assalammualaikum guys. Boleh tahan lama juga aku tak mencemar duli. hikhik. Sedar tak sedar dah masuk 3 bulan aku belajar di Upm. Dah nak hampir final pun.
Lambakan assignment membuat aku terlupa pada blog kesayangan ni. Ya Ampun.. ;( okay, straight to the point. malam ni aku nak kongsi perasaan, pengalaman, dan apa yang aku rasa setelah 3 bulan aku merasai kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.
Akhirnya, dapat juga aku jejak kaki ke menara gading. alhamdulillah.. Mujur pengalaman aku sewaktu di kolej dulu banyak memberi aku peringatan, dan panduan aku di sini. Aku antara yang tua dikalangan pelajar lain, maklumlah, yang lain tu dari lepasan matrik & asasi, masing2 usia 19 tahun.
Di sini, aku tidak malu untuk mengaku yang aku berusia 22 tahun. Bagi aku mereka perlu tahu usia sebenar aku supaya mereka boleh respect aku. muahaha! But, jgn tak tahu ramai juga yang terperanjat beruk bila dpt tahu aku 22 tahun. * perasan muda* Tp bukanlah aku seorang je yg tua. Paling tua, seorang cluzmates aku ni, 24 tahun. dan ada lah dua tiga orang yang sebaya aku.
Untuk minggu2 pertama macam biasalah, sibuk nak daftar subjek, jumpa mentor. ohya, di sini, kami panggil PA. PA aku perempuan, & guess what? aku tak ingat pun nama dia. * mohon lempang syuysu reramai* yang aku tahu dia seorang professor. Jadi tahu2 lah, kalau dah prof, for sure dia sibuk memanjang, jadinya aku memang tak ada kesempatan langsung nak jumpa dia. ;( tetiba rindu kat mentor aku zaman diploma dulu, madam nora. ;'(
Bercakap pasal daftar subjek, bila dilihat pada subjek2 bagi bacelor komunikasi ni, banyak juga subjek yang aku dah ambil waktu diploma dulu. Hati dah berbunga2 nak pergi jumpa PA untuk buat pengecualian subjek2 tu. at least tak ada lah aku habis sampai 3 tahun setengah kan. Tapi, malangnya berita yang kurang best aku dapat tahu dari PA aku yang student from private college tidak dibenarkan buat pengecualian. sedih hoii!
masih lagi tidak berpuas hati, aku dgn geng2 lepasan diploma ni pergi lah jumpa ketua jabatan kami. " you all supposely rasa bersyukur sebab kami dari ipta ni nak ambil you all dari swasta, so tolong faham prosedur kami, pelajar dari swasta memang tidak dibenarkan buat pengecualian subjek." pehhh. sentap hoii. nampak tak diskriminasi di situ? that time aku rasa sedih gila pun ada. apa lah kurangnya kami yang dari private college ni kan. ;(
tapi, aku bersyukur juga sebab satu subjek dapat diberi pengecualian, iaitu subjek kenegaraan. sewaktu diploma dulu 'pengajian Malaysia'. subjek ni merupakan subjek di bawah jabatan ekologi, so memang tak ada masalah. cuma jabatan komunikasi je yang tak benarkan pengecualian subjek dari private college. erhhh.
kawan? ohya, kat sini aku tak ada lah kawan baik pun, semua sekadar kawan biasa2 je, tak ada lah isitilah BFF tu. bagi aku, kawan2 di kolej aku dulu jauh lebih seronok dari sini. ntah lah.. mungkin sebab usia kut. heeee. But, quite fun juga bila depa panggil aku 'kak syu, kak syu". haha. kadang2 rasa sangat2 dihormati pun ada bila budak2 tu selalu minta pandangan & nasihat aku. haha! * kelakar doww*
assignment pula, tak banyak beza macam zaman kolej dulu. sleeping partner? haaa.. itu perkara biasa. memang situasi ni berlaku pada aku. apa yang aku terkilan, ada yang lepasan diploma macam aku, tapi cara dia macam budak lepasan matrik or asasi yang masih blur2. everything letak pd bahu aku. stress weiii. komplain sana sini, merungut sana sini, tapi kerja tak buat. tekanan dikerjakannnya. ;3
ponteng kelas? betul lah org ckp, kalau dari mula tu perangai malas pergi kelas dah ada, sampai bila2 ia menular hoii. haha. aku memang rajin juga ponteng kelas. mujur ada adik2 yang sudi signkan attendance untuk aku. hihihihi. tp test, assignment semua aku bg komitmen okayy. ;p