Thursday, August 2, 2012

#twtupBerbukaIKIP





assalammualaikum guys. alhamdulillah, harini merupakan hari yang ke 13 kita berpuasa. ;) okay, semalam, student2 ikip buat #twtupBerbukaIKIP di padang MPK , kuantan, pahang. well, insan ini tak terlibat pun, maklum lah, dah lebih setahun aku tinggalkan kolej terunggul aku tu. apa yang membuatkan aku nak bercerita pasal #twtupBerbukaIKIP ni ialah kerana aku tumpang berbangga dengan student2 ikip yang buat event ni.


twtup? apa itu twtup? bagi korang yg ada account twitter for sure tahu lah kan apa twtup ni. tp bagi yang tak tahu lagi, twtup ini stand for 'Tweet up', maksudnya gathering untuk pemegang2 account twitter. haa... faham tak? ni bagi fahaman aku la. kalau salah, mohon betulkan. ;P sudah semestinya yang join gathering ni adalah manusia2 yg ada twitter. kalau tak ada tu aku rasa boleh jugak KUT.


Untuk #twtupBerbukaIKIP semalam, ia telah dianjurkan oleh twithandle @IKIPKuantan dan beberapa org kanan dia lah yg merupakan student ikip juga, dan ada juga dari kalangan junior kewartawanan. ;) korang tahu kan padang mpk kuantan depan masjid tu? Ya Allah, best okay berbuka kat situ. zaman2 aku kat sana, memang tak lepas peluang berbuka di situ. seawal 5 ptg aku dgn kawan2 dah ber'picnic kat situ. ;P beli makanan di bazar, then duduk dalam bulatan, tunggu je lah sampai azan maghrib. haishh.. how i miss that moment!


tp masa zaman aku, #twtup ni tak wujud lagi aku rasa, atau pun masih belum famous.  yela,  #twtup ni tercetus daripada twitter. zaman aku dulu, twitter mana lah famous. facebook je lah yang paling HOT dulu. tak ada pula #FBTup ke kan. -_-" ( nampak tak aku frust kat situ?) ehek.


okay, daripada apa yg aku baca dari tweet2 @ikipkuantan dgn junior2 aku di twitter, #twtupBerbukaIKIP semalam memang meriah. ramai gila yang datang. seriously, jeles mak jemah. bukan aku je yg jeles, rakan2 seangkatan aku pun sama. tak percaya tengok lah tweet2 kat bawah tu, betapa kami excited, walhal tak pergi pun. propa habis. XD. percaya lah, #twtupBerbukaIKIP korang akan lebih berseri2 dgn kehadiran kami mantan2 ikip. ( haa.. nampak tak bunyi jeles kat situ? ) hikhokhik.












lakonan mantopp dari mantan2 ikip. hewhew.



#twtup ni bukan sahaja untuk keseronokan, tapi kita boleh eratkan silaturrahim dengan semua orang. sebagai contoh, #twtupBerbukaIKIP, ikip terdiri daripada kampus 2, 3 dan 5. ketiga2 kampus ni berlainan tempat. jadi, melalui #twtupBerbukaIKIP ni, kita boleh gabungkan semua tanpa ada diskriminasi. 



lebih kurang 250-300 orang pelajar ikip yang hadir di padang MPK semalam. ramai ouhh. memang kat padang tu penuh la dengan ikip student ;p agak berbangga juga, sebab ia dapat memberi contoh yang baik kpd org luar yg dtg. jadi, sebagai bekas student ikip, gua berbangga dgn uolls semua. teruskan membuat aktiviti2 seperti ini. ;) harap2 rajin2 la korang buat macam ni, manatau kebetulan tv3 dtg buat liputan, boleh cover #twtup korg sekali. HAHA. kipidap!


twithandle yg terlibat di dlm menjayakan #twtupBerbukaIKIP semalam








best kan? jeles itewwwww. kbai.




rindu moment ni. 



p/s: gambar2 ni semua aku ambil dari admin @IKIPkuantan, kecuali gambar atas ni aku ambil dari google. hikhik. sekian.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...