada yg juara & naib juara. Lucky utk nabil sebab dia seorang. so, ada hikmah juga lah kan nabil! ;) apa2 pun, nabil punya persembahan malam ni memang sgt kreatif & fresh. ;)

Jambu pula, aku bagi average je lah, sebab lawak diorang biasa2 je. but, utk persembahan kedua, aku suka! best! ;) 

*okaii. nak tido. babaii.. good nite.. ;)

Friday, June 24, 2011

***** utk KL gangster! ;)

 
akhirnya, hajat untuk tengok filem gangster tercapai jua. setelah mr wan chai mula bercuti hari ini. ;) lokasi dipilih di TGV wangsa Walk mall. memandangkan mr wan chai ada training bola petang ni, kami sebulat suara membeli tiket yg bermula pada pukul 1.45 pm. ;) oh ya, kali ini, dua2 bersatu hati utk menonton cerita KL gangster ni. Al-maklumlah, selalunya, kalau pergi tgk wayang ni, salah seorang kena mengalah kalau movee yg nak ditengok tu bukan faveret salah sorang. ;) (err,.. faham tak.. ?) hehe. 

okaii2. briefly sikit pasal filem gangster ni. Ia mengisahkan seoraang bekas taiko besar punye yg dipenjarakan selama 5 tahun, iaitu Malik, lakonan aron aziz si badan sasa lagi perkasa dan hensem tu. ;) sebelum dipenjarkan, Malik ni merupakan bestfriends King, lakonan Redzuan Hashim. King ni merupakan Taiko paling besar sekali kat KL. kire semua gang2 samseng kat KL gerun dgn kuncu2 King ni. 
 
malik & best friends dia, King!
 
King pula ada seorang anak tiri yg tak sedor diri, rase cam nak bako je! iaitu Shark. Lakonan Syamsul Yusof, merangkap bf nombor 2 aku. hehe. Shark la punca Malik dipenjarakan. Shark lah yg plan baikk punye supaye malik terperangkap dgn polis. Tapi, hal ini tidak diketahui King. Sejak Shark menjadi anak tiri taiko besaq KL tu, dia dah banyak huru harakan bisnes yg di 'runkan oleh bapak tiri dia tu. Kuang ajo betoi!
 
Shark yg buat palat kat bapak tiri sendiri! huh!

apabila Malik keluar dari penjara, bekas taiko besar ni nak BERSARA la dari dunia gangster dia. Tapi, malangnya, dia TERpaksa U-turn balik niat dia tu, sebab Shark sudah bikin tahi sama kawan baik Malik, iaitu Fadil, atau lebih dikenali sebagai 'abg loing Dil',lakonan Zizan raja lawak. hehe. Fadil telah ditikam oleh shark sewaktu dia cuba selamatkan mak malik . Sedih disitu. ;'( Bermula dari situ lah, Malik bertekad utk membalas dendam. Malik bertemu semula dengan bekas2 sekutu dia dulu, iaitu Ajib & Dragon utk bantuan. Ajib lakonan  sofi jikan, dan dragon lakonan corrie, yg convert islam tu. ;) Ajib ni banyak juga tolong si Malik ni masa dia selalu kena serang dgn kuncu2 bodo Shark & adik malik sendiri, Jai, dilakonkan oleh adi putra.
fadil, a.k.a abg long Dil gangster berhati badut & taman. ;p

Ohya, Jai ni pun merupakan gang2 gangster juga. Pada asalnya, dia merupakan kuncu2 Dragon dan Ajib. Tapi, oleh sebab adik bekas taiko besar ni meroyan nak duit banyak, dia join ventures lah dgn Shark. Dlm peribahasa ada mengatakan,'air yg dicincang tak akan putus, inikan pula adik beradik',. Tapi, si adik malik ni sanggup nak buat palat kat abg dia sendiri. tak gune punya adik! Tapi, berbeza dgn abg dia, Malik. Salah satu reason Malik kembali semula dgn kumpulan gangster sebab dia nak selamatkan adik dia si Jai tak sedor diri tu dari kena kencing dgn Shark. Tapi, malangnya, Jai ni aku rasa kepala dia dah keras macam batu caves kut, Payoh benor nak faham. Tensen je aku tgk! huh!
adik malik, yg tak sedor diri, Jai. huh!
 
pastu.. apa yg jadi seterusnya..? hah! lu pegi tengok la.. Mana sedap kalau gua kasik cerita ini abes semua oo. Gua jamin, lu olang musti hati puas punya bile tengok ini movee..! ;)

dalam movee ni, watak faveret aku, of course la si gagah perkasa, Malik. 2nd, Fadil, lakonan zizan raja lawak. aku rasa bukan aku sorang je kut yg suka,hehe. sebab watak zizan dlm ni memang sgt2 kelakar. kira watak zizan ni meredakan sikit hati gua yg panas tengok perangai palat shark dgn jai.huh!  & lastly, aku suka watak ajib.huhu.. aku suka gile tengok cara dia bercakap, memang ade ciri2 gangster. ;)  
 
As a conclusion, aku boleh cakap, movee ni memang GEMPAQ la. aku bagi 5 * ! bagi aku, Syamsul yusof telah membuktikan yang filem cop Malaysia juga boleh & mampu hasilkan sebuah filem yg sama taraf macam negara barat buat. Sekaligus, dia dah boleh ubah sikit mentatili org melayu kita yg tak sedor diri, yang duk agung2kan filem negara lain. ;) Tak nafikan lah, ada certain2 filem kita ni masih berada di takuk lama, tapi, sekurang2nya, kita tak boleh jadikan itu sebagai alasan utk kita agung2kan filem negara barat. Siapa lagi yg nak tolong majukan industri filem kita, kalau bukan kita sendiri, betul tak..? esp yg org melayu ni. ;) olang melayu kena mau kasik tlg sama olang melayu la. baru ngammmm... ;) 
 

Buat Pertama kali, wan chai sgt concentrate menonton filem melayu. haha.. alhamdulillah.. wan chai gua dah kembali ke pangkal jalan.. hehe. kalau tak, asal tgk cerita melayu je, mulut dia tu non stop membebel. eh, ini bukan kali pertama lah, ini kali kedua dia concentrate. dulu, movee 'khurafat'. arahan syamsul yusof juga. Dia ckp dgn aku, pasni kalau syamsul yusof punya filem, dia nak tengok. ;) &. satu peningkatan ye tuan2 & puan2, wan chai gua nak tgk movee komedi seram tajuk 'awek aku pontianak' kalau tak silap aku, utk coming soon. dia TERjatuh hati nak nengok bile dia nengok thriller movee tu kat wayang tadi.hahaha.. tu la ko wan chai.. kalau dah melayu, melayu juga lah weii.. wuekk!! ;p apa2 pun, TQ lah ye sebab sudi meluangkan masa dgn awex mu yg rakus ini. ;) ♥

* oh ye, aku nak komen sikit pasal isu pekida nak saman pihak syamsul yusof kalau enggan memohon maaf sebab menggunakan perkataan seperti ayahanda, abang long & yg sewaktu dengannya lah, kerana ia mencerminkan imej yg negatif kpd persatuan itu. hurmm, bagi pandangan aku lah kan, syamsul yusof telah menjalankan tugas dia dgn professional sebagai seorang pengarah. Dalam rancangan Galaksi sendiri dia ada kata yg dia dah buat research dgn sedalam2nya, dan telah pun merujuk kpd pihak2 yg berkenaan sebelum dia buat movee tu. so, tak perlulah kut dia nak pergi minta maafkan. Lagipun, perkataan 'ayahanda' & 'abang long' tu tidak termaktub dlm mana2 pun yg ia boleh dipakai oleh persatuan itu sahaja. ;) semua org boleh pakai meh.. so, tak perlulah kut nak desak2 utk minta maaf. ;) tapi, dgr kata, datuk yusof haslam dah minta maaf. mungkin dia tak nak besar2kan lagi lah kut. ;)

Wednesday, June 22, 2011

dari bangku sekolah part 1 - Pen.Ketua Pengawas beb! ;p

z






hah..! hah..! ini mesti nak mengutuk aku lah ni kan bila tengok gambar kat atas tu..? hehe.
tapi, aku tak kisah pun. gile NERD kan gua dulu..? dgn cermin mata bujur sirih bertakhta kan logam biru menyerlahkan lagi KEskemaan gua zaman sekolah menengah dulu. haha.. 
tembam tak gua dulu..? tembam kan..? ;) masa ni aku form 2. aku ingat lagi nama kelas aku, kelas 2 sapphire. kira kelas 2nd Brilliant lah kat sekolah tu.. (ececeh.. bajet nak bgatahu aku ni pandai la dulu kan..? haha..) aku mula dilantik jadi pengawas atau dalam bahasa omputeh nye 'prefect' ye, bukan 'perfect', masa aku form 1. guru kelas aku yg lantik, tak silap aku nama dia puan Roshaidah. 
bersama junior2 gua. merangkap adik2 angkat la ni.;p

aku ni tak pernah berpengalaman pun jadi pengawas, masa sekolah rendah dulu pun , paling busuk pun aku hold jawatan pen ketua kelas. so, aku ambil peluang ni utk merasa la kan jadi pengawas! ;)nak jugalah merasa poyo2 marah2 student yg langgar peraturan sekolah. (cehwah..) then.. dapat pakai baju kaler biru kan.. (kejakunan di situ) hehe. Pastu, kalau jadi pengawas ni boleh lah FAMES sikit kan dari student biasa, haha. 

 tapi, memang betul lah, apa yg aku duk nak merasa sgt sbb nak jadi pengawas ni, memang betul2 aku dapat rasa! haha.. TERasa diri ini begitu berkuasa sekali ye, bila dapat ambil nama budak2 laki yang nakal nak mampos, budak2 perempuan yg poyo2, nak2 yg aku anti. haha..  (gelak setan) 

Yang aku suka lah kan jadi prefect ni, bila waktu rehat kitorang 15 minit lebih awal. hehe.
tapi, waktu habis rehat kitorang pula 15 minit lebih awal daripada student biasa, (hampa disitu) yg syok lagi kan, masa perhimpunan. every weeks, aku akan dapat task utk jaga kelas yg berbeza. so, merasalah gua nak skodeng student laki yg hensem2, wahahaha! ;p 

Then, bila dah masuk form 2. aku masih lagi hold jawatan prefect. cuma different nye, aku dilantik jadi penolong ketua pengawas! haha..  sampai sekarang kan, aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh terpilih pegang jawatan ni. ;p aku apa lagi! rezeki jgn ditolak. aku sapu je lah kan. hehe. masa ni, tugas tu berat sikit lah.  Ketua pengawas?? hah.. ketua pengawas pada ketika itu merupakan bf aku. haha.. so, senang gile lah nak deal apa2 dgn dia. semuanya dia serah pada aku. perghh.. TERasa diri ini Queen of the school plak. (buekkk..!)

Part paling aku tak suka bila kena baca ikrar. itu yg lemah tu.  gugup semacam! walau macam mana pun, aku bukanlah manusia yg sempurna, even aku ni seorang pen ketua pengawas, aku ni sebenarnya banyak juga lah langgar peraturan sekolah. Tapi sebab aku hold jawatan  assistant, so aku gunakan sebagai chances utk tutup kesalahan aku sendiri. kawan2 aku pun, ramai juga yg aku cover line. perghh..! gila jahat kan gua..? utk adik2, jgn tiru aksi ini ya, tidak baik utk rohani anda. ;p 

Sampai di pertengahan tahun, aku dah mula hilang minat nak go on dgn jawatan ni. bagi aku, (pada waktu itulah), jadi pengawas ni tak boleh nak jadi diri kita yg sebenar. hehe.. kadang2 kalau kita nak buat sesuatu perkara tu pun, kita kena fikir kesan dia. yelah, kita ni pengawas kan, kenalah jaga nama baik pengawas tu sendiri. so, aku tak nak lah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. (wah!) so, aku decided, utk tahun depan, kira masa aku form 3 lah, aku nak jadi student biasa balik. ;) 

lagipun, masa sekolah dulu, aku aktif sukan juga, bila aktif sukan, aktif menari,kelas pun selalu tak masuk, then effect lah pada study aku. so, bila aku fikir balik, kalau aku nak jadi pengawas ni, kenalah betul2 ikhlas dari hati. bukan sebab nak fames la, nak skodeng balax la, kan..? ;)
nak jadi pengawas ni, bukan sekadar jadi je, nak kena tunjuk contoh yg baik, especially dalam study. so, aku ni tak ada lah sangat ciri2 tu. haha.. baik gua undur diri.. sonang! ;)

tapi, sekurang2nya, aku rasa syukur & bangga juga lah kan, sebab cikgu aku percaya pada aku utk hold jawatan ni. itu bermakna, mungkin aku ni ada ciri2 kepimpinan di situ. hahaha.. cuma, aku je yg malas & tak reti nak majuka diri sendiri. ;p so, buat kawan2 gua yg baca post gua kali ni, gua harap ia boleh jadi satu pengajaran utk korang. ;) carrlooo..


hahaha.. kelakar weeii gambar ni!

p/s : hakikatnya, syok jadi pengawas ni. ;) but, use it on the right way.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...