Saturday, July 30, 2011

Itu Lah Penting English EDucation tauk!!



secara jujur dan beraninya, ENGLISH bukanlah antara faveret subjek aku masa sekolah. ;p tapi, memandangkan ia termasuk dalam kategori subjek penting dalam semua EXAM besar masa sekolah dulu, maka aku terpaksa akur menyukainya. ;p  oit. oit. untuk adik2 di luar sana, sile jangan jadikan ini sebagai contoh buat anda ye. kaki dapat kang. ;p hakikatnya, sama ada awok suke ke tak. ENGLISH ni tersangatlah penting dalam hidup kita ye adeq2. ;) so, silelah suke2 kan ENGLISH  ni ye! motip? motip nye sudah tentulah untuk kita senang mendapat pekerjaan!!! 

kat kolej aku sendiri menggunakan ENGLISH sebagai bahasa utama. mula2 tu, kaku terbujur juga lah kan bila semua paper nak kena tulis dalam ENGLISH. Even masa presentation pun kena guna ENGLISH. memang nerves tahap lampau lah aku masa mula2 nak buat presentation untuk public speaking dulu. ;p tapi, lama2 tu, alhamdulillah.. boleh lah. To be honest, insan ini bukanlah hebat pun ENGLISH ni. boleh lah. suam2 kuku. ;) 


aku ingat lagi masa aku pergi taklimat untuk kursus kerja dengan bob dua minggu lepas. Lecturer tu ada mengatakan yang kadar peratusan pengangguran dikalangan siswa & siswi tinggi adalah kerana mereka tak ada skills communication english.! majority, semua company2, mahu swasta atau government, memerlukan skills communications in english. walaupun awok tu ada ijazah apa sekali pun, tapi kalau awok tak boleh berbahasa inggeris dgn baik, memang dorang tak akan atau susah lah nak hired awok kerja, tauk?


perkara ni, aku tak nafikan, sebab masa zaman aku attend interview kat media prima pun, memang english lah main language dorang. then, masa aku buat praktikal kat suria fm pun, walau stesen radio melayu, tapi still english main language dorang. ;) so, nak atau tak nak, aku kena tempuh, gempur, rempuh segala bagai lah! ;p pengalaman aku sendiri lah, jawab panggilan daripada sorang cina sabah ni. mak aih.. english beliau.. sungguh lah menyeksa telinga & mental aku nak faham. ;p sebab influence gile vavi.! dah macam speaking dgn omputeh! ;p fuhh.. gile mendera mental aku masa tu. 






maka, disarankan kepada semua di luar sana, silelah rajin2kan diri anda praktis bahasa omputeh ni. tak rugi pun, demi masa depan anda juga. ;) biarlah orang nak cakap kita berlagak nak speaking english ke, apa ke, yang penting kita dapat ilmu, bukan dorang. jangan malu2, korang bantai je apa yang terfikir kat kepala otak korang. even broken sekalipun, at least korang try kan? sekaligus, korang dapat improve kan lagi. betul tak? ;)
practise, makes  perfect! ;)


sekian, carloo...


p/s: esok ketemu mr wan chaii yuk! ♥

Friday, July 29, 2011

SAYA BLOGGER GADIS MELAYU.


assalammualaikum w.b.t...  pergh, sopan nya gadis ini. ;p tengah duk nak skodeng blog tadi, ternampak 1 post dari ONENANINA VANILLA. tertarik dgn gambar yg beliau letak, nun di atas sana tu. ;) baca punya baca, oh.. ini blogger gadis melayu punya header. tanpa ragu2 serta syak wasangka, terus follow ler. ;)

satu benda je keluar kat otak ni bila tengok perkataan 'gadis melayu', yakni : 

siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat..
( terus nnyanyi lagu 'gadis melayu') ;p 

to blogger 'gadis melayu', teruskan usaha anda dalam mengumpul berjuta2 gadis melayu ye! ;) LOL. ♥ 

& buat semua kawan2 blogger ku, esp yang gadis melayu la, jangan la pula abg ben nak join sekali. ;p sile klik link di bawah untuk terus ke blogger 'gadis melayu'. ;)


sekian, carloo...

kaum HAWA: moh sini bace .


semenjak gadis ini rajin membaca, pelbagai info yang beliau dapat. ;p tapi, memandangkan memory gadis ini kurang services, maka penyakit hilang ingatan sentiasa melanda. jadi, beliau ingin berkongsi dalam blog beliau, sebelum beliau terlupa. ;p

Menurut majalah kesihatan yg aku baca iaitu : iSihat, dalam perubatan tradisional cina mengatakan yang warna darah haid kita ni ( yang hawa lah, yang laki jangan duk perasan lak) boleh dijadikan petunjuk kepada kesihatan & kesuburan seseorang wanita tu.

DARAH HAID YANG NORMAL : berwarna merah gelap.

DARAH HAID YANG TAK NORMAL: warna merah terang ataupun hitam, menunjukkan 'Qi', yang bermaksud aliran tenaga korang alami gangguan. 

hah, korang ada tak tersenarai dalam darah haid yang tak normal tu? ;) kalau ada, menurut seorang pakar kesuburan wanita, ( aku lupa sudah nama beliau), beliau suggestkan kita kurang kan ambil kafein & juga alkohol ataupun dari minum teh peppermint. motif? alaa.. untuk tujuan recovery semula lah korang nye masalah 'Qi' tu.  ;)

sekian dari saya, carlooo...

Thursday, July 28, 2011

spontaneous thursday # 2

Pergaduhan diantara Tuan presiden & master chef:

Master chef: abah siat tak ayam tu? 

Tuan Presiden: Tak.

Master chef: laa.. nape tak siat? budak tu bukan ada gigi pun! susah dia nak makan nanti.

Tuan presiden: apa pulak tak ada gigi, abah tiap2 hari mengadap dia. ada je gigi.

Master chef: tak ada!

Tuan presiden: abah kata ada, ada lah! 

Master chef: Tak ada!!

(hah, bergaduh lah kalian sampai malam. BUDAK: seekor kucing jantan bernama TIGER.)

p/s: haishhh.. sabar je lah.. kalau gaduh pasal anak mereka ni ada pa'edah nyo. ;p

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


;) Pergh. tiba2 insan ini meletakkan header blog blogger terunggul 'santai bersama ben ashaari'. motif ko? insan yang baru mula nak berjinak2 dalam dunia blogger2 ni terasa nak join pula contest yg dikelolakan blogger terunggul ni. ;) jauh di sudut hati insan ini, tidak meletakkan harapan segunung batu caves pun untuk menang. apatah lagi mengharapkan feedback dari blogger2 lain dan abg ben sendiri. ;) tapi kalau abg ben baca, wa confirm nanges guling2 punya. ( sile menyampah)

BAIK! straight to the point! previous post aku bertajuk 'karutan terunggul #1' ada mencoretkan yang insan ini mempunyai hobi baru, iaitu: MEMBACA. buku pertama yang insan ini sedang membaca sekarang adalah ' why men dont listen and women cant read maps'. aku tertarik nak share dgn korang mengenai salah satu info yang aku dapat daripada buku ni. ;) 
nak tahu apa?  taarrraa..................!

SPESIES MANUSIA MACAM KITA NI PUN ADA SIFAT HAIWAN JUGA TAUK!



menurut kajian yang dilakukan oleh ALLAN & BARBARA PEASE, merangkap penulis buku ni, sebanyak 96 % daripada apa yang wujud dalam badan kita , terdapat juga dalam badan KUDA. ;) 97.5% daripada DNA kita sama dengan GORILA dan 98.4% sama dengan CPANZI. ;p
cuma bezanya, kita ni boleh berfikir dan merancang. kalau lah gorila dgn cipanzi boleh berfikir, aku rasa diorang dah tubuhkan satu negeri untuk spesies2 macam diorang. sekaligus, kita boleh minta tolong gorila jadi GUARD rumah kita ke, sekolah ke, ofis ke, kan? ;p subahanallah.. hebat sungguh ciptaan TUHAN kan. so, kita yang manusia ni, sentiasa bersyukur lah dengan apa yang dah dikurniakan TUHAN ni ye! ;) ♥



sekian dari saya,. carlooo..

p/s: aku syak barang yg aku order through online shopping semalam sampai esok. 

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

karutan terunggul #1



wordless wednesday, spontaneous thursday. kali ni, wa buat wa punya sendiri, 'karutan terunggul'. ada masalah? kalau ada masalah, sila lah visit blog lain ye. ;) tujuan? suka hati wa lah nak buat apa, ni blog wa. ;p tapi 'karutan terunggul' ni diabadikan bila aku dah tak ada langsung idea nak karut apa kat sini. jadi, aku karut ikut suka aku je lah. apa je yang tengah duk bermain dalam kepala otak wa ni, wa taip je. okai.

ohya, selamat datang kpd stalker terunggul. semoga kalian gumbira membaca karutan aku ini kali. ;) kpd, kawan2 blog yg sudi menjengah blog insan ini. TQ so much! kite syg awk lah! ;) ♥ ( see..? memang seswai dgn title 'karutan', sebab aku pun tak faham apa aku merepek ni)

dalam hidup aku, perkara pertama: family, 2nd Bf, 3rd, kawan. korang?? family is everything to me. Especially, tuan presiden & master chef aku. mereka segala2nya bagi insan ini. mereka dah banyak berkorban untuk insan rakus ini. jadi, sebab itu, aku paling PANTANG kalau sesiapa je yang sentuh nama 'mak bapak' aku. ;) paling pantang kalau korang sentuh nama 'mak bapak' aku dgn label kn mereka sebagai parents yang tak reti nasihatkan anak, atau dalam bahasa JELAS, tak reti ajar anak. fuhh, wa memang cannot go dgn manusia serupa ini. 


kalau LU ada masala, LU kasik bincang sama wa elok2. jangan suke hati nak pancung nama mak bapak wa lak. ( ini sume terpengaruh KL gangster ar ni, ayat nak gangster) tak kire la ko ni ada kaitan dgn family aku ke, kawan aku ke, aku peduli apa. ;) tapi, aku bukan jenis nak SERANG bagaii. aku akan buat dengan cara halus. ;) masa tu, ko nak terasa ke, ape ke, bukan masala aku. DONE.




ohya, sekarang ni, insan ini dah rajin membaca buku. aku pun tak tahu celah mana aku dapat spirit nak baca buku bagai ni. mungkin dari master chef aku la ni.duk follow2 beliau pergi kedai buku, aku pun dah TERfollow sekali. buku pertama yg aku beli untuk hobi TERbaru aku kalini.. jeng jeng jeng.... tarrrraaa.......! "Why men dont listen and women cant read maps'. oh, jgn salah sangka, sesungguhnya insan ini buta ENGLISH jugak. title je english, tapi edisi bahasa melayu punya. ;p memang lah aku rajin nak baca dlm english ni. kena hired tukang translate kalau gitu. ;) baru baca pengenalan. ;p



semalam, baru lepas sekolah kan mr wan chaii nan satu tu. ♥ menyekolahkan beliau agar memahami isi hati, limpa dan segala bagai tentang jiwa perempuan yang halus mulus. secara kasar, beliau memang seorang yang senang dibawa 'open table', tapi untuk beliau praktikkan, insan ini memerlukan ketahanan mental & fizikal yang KEBAL bagi menjayakannya. semoga insan ini terus kental & power dalam melayani karenah super duper kering nak mampuih beliau itu. ( titis air mata) ;p


LAST, but not least ( omputeh la sikit), insan ini sgt TERuja melihat style hijab hana tajima. BERulang kali aku try nak buat macam beliau, tapi misi gagal. ada sekali tu, berjaya, tapi rasa , macam tak seswai dengan insan ini. tapi, menurut kata chef master, aku kena try pakai depan kawan2 atau mr wan chai, then tengok apa respon dorang. kalau dorang cakap ok, maka insan ini boleh lah meneruskan hasrat utk memakai ala2 hana tajima. ( tangan atas bahu, mata pandang atas) oleh itu, untuk keberangkatan aku ke kuantan esok, aku akan Coba memakai style ini. jiwa kena kental, sebab nanti kalau kena gelak, wa rilek je. ;p ( mood: cuak) 

baiklah, sekian dari saya. adioss..

p/s: credit to sarah muhaimi yg sudi share tutorial tukar background blog, kalau nak tahu, beliau sekarang rajin update blog tentang tutorial blog, nak ni link blog dia - http://sarahmuhaimi.blogspot.com/ ♥ TQ sarah! ;)





Thursday, July 21, 2011

spontaneous thursday # 1




Today, he did something that fucking touch my heart. Thank you so much Mr LOVE.







Wednesday, July 20, 2011

BRANDED: kualiti? eksen? hobi?



To be honest, entry wa kalini bukanlah utk meng'hentam sana sini' ( sori lany, terembat tagline blog ko) ;p tapi, sekadar nak menyemakkan wa punya blog. ;) tidak ada kena mengena dgn yg masih bernyawa ataupun tidak. 

baiklah, seumur hidup korang, pernah tak korang beli barang yang 'branded', atau dalam bahasa melayu nye, 'berjenama'. ;p tipu lah tak ada kan? alaah.. macam gucci ke, padini ke, hush puppies ke, bonia ke, adidas ke, vinnci ke, charles & keith ke, lagi apa lagi eh..? aku pun tak berapa nak tahu. ;p bagi insan ini sendiri, aku pernah & ada juga lah beli barang2 berjenama ni, selalu aku beli pun, kasut je. but, secara tuntasnya, ( ayat nak sastera) aku bukanlah manusia yg gemar membeli barang2 yg 'branded'. ikut kemampuan dan keadaan kewangan aku lah. ;) 

setiap orang yang beli barangan branded ni mesti ada reason tersendiri kenapa dia selalu beli barang branded. yelah, barang2 branded ni even mahal, tapi kualiti dia kita puas. so, memang berbaloi lah dgn harga nya, & kita beli pun tak rasa duit tu melayang2 jauh. ;p Tapi, ada juga yang beli sebab nak menunjuk2 dia KAYO, banyak duit, berharta, loded (eh, betul ke aku eja ni..? ). aku cakap ni based on experience aku sendiri lah. sebab memang wujud manusia camni. ;) 

manusia yg gemar guna & pakai brg 'branded' ni kita boleh tengok hampir kesemua barang, termasuklah dari pakaian, kasut & aksesori dia, mak aih.. semua harga boleh tahan. sampaikan selipar nak pakai pergi pasar malam ke, lepak dgn kawan2 ke, pergi tuition ke, pun dorang rembat yg mahalnya2. yang bagi aku kita boleh beli dua pasang kasut lagi. ;p aku ingat lagi masa zaman kolej, masa tu, popular lah pakai2 kasut 'crock' ni. niat hati nak belilah. so, poyo2 lah pergi 1 kedai 'crock' di 1 shoppping mall dekat KL. tengok2 harga, adessss.. aku boleh beli berpasang2 kalau kat pasar malam. ;p 

ouh, tidak. nampaknya insan ini dah ketandusan idea nak mengarut. jadi, secara kesimpulannya, branded ke tak ke, kalau dah kita selesa pakai, tak menjadi satu masalah. kalau duit dah banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa, belilah je lah yang mahal2. duit kita, suka hati kita lah kan. ;p tapi, kalau yang tak mampu tu, buatlah cara tak mampu, jangan ikut nafsu sangat. tengok orang pakai branded, dia pun nak pakai juga. bersederhana tu kan bagus? orang bukan boleh nilai kita dari segi branded atau tak, tapi orang akan nilai kita dari hati. ;) sekian. 


p/s: bersiap sedia utk bertemu mr wan chaii esok. ;) ♥

wordless wednesday # 1


hasil pertama  masa mula2 terjebak dgn dunia DSLR. ;) 

Monday, July 18, 2011

misi pencarian kerja : degree itu penting tauukk??!





setelah dua bulan insan ini menggangur, akhirnya beliau telah bersiap sedia untuk menjalankan satu misi , iaitu: misi pencarian kerja, atau dalam erti kata lain, misi pencarian duit. dalam kepala otak insan ini sekarang, hanyalah, duit. duit. duit. kalau nak duit, maka insan ini perlulah mencari duit. 


haishh.. jgn tak tahu, secara halusnya, insan ini merupakan seorang yg sgt 'choosy' dlm memilih pekerjaan. ada lah satu kerja kosong kat 7eleven depan rumah insan ini. tapi, beliau tak terasa nak pergi kerja kat situ. lagi satu, ada kerja kosong kat klinik. sama lah, insan ini tak reti2 nak pergi cuba. so, hasilnya, insan ini hanya mampu duk rumah, tgk Tv, memasak, dan membuta. ;) jadi, kpd rakan2 di luar sana, sile jangan ikut sikap tidak berwawasan ini ya. ;)


insan ini merupakan pelajar di dalam jurusan kewartawanan. justeru itu, beliau ini sgt mengharapkan pekerjaan yg related dgn jurusan itu. see? terserlah sikap kecerewetan beliau. dipendekkan story, insan ini mendapat satu mesej dari senior beliau iaitu: Fitri, yang sekarang ni bekerja sebagai seorang wartawan di NSTP. Fitri cakap, ada career fair kat klcc convention centre. ada job kosong utk reporter under NSTP. tanpa membuang masa, insan ini terus pergi bersama dgn kak marya. kebetulan kak marya pun nak cari kerja. pada asalnya, nak ajak si wan chai, tapi beliau bekerja. jadi, niat itu terpaksa ditukar last minit.


sampai je kat dewan tu, insan ini terus pergi ke booth NSTP. jalani walk in interview dalam beberapa minit. Kemudian drop resume. alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar, tapi yg menjadi kegusaran hati insan ini, bila tukang interview tu tanya  tak nak sambung degree lagi ke? aduss. terasa macam tipis harapan. ;p tapi, memandangkan insna ini ambik kewartawanan, jadi, beliau  cakap mungkin insan ini akan dapat panggilan utk ditemuduga. so, dah lega sikit kat situ. tapi, belum sempat nak lega pjg, beliau cakap, bila dah interview, tak semestinya dapat. insan ini kena mengadap satu kursus dahulu selama beberapa bulan. then baru dia akan select. antara ramai2 yg akan ikuti kursus itu, hanya 16 orang je yg diplih utk jadi reporter. adesss... ! maka, insan ini perlulah all out kalau dapat ikuti kursus ni. ;)


selepas je habis walk in interview ni. insan ini mencuba nasib kat company lain. antaranya: perodua, air asia,maybank, celcom, L'orel, Plus, & macam2 lagi. boleh dikatakan, semuanya company2 yg tough & stabil. semua yang insan ini pergi, semua memerlukan degree. bila diorang tgk resume insan ini, diploma, dorang terus cakap, just drop ur resume here. ;) see..? see..? tekanan jiwa & raga melanda seperti tsunami. 


ohya, insan ini telah gagal utk memasuki upu bagi ijazah pertama. (sile simpati) jadi, semasa duk pusing2 satu hall kat convention centre ni. insan ini terlihat beberapa booth ipts. seperti : unisel, aswara, unisel, unitar. tanpa membuang masa, insan ini terus mengambil risalah yg diedarkan. terasa macam berminat nak sbg bachelor in journalism kat unitar. & lagi satu, bachelor in penulisan kreatif di aswara. ;) niat hati insan ini disokong sepenuhnya oleh tuan presiden & master chef. tapi, tuan presiden minta insan ini bersabar untuk uitm bulan 12 nye. 


baru insan ini sedar, betapa sukarnya nak mencari pekerjaan yg bagus2 sekarang ni. semua memerlukan degree, taukk!!


bagi menghilangkan tekanan jiwe yg mengundang ini. insan ini pergi padang astaka, PJ. jumpa mr wan chaii & hantarkan makanan berupa ayam kentucky fried chicken buat beliau. sades sungguh mendengar panggilan dari beliau yg lapar kebuluran tak makan. terasa sesuatu yg pelik bila menjejakkan kaki ke padang astaka ni. sebab kelihatan awex2 cun & hot dgn pakaian yg x cukup kain. rupa2nya, ada event urbanscapes. no wonder la, ramai awex2 & laki2 tampan bergaya di sini. ;p 








p/s: now  is watching 'sekali lagi' ;)

Friday, July 15, 2011

Lagi!! ko hado..? haha. ( sile menyampah)


sekali lagi gadis kecoh ini mendapat berita gembira daripada tuan presiden untuk pergi menyibuk mengikuti tuan presiden ke gold cost morib, Selangor atas urusan kerja. kali ini percutian tanpa dirancang ini adalah selama 3 hari dua malam. ohya, percutian mengejut ini tidak diturut serta oleh klon syamsul yusof, iaitu : abg wa. ;p ( klon ke?) juga kakak & abg ipar wa. ;) yahuuuuu...! kpd abg & kakak, sile click button 'jeles' di keypad telefon bimbit anda. ;p

btw, cita2 hambo nak bercuti di negara omputeh, tapi memandangkan faktor kewangan tuan presiden, hambo terpaksa lupakan hasrat itu. tapi, walau bagaimanapun, hambo tetap tanamkan satu wawasan 2020 utk hambo jejakkan kaki di sana.! jadi, hambo pedulik ape kalau org cakap hambo kecoh2 pergi bercuti setakat kat morib je. blog hambo, suke hati hambo lah nak taip ape! ;) ( sile kutuk insan ini) hehe.

baiklah, secara peribadi dan tulus dari hati aku, aku malas nak follow tuan presiden tu. aku nak bagi chance pada tuan presiden & master chef berbulan madu buat kali ke beratus kali aku tak tahu lah kan. ;p tapi, atas desakan & rayuan gombal mereka berdua, akhirnya, insan kerdil ini menerima dgn hati terbuka. tapi, still aku tak ada rasa Excited beruk sebab aku fikir tempat ni biase2 je. tak ada yang luar biase. buktinya, insan ini tak TERhingin pun nak bawa baby canon beliau dan tidak bawa seluar & baju utk mandi kolam. menurut tuan presiden, dekat sana ada theme park. tapi, wa still tak excited. mungkin sebab wa terlalu merindui mr wan chai wa la kut. ( tibe2??) tett.

dipendekkan story, sampai2 je sini. aku kejakunan tiba2. nak tahu sebab apa? sebab bilik mandi ada jakuzi. haha.! nampak sgt insan ini tak pernah jumpa jakuzi depan mata. ;p ( sile malu)


lagi satu, aku suka part ada jendela kat tandas tu. macam Sweet sgt. ;p romantik pun ada wa rase. sesuai utk lokasi berbulan madu. mesti master chef menyesal ajak wa ikut sekali. ;)


bilik mandi utk air pancut just gunakan cermin sahaja. so, AMARAN : kalau rasa2 nak mandi bogel tu, silalah abaikan. kalau nak jugak, rajinkan diri anda tutup jendela kat jakuzi tu ye. ;)


untuk bilik, dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang lah. tak berapa besar, tak berapa kecik. tapi, ini pakej yang murah. kalau pakej yang mahal sikit, aku tgk katil siap ada tiang lagi. so swettt. ;p


next, apa yang menambahkan lagi keterujaan serta kejakunan aku, bila aku tengok theme park kat resort ni. secara jujurnya, ini merupakan 1st time aku jejakkan kaki masuk resort yang ada theme park. itu sebab lah insan ini macam 'rusa masuk kampung'. ;p nak masuk theme park ni, kena ada pass. khas utk penginap sahaja. tapi, sayangnya, wa tak dapat naik menatang kat atas tu, sebab utk perempuan, kena pakai swimming suit kalau nak main. ;(


maka, hanya ini sahajalah yang dapat aku main selain daripada duk berendam je dalam kolam air sampai kulit jari & kaki aku berkedut. ;p ohya, tiba2 sesat pula makhluk asing dua org tu, hehe. last minit, kakak & abg ipar aku datang. TERnyata mereka jeles dgn insan ini. huh. tak boleh tengok kite senang sikit! ;p


mujur hari persekolahan. maka, aku dapat menikmati keseronokan dgn sepuas2nya dekat theme park ni. TERasa macam wa anak taukei resort ni pula. ;p 


act, resort ni tak siap sepenuhnya lagi. baru dibuka dua bulan yang lepas. banyak lagi yang kurang, contohnya: kat bilik aku, iron baju tak ada lagi. pastu, kedai jual baju mandi pun tak dibuka lagi kat bawah tu. part aku tak suka bila nak cari makan sedap2, macam KFC ke, MCD ke. ;p aku terpaksa pergi ke pekan banting. itu pun ada KFC je. soklan bodoh wa tanya tuan presiden : 'abah, morib ni sebenarnya kat negeri mana?' ( bengap sungguh insan ini)
aku bukan apa, macam tak percaya negeri selangor pun ada tempat yang masih belum membangun. ;p itu sebab tanya soklan bodoh lagi bangang tu. ( apa, ko ingat selangor konon2 mcm KL la, semua membangun?) 

sebagai kesimpulan, insan ini sgt enjoy. ternyata tidak sia2 beliau menjadi penganggur terhormat. ;p dan wa ingin melahirkan rasa bangga dengan tuan presiden wa. kerana hanya beliau satu2nya yang bawak wa & master chef wa datang sini. pada dasarnya, beliau kena share bilik dgn sahabat beliau. tapi, kerana hati beliau yang tulus mulus, serta suci murni itu, beliau menempah satu bilik khas utk kami sekeluarga. ;) wa sayang lu tuan presiden! ;) kpd abg wa : sile taip 'JELES', dan hantarkan ke 1234. ;p

bersama tuan presiden aku. ;)
p/s: aku tak dapat upu. sades betol. ;')                                                                            
                                                                                               yang dusta,
                                                                                                                                       
                                                                                                                              syue

Thursday, July 14, 2011

dari bangku sekola part 2 - beautician terhandal ( sile muntah)

secara kasarnya, aku ni bukanlah minat sangat nak  cantik2, nak touch-up2 sane, touch-up2 sini, buat stail rambut gitu, buat stail rambut gini. boleh dikatakan, dalam kes nak cantik2, nak fesyen2 ni, memang aku out of list. tapi, memandangkan aku terpaksa berhijrah ke dusun kajang perdana yang jauh dari dunia KL gangster ni, aku terpaksa membuat satu keputusan yang penuh dgn propaganda. iaitu, membuat permohonan ke sekolah teknik di kawasan KL sahaja. baca betul2, kawasan KL sahaja ye. ;) 

lokasi permohonan dilakukan di cybercafe kompleks mutiara jln ipoh bersama dgn kawan2 seangakatan ku ketika itu, iaitu: fyra, yana, min, azie, amira & yg lain aku tak ingat. ;p tanpa membuang masa, aku terus memilih sekolah menengah teknik ERT setapak sebagai pilihan utamaku. setelah digodek2, digodam2 jurusan apa yang ditawarkan disitu, tiba2 aku TERusha satu jurusan ni. iaitu: seni kecantikan. ;) tanpa membuang masa dan tenaga, aku terus click sebagai pilihan utamaku. & guess what? aku dapat!!! (lompat katak kegirangan)

Beberapa kertas kerja telah pun dibentangkan kpd tuan presiden bagi tujuan memastikan beliau meluluskan permohonan aku untuk berhijrah ke sekolah teknik itu. antara soalan utama diajukan oleh tuan presiden kpd aku adalah:

'kenapa nak ambil kursus kecantikan?'
maka dgn bangganya aku menjawab:
'sebab.. adik minat course ni, nanti boleh jadi macam pengasas sendayu tinggi tu.'
tuan presiden tersenyum mendengar jawapanku, lalu beliau berkata:
'wah. satu cita2 yg tinggi. tak sangka. okai, tak apa, abah benarkan, tapi, kena duduk hostel' . yahuuuuuu!!! nampaknya misi propaganda ku berjaya. 

tersebutlah kisah, aku hanya bertahan sebulan je. bukan sebulan kat sekolah ni. tapi, sebulan menetap di asrama. ;) ternyata, tuan presiden & master chef ku tidak mampu berjauhan dgn ku. ( alasan semata, padahal mmg nak blah pun) lalu, aku check out dari dunia hostel2 ni. dan secara officially, aku menjadi penduduk luar. ;) mula2, insan ini sanggup membuang masa & tenaga beliau utk ulang alik dari KL ke Kajang menaiki pengangkutan awam yg sgt mesra pengguna, iaitu: KTM. namun, kesanggupan beliau hanya bertahan beberapa bulan. akhirnya, beliau menetap di sentul bersama2 dgn tuan presiden & master chef. 


maka, bermulalah kisah aku mempelajari ilmu beautician2 ni. ada dua part yg aku belajar, iaitu: persolekan & dandanan rambut. kejakunan membolosi diri insan ini apabila melihat sekolah ini ada salun rambut & bengkel persolekan. selalu masuk salun utk buat rambut & fasial muka je. tapi kalini, wa masuk utk jadi tukang dandan & solek. fuhh.. jakun serta excited beruk bila masuk sini. ;)


disni, aku nak tunjuk & share dgn korang pengalaman aku sepanjang menuntut ilmu beautician ni. ;)


cuci muke sampai bersih & suci. 


wa belajar cara nak buat fasial muke, utk basic, wa belaja cuci muka dulu. Lihat gambar rajah di atas. terserlah ketekunan wa sedang mencuci muka kawan wa. ;) kelembutan tangan dan jari adalah amat diperlukan ketika melakukan proses ni, sehingga terlena dibuai mimpi kawan wa tu. ;p



selain dari tu, wa juga belaja buat fasial muka 'rawatan desinkrutasi''. wa pun tak tahu lah apa yang 'desinkrutasi' nye. yang wa tahu, wa syok buat menatang ni. ;)




next, aku buat rawatan 'iontoforesis'. actually, aku sendiri pun tak tahu kenapa namanya sebegini rupa. ;p kongsi sedikit lah dgn korang semua ye, mula2 nak buat rawatan ni, kita kena cuci dulu muka  tu. pastu, baru kita akan tempek sejenis cecair yg aku pun dah lupa nama saintifiknya. ;)  then, barulah kita mula menggelek2 muka  tu dgn penggelek yg disediakan itu. ;p




hah. jgn tak tahu, aku tahu taw nak buat pedicure. ;) dulu lepas habis sekolah, selalu juga aku buat kat family aku, tapi sekarang dah tak dah. ;p kalau nak buat pun, aku kena refer balik buku aku. huhu.. tapi, senang je sebenarnya. ohya, pesanan  utk buat menatang ni, memerlukan kesabaran tahap dewa. sebab rumit juga bila time nak ketip kuku, nak buffer kuku, nak buang kutikel kuku. semua tu memerlukan tahap kesabaran yg tiptop.




hah.. untuk rambut, aku belajar semua bendalah yang korang jumpa kat salun rambut. antaranya, buat curl. disebabkan guna kepala patung, aku buat pun cincai2 je. haha. tapi, serious mendera jiwa dan raga buat menatang ni. part yg buat aku bengang, bila curl yang aku hasilkn macam2 versi. FAIL sungguh!




ini pun sgt mendera jiwa raga. buat kerinting. gulungan nak kena kemas. kalau tak hasil dia hancurrrrr.  lagi satu, depends pada ketebalan & kelebatan rambut tu sendiri. kalau tebal rambut tu, maka jumlah rambut yang kita kena ambil sikit je. Tujuan dia, supaya kerinting tu ada volume dia. ;) baru cantik menarik. tak payah cakap lah, kaki aku kebas & rasa macam nak tercabut. berdiri berjam2!




sanggul tradisional: ini paling aku suka. walaupun susah nak mampuih buat menatang ni. tapi, aku enjoy gile.  even memerlukan ketahanan mental & fizikal yang sangatlah teruk.


tarra.. hasilnya!! ;)






kalau dah buat sanggul tradisional, kena lah buat sanggul moden. ;) tapi aku rasa zaman sekarang dah tak buat kut sanggul2 ni. pakai sanggul palsu sudah. ;)


part paling aku suka lah dalam menuntut ilmu beautician ni. aku suka buat hightlight rambut dgn rebonding! even teramatlah mendera otak dan fizikal, tapi aku rasa sangat best, sebab bila kita tgk hasilnya, kita rasa macam puas sangat!








dua tahun menuntut ilmu beautician ni, memang tersangat lah memberi seribu manfaat utk aku.nampaknya, tak sia2 aku buat propa kat tuan presiden .;) tapi, sayangnya, aku tak sambung balik ilmu ni lepas habis sekolah. ;) kawan2 aku yg lain, majority ada yang dah kerja kat salun, ada yang dah jadi professional beautician pun, & aDa juga yang further study kat lim kok weng ambik beautician. ;) & aku? tiba2 lak sesat dalam dunia wartawan. haha. apa2 pun, aku doakan semua kawan2 aku berjaya dlm hidup masing2 ye. !






p/s: rindu pulak kat kawan2 vokasional solek ni. ;)

Friday, July 8, 2011

*** for transformers 3 dark of the moon

;) actually, aku tak berapa nak minat sangat transformers ni. since transformers 1 pun aku tak pernah nak layan. tapi, disebabkan  wan chai nak sangat tengok, tengok je lah.

aku tak berapa nak faham sangat, sebab subtitle terlau cepat nak mampuih, al-maklumlah, wa ni bukan lah power dlm english. so, nak faham sebijik2 apa dorang cakap, memang lah TERnganga-nganga aku dikerjakan. ;p tapi, wa tak ada lah bengong sgt sampai tak faham langsung movee ni tentang apa. memandangkan, wa ada tukang penterjemahan kat sebelah wa, jadi wa faham ler juge movee ni pasai pa.

apa yg aku faham sepanjang aku menatap skrin besar tu, transformers ni menceritakan Autobots yang dikepalai oleh Optimus Prime nak buat come back utk pancung  musuh utama beliau iaitu Decepticons. Decepticons ni pun nak buat come back juga sebab dia nak balas dendam atas kekalahan dia masa transformers dulu,kira dia pun nak pancung autobots la, wan chaii la yg bagi tahu ni, kalau TAK, harapan aku nak faham cerita ni. ;p Dalam filem ni, Autobots dan Decepticons telah tergolong dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia.  khidmat Sam Witwicky dan kawan robot dia diperlukan untuk kasik setel kes ni. Last2, mestilah autobots menang. ;)

hah.. macam tu lah fahaman aku bila tgk cerita robot ni. aku bagi 3 *** sebab yg pertama, aku suka tengok robot2 dia, macam2 kaler, & suka part dorang boleh transforms jadi kereta ke robot. hehe. nampak sgt aku ni tak pernah tgk transformers. ;p sebab yg kedua, aku suka hero dia, aku pun tak tahu lah siapa nama dia,ternyata wa ni tak layan hollywood. ;p dan sebab ketiga, aku suka part bila manusia dan robot bersatu padu utk pancung dua biji robot jahat tu. ;) rasa macam best je kalau betul2 terjadi macam tu. hehe.. Maybe kalau aku follow cerita ni dari 1st, aku mesti faham & suka lah kan cerita ni. so, tu sebab lah aku bagi 3 *** je. ;)

overall.. movee dari omputeh ni susah kita nak cakap TAK best,. so, best lah.. cuma macam aku cakap tadi, kalau aku follow dari dulu pasal robot2 ni, mesti aku pun excited macam wan chaii. ;) kalau korang tak faham apa aku cerita tadi, nah, kat bawah ni, aku bagi sinopsis dia, tapi dlm omputeh la. aku rembat kat blastr.com ;)

"The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009's Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There's new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."



p/s : sabtu ni pergi ilham resort. yeay! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...