Monday, April 30, 2012

Kuning itu BERSIH.


salam satu malaysiaaa! tajuk entry yg tak ada motip. ketandusan idea dan fikiran utk tajuk. harap maklum. -_-"






Sedih bila lihat orang2 kita seperti hilang akal dan gila bila membuat rusuhan dan menggunakan keganasan terhadap polis serta pihak media. Perhimpunan yg sepatutnya dijadikan utk mereka bersuara kpd kerajaan, akhirnya menjadi satu insiden yg sgt mengecewakan. mana pergi 'perjuangan' yg dorang nk perjuangkan sgt tu? dgn 'keganasan'? kita marah bila org luar kata islam itu terrorist. tp, kita sendiri tak sedar yg tindakan kita itu yg menjadi punca kita di labelkan sebagai terrorist. -______-"

sudah diluluskan kerajaan utk kita membuat perhimpunan tersebut, tapi ambil kesempatan pula. Bagi pendapat aku, siapa pun yg mengemudi negara, masalah 'kotor' di dalam politik akan tetap ada, dan terus akan ada. Baik PAS, BN, PKR dan sebagainya. sebabnya, pemimpin itu sendiri yg ada masalah.masing2  ada agenda tersendiri. Jadi, kita sebagai rakyat, terus terpengaruh, dan akhirnya apa yg berlaku kelmarin tak mendatangkan apa2 hasil pun? pergi lah mana2 negara pun, politik mereka pun tetap tidak 'BERSIH'. 

tidak dinafikan, sikap rakyat kita yg mahukan pentadbiran negara telus dan bersih dari segala anasir negatif itu menunjukkan betapa prihatin nya kita terhadap negara.Tapi 'pendekatan' yg digunakan  dgn jalan yg salah. kesannya, kita jadi berpecah belah. walhal, kita adalah saudara sesama agama. sepatutnya kita lebih bersatu padu. bg aku, kalau pendekatan utk buat 'BERSIH' tu dah bagus, tapi lebih bagus kalau dua2 pihak join sekali, non-partisan. 

But, susah kan? hahaha. manusia dilahirkan ALLAH dgn hati, perasaan, otak. Jadi, kita tak boleh nk elak kalau masing2 ada pemikiran mereka sendiri. -___-" so, ke kanan pun sama, ke kiri pun sama lah juga hasilnya.  Ketelusan yg kita nak pun, susah nak capai. susah kita nak fikir pendekatan pentadbiran yg macam mana boleh memuaskan hati semua org. Jadinya, aku memilih utk natural. -__-". bukan lah nak jadi lalang. tapi, bimbang kalau2 perkara ni boleh memecah belahkan byk institusi. institusi kekeluargaan sebagai contoh. most of family aku, side BN, & the rest PAS. so, disebabkan ada dua puak ni. bila berkumpul, dah jadi dua part. aiyokk. susah gini. ;-p tak best lah kan macam tu? padahal kita satu keluarga. islam pulak tu. kan tak bagus. nanti kesan sampai ke anak2. ish, tak mau lah. hahaha! so, kalau aku nak mengundi pun, undi senyap2 je lah, tak payah nk bagi tahu undi mana. itu lebih SELAMAT. ;)

akhir kata, maaf kalau ada yg tersinggung. kalau ada yg tak betul, mohon ditegur. to be honest, aku tak ada lah hebat sgt nak berbincang tentang isu politik ni. just nk memberi dan berkongsi pandangan dgn apa yg aku lihat je. harap maklum. ;)

sekian... PEACE, NO WAR. 

ada mata, ada hati, lu fikir lah sendiri. ;)

p/s: jgn jadi kerbau dicucuk hidung. puji sikap jurukamera AL-hijrah yg bantu menyelamatkan seorang polis dari dipukul. 

Wednesday, April 25, 2012

Kemaafan

Ribuan terima kasih syu syu ucapkan pada dia. atas kemaafan dan peluang yg telah diberikan. walaupun dia tak baca blog syu syu ni, tapi syu syu punya suka hati lah nak update kat blog pun. maaf, syu syu TERemosi tak ada motip. syu syu lega. syu syu puas. syu syu gembira. 1 malaysia. (eh?)

panasnya hati dia, tapi mudah disejukkan seperti ais batu yg jatuh dari aircond bilik syu syu. maaf lagi sekali, syu syu suka mengarut. ( sila tekan button X ) panasnya hati syu syu belum tentu ais batu boleh menyejukkannya. over nya ko. sila sedar diri. -____-"


peluang yang ada, harus dijaga seperti peluang yg baru dibari. bari? bari adalah adik beradik kpd kambing biri2. maaf, buat kali ketiga syu syu mengarut, typo yg tiba2 berlaku menjadikan jari ini dgn tiba2 malas utk ke keypda 'backspace'. see? nampak tak masih ada lagi typo yg berlaku. sori. syu syu malas nak layan. .....................


13 peluang yg telah diberikan menunjukkan betapa beruntung nya syu syu. mohon syu syu pergi terjun klcc kalau tak reti nak appriciate peluang yg telah diberi. sabarnya dia bukan utk dipijak oleh syu syu yg kering macam bini popeye ni. ( terima kasih sebab sedar diri) tapi utk lebih menghargainya.


PERINGATAN yg telah diberikan oleh dia adalah peringatan yang harus syu syu pin dan sematkan dgn beratus2 jarum peniti, agar syu syu lebih berhati-hati selepas ini. terima kasih lagi buat dia kerana masih terus bersabar dan menyayangi syu syu seperti sedia kala. syu syu sayang awak dunia akhirat. terima kasih awk.


TERIMA KASIH AWK. ;')





Tuesday, April 24, 2012

BERSALAH.

bertindak mengikut nafsu bodoh. nah, amikaw! syu syu sedang cuba mengawal nafsu amarah. secara kasar, dapat dilihat syu syu seorang gadis yg pendiam konon ( puihhhhh)
secara halus, syu syu merupakan seorang gadis yg sukar utk mengawal sifat amarah nya. 
syu syu gila. syu syu sewel. 

jgn ditanya apa perasaan syu syu yg sedang menaip entry bodoh lagi bangang ni. semuanya berpunca dari perasaan 'bersalah' yg semakin membolosi diri syu syu ini. syu syu kehilangan arah tuju & tujuan, nampak tak? syu syu dah LOST. ayat pun semakin menghampakan lagi menjahanamkan bahasa jiwa bangsa. 

apabila emosi menguasai pemikiran, makanya syu syu seperti dirasuk oleh rasukan ablasa, syu syu rasa macam tajuk sebuah filem seram je tu kan? mohon jangan keliru, syu syu sekarang sedang menceritakan tentang perasaan syu syu.dan apabila rasukan itu telah berjaya bermaharajalela di dlm diri syu syu. serta merta syu syu melemparkan kata2 yg bodoh lagi tidak berotak kpd dia. syu syu memang jahat lagi kejam. syu syu tak ada hati perut. 

12 kali syu syu telah melakukan kesilapan ini. syu syu ulang lagi sekali, 12 kali ye. 12 kali juga syu syu telah dimaafkan dia. nampak tak? nampak tak? nampak tak yg syu syu sangat buta hati, dah lah memang buta mata, hati pun buta jugak. syu syu buta tak nampak syu syu ada dia yg sangat penyabar dgn syu syu. nampak tak? nampak tak? betapa loser nya syu syu ini. hoii cik loser, dipersilakan berambus. 

syu syu harap dia masih mampu maafkan syu syu utk kali ke 13 kalini. syu syu minta maaf . syu syu janji syu syu cuba ubah sikap syu syu yang tu. syu syu sayang dia. sekian. TT__TT

Saturday, April 21, 2012

yg mana serasi?


aku dgn dia, memang tak sebulu, sehaluan, seiring dan sejalan. -___-' mana kata, ada je yg tak ngam.  sebagai contoh, dia seorang yg rilex, tak cepat melatah. tp aku seorang yg tak boleh rilex, cepat sgt melatah. dan perkara2 ni yg mendorong kpd perang dunia antara kami. -____-"

Next, dia tak suka sms, berFesbuk, Bertwitter, Ber'skyping ( eh, betul tak eja?) aku? of course suka! selagi mana benda2 tu boleh buat aku dpt contact dia, aku memang suka. mihihi! aku suka karaoke, dia tak suka. dia suka memancing, aku tak suka. satu je lah yg sama, kami sama2 minat warna hitam. that's it! -_-" bila berborak, tak payah cakap, ada je yg argue, baik aku mahupun dia. 

ada orang cakap, kalau pasangan kita tu sama cita rasa dgn kita, maknanya depa serasi bersama. ada yg cakap, kalau sama cita rasa pulak, bosan, sebab tak ada perkara yg berbeza boleh dikongsikan, balik2 benda yg sama. bagi aku, susah nk expect utk kedua2 perkara ni. sebab kedua2nya ada consequence.

aku? aku punya pandangan pula, terpulang pada diri masing2. ( jawapan nak selamat je. -_-") bukan masalah jawapan nk selamat, tp sebab aku rasa semua orang ada pandangan dan rasa masing2. ikut keselesaan antara satu sama lain. depends on how diorang bawa hubungan tu sendiri, tak kisah la  sama taste ke, kontra ke.

Tp, tidak dinafikan, di dalam hubungan, mesti ada persefahaman yg kuat. kalau tak, memang susah nak bawa hubungan tu in future. kalau pandai mengawal, selamat lah hubungan tu, kalau tak, good bye lah gamoknya. ;-p

so, korang pula macam mana? yg mana korang prefer lagi? yg sebulu dgn korang atau yg berbeza dari korang? mana jalan pun yg korang pilih. kita tidak akan dpt lari dari  masalah. itu pasti ada. Jadi, belajar utk menerima dgn hati terbuka dan bersabar. ekceli, nak motivated diri sendiri ni. kbai!


p/s: siapa nk perfume, semua brand aku jual, follow me on twitter. ;)

Thursday, April 19, 2012

Pandangan Dr Fazley isu kemenangan Aron Aziz

Heboh bila Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan AA dlm ABPBH minggu lepas. Ada yg setuju dgn kata2 naib pengerusi persatuan seniman ini, dan ada juga yang menghentam tindakan ZZ kerana tidak bersikap professional. 

Aku tertarik dgn pandangan yg diberikan oleh Dr Fazley tentang isu ini di dalam surat khabar sinar harian semalam. 

"Kita perlu selak sejarah dulu, hampir 80% pelakon di era jln ampas adalah berasal daripada singapura. Sepatutnya kerakyatan tidak harus menjadi isu utama, kerana bakat harus jadi kayu ukur seseorang. jgn jadikan kerakyatan sebagai benteng mereka tunjukkan bakat. sebagai contoh, datuk siti nurhaliza turut dikenali di singapura dan indonesia, malah kehadiran kita di negara itu tidak pernah dipersoalkan,. Malaysia dan Singapura adalah bangsa serumpun, dan rakyat asia. kenapa perlu dibangkitkan hal ini jika kita sama2 menggunakan bahasa yg difahami apatah lagi berjiran."


antara pandangan artis lain,

"bukan sahaja rakyat singapura yg cipta nama di malaysia, malah rakyat malaysia pun ada berjaya di Kota Singa, termasuklah lagenda kita Allahyarham Tan Sri P Ramlee...."

so, pandai2 la kita menilai mana yg relevan dan yang tidak ya. ;) apa2 pun, pujian harus diberikan kpd ZZ, sebab berani menegakkan pandangannya sendiri. but, apa kata ZZ selesaikan dulu isu lambakan artis indonesia ke malaysia. rasanya isu ni dari dulu dah berlaku, tp kenapa tak dipertikaikan? ;)

sekian.



gamba tak ada motip. hewhewhew.

HARD time

kalau boleh diputarkan balik waktu. aku nak jadi kanak-kanak balik. tak ada masalah, tak ada apa yg boleh difikirkan, hanya tahu untuk bermain & berseronok. ;)



Betul kata mak dan abah kita kan. "Bila kau dah besar nanti, baru kau tahu macam mana susah & peritnya kita nk tempuh kehidupan." masa tu, alaa... lambat lagi nak besar.. 


Bila kita di bangku sekolah, mak dan ayah kita selalu pesan, "belajar rajin2, nanti bila dah besar, boleh jadi orang yg berguna, masa depan pun cerah." tapi masa tu apa yg kita fikir cuma nak seronok, nak ikut kawan2.


Now, bila dah besar. Baru kita rasa yg kata2 tu semua memang 100% ada kebenarannya. ;) aku sendiri, bila fikir. Ya Allah.. menyesalnya tak dengar cakap mak abah dulu. menyesalnya bla... bla... bla.... hah! amikaw. boleh list down berapa banyak yg kita menyesal kan. -____-


Kalau nasi dah jadi bubur. apa lagi yg kita boleh buatkan? selain lebih menginsafi dan letak satu azam baru dalam diri. macam insan ini sendiri. haishh.. tak payah cakap lah. kalau lah aku mampu taip satu persatu apa yg aku sgt kesali selama 22 tahun hidup kat muka bumi ALLAH ni, aku dah taip dah. Tapi, aku sendiri rasa malu dgn diri sendiri. apatah lagi nak berkongsi dgn korang semua. Lagi lah teman malu. -___-"


Bila difikirkan, sekarang ni usia aku 22 tahun. seawal usia yg macam ni pun aku dah tak mampu nak harung dugaan hidup aku. Mak dan abah lah kekuatan aku sekarang. kalau nak dibentangkan macam mana lah perasaan aku sekarang ni, seminggu pun belum tentu dapat habis kan. ;-p


memang betul kata org, ramai mana pun kawan yg kita ada disekeliling, syg mana pun bf kita pd kita, mak dan abah juga lah insan yg paling faham naluri hati kita. ;') semoga hati ini lebih tabah dan tidak putus asa utk mengharungi masalah yg berbakul- bakul ni. hehehe. sekian..

p/s: percayaa.. pada diriii.. dgn harapan dan... keyakinan........




Things will get hard and it is perfectly

Sunday, April 15, 2012

selamat pengantin baru Eyka. ♥

Alhamdulillah.. tanggal 13 haribulan baru2 ni, kawan sekolah aku, eyka dah selamat  bergelar isteri kpd 'buibui' (panggillan nama suami beliau) majlis yg begitu ringkas, tak ada sanding. tp bagi aku cukup sempurna dgn busana yg eyka pakai & of course eyka nampak cantik sgt walaupun simple! ;)

eyka  merupakan blogger yg aktif. selalu dia join2 gathering utk blogger2 ni. kalau nk follow blog dia, klik je kt nama eyka tu ye. ;) arwah baby merupakan kawan kami yg pertama sekali mendirikan rumah tangga, kemudian diekori oleh zira, jane & seterusnya eyka. ;)

setiap manusia akan berubah mengikut peredaran masa. eyka yg aku kenal waktu sekolah dulu memang jauh sekali dgn eyka yg aku lihat sekarang. makanya, memang dah sampai seru ko lah kan eyka nk kahwin. ;)aku tumpang gembira dgn ko eyka. semoga ko menjadi isteri yg solehah & taat pd suami ye. selamat pengantin baru!! ♥ 






p/s: bila aku? hewhewhew,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...