Sunday, January 27, 2013

syusyu Kembali 2

assalammualaikum w.b.t.

happy new year!! ;D ( wlw pun dh terlambat, hehe) actually aku baru je lepas berperang dengan final exam 2 minggu lepas. yeay!! * goyang pinggul * Finallyyyyyy... semester pertama aku di upm telah berakhir, sekarang nak kena tunggu azab untuk result pula. erhhh.

macam mana final? okay? hummmmm. overall aku boleh katakan 'TAK BERAPA OKAY'. diulangi lagi sekali, 'TAK BERAPA OKAY' ya... -__-" especially utk  last paper aku ambil pada 10 haribulan lepas, paper public speaking. its killing me softly!! ;'( carry mark dah okay, tp ntah lahh.. final aku tak boleh buat sangat. memang degree punya soalan ni killer la eh. -_-"

Okay, lupakan pasal final exam. yang lepas tak usah dikenang.  cehwahhh. sedar tak sedar dah masuk 2013. cepat betul masa berlaluuuuu. So, apa yang aku nak buat sempena cuti sem ni?? of course nak rehattt. HAHAHA. 

well, tak ada lah rehat sgt. sejak ada anak buah ni memang rehat tu tak ada lah kan. ;p ohya, Salman dah 8 bulan. dia dah pandai merangkak, dah debab, bulat rasa macam nak giling2 je budak tu. dah mula nak berdiri sikit2. 

salman faris ;)


setiap tahun pasti ada moment2 yg kita rasa kita akan ingat sampai bila2. sama juga dengan aku, tahun 2012  antara tahun yg manis juga bagi aku, aku belajar untuk lebih memajukan diri aku, majukan diri dari segi sikap, pemikiran dan macam2 lah. Sebagai seorang pelajar, aku lebih fokus pada pembelajaran aku. 100% komitmen telah aku beri untuk semester pertama ni. dan kalau dah tertulis result aku nanti tak berapa bagus aku redha, mungkin ada sesuatu lagi yang aku perlu ubah. ;) *positive thinking*


okay, antara kenangan paling manis bagi aku apabila assignment utk subjek BMT ( bahasa melayu tinggi) ahli kump aku dapat yang terbaik. so unexpectedly. dan yang paling membanggakan, 4 org dari ahli group ktorang dpt panel terbaik which is adik maji, aj, hafzal ( moderator terbaik) dan aku. ngeh3. setiap seorang dr ktorang dpt hadiah yg istimewa dr pensyarah kami. apa hadiah nya? syhhhhhh. rahsiaaa. HAHA. what ever is, aku happy sgt dpt group dgn adik2 ni. mereka sgt membantu & paling penting tak cerewet, dgr kata. ;p 

well done guys. ;)

seterusnya, pada 24.11.2012, abg aku selamat bertunang dengan pilihan hati dia, kak puteri. well, after 3 years depa kapel, finally abg decide utk bertunang. Alhamdulillah. lega sikit. ;p ( dalam maksud tu, haha) sebagai adik, aku tumpang  gembira, n siapa pun pilihan dia, aku terima je kalau itu yg buat abg aku happy. ;)) mereka jangka akan kahwin pd tahun 2014. semoga sepanjang tempoh pertunangan ni abg dgn tunang dia tabah hadapi dugaan. maklumlah, bila dah bertunang ni dugaan tu lagi lain macam. hehe.

abg E-days


aku? huahuahua.. ada jodoh pasti ada. buat masa sekarang aku lebih nak fokus pada apa yang perlu aku fokuskan. kiki. dia masih lagi setia di sisi. ecececehh. cuma kadang2 hidup ni mesti ada perubahan. insyallah, kalau ada jodoh, pasti kami bersama. yeahhhh. hehe.


NEXTTT... kenangan yang tak akan aku lupakan sampai bila2, which is aku cabar diri aku sendiri untuk jadi pangacara bagi program besar juga lah di kolej aku. asalnya, aku just suka2 pergi test2 baca skrip untuk jadi pengacara program tu. But then tak sangka depa pilih aku juga. XD walaupun bukan program masuk tv, tp aku rasa ini lah masanya aku nak beranikan diri lebih lagi utk tampil di khalayak yg lebih ramai. makanya, aku redah je lah. ;p

hewhewhew.


1 minggu rehearsal non stop, balik kelas, turun bawah utk rehearsal, sampai dua tga pagi juga lah. penat ekceli, tp seronok, sebab dpt pengalaman yg aku tak pernah dpt selama di ikip dulu. semua program ni dikendalikan A-Z oleh kami sendiri, baik dari segi protokol, teknikal, lighting, stage, semua lah. dan sebenarnya apa yg membuatkan aku nak mencuba, sebab aku rasa macam malu pula bila lihat semua student2 yg terlibat dlm program besar macam ni tak ada langsung student dari fakulti komunikasi, which is ia satu perkara yg sgt memalukan sebenarnya.

finally, aku dan beberapa org coursemates aku volunteer untuk terlibat dalam program ni. Aj, cluzmates aku bertindak sebagai mc manager utk aku. dia lah yg bg arahan semua pd aku bila aku duk membebel2 atas pentas tu. ;p jujur, aku rasa macam sedang mengacara satu program tv tahu? HAHA.  barulah aku tahu nk jd pengacara ni bukanlah senang, nak kena pandai attract audience supaya tak bosan. overall, semua berjalan dgn lancar. ada komen yg positif, ada juga yg negatif, apa pun aku ambil semua tu sebagai panduan utk aku bg masa akan dtg.

tanggal 15 disember 2012, hari jadi aku. terharu sangat family buat suprise di restoran nailis, sentul. tambah terharu bila tiba2 si dia dtg dengan kek sambil lagu 'happy birthday' dimainkan dlm restoran tu. semua dlm restoran tu duk pakat nyanyi sekali, terharu nak gila rasa. HAHA. al-kisahnya, mak dgn dia yg plan. terharu hoiii. TQ. ;')

terima kasih daun keladi. ;')


okay, done with that. emmmmm, apa lagi ea aku nak cerita?? ;P rasanya tu je la setakat ni. ada masa lagi aku update ya! adios!


^__^V


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...