Tuesday, July 16, 2013

saya belum kahwin

soalan lazim yang manusia2 di atas muka bumi Allah ini akan tanya bila kau tengah bercinta :

" bila nak kahwin?"

"bila nak rasa nasi minyak ni?"

"bila nak berlangsung?"

blablabla... dan blablabla.. ENOUGH. ;3


pastu bila dah kahwin, depa akan tanya soalan2 ni pula :

" dah berisi?"

dah dpt berita gembira ke?"

" bila pulak nak jadi mak & ayah ni? tak sabar pula rasa"

blablabla dan blablabla.. LAGI? ;3


bila dah dapat sorang anak, depa akan tanya :

" bila nak tambah lagi sorang?"

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

ek'eleh, bunyi macam stress pula kau ni syu. rileks lah. soalan kacang the pieces je dorang tanya, tak mati pun kalau kau jawab macam mana pun even kau tak jawab pun depa bukan kisah, cuma free2 je la depa labelkan kau kurang diajar. hikhikhik. OKAY. 

KEJAP. tajuk macam tak selari dan bersatu padu pula dgn isi entry kau ni syu? okay, abaikan, memang saja nak letak tajuk tu. korang sendiri lah bg tajuk kalau rasa tak seswai. CUKOP. 

ekceli, pokoknya aku nak HIGHTLIGHT utk soklan yang FIRST sekali tu haaaa... gi baca gi! jgn malas! 


okay, begini lah ye, aku faham soalan2 tu soalan biasa. tak akan depa nak tanya " bila nak putus ni? " itu memang makan kaki cerita dia nanti. dah aku pun muat turun gambar berdua dgn boipren tercinta, memang lah depa akan tanya gittew, ye dok? tambah, aku faham ada di kalangan kawan2 di fesbuk, tweet, insta semua tahu aku dgn dia dh menjangkau 5 tahun kapel. so, soalan yg macam tu normal la dowh. lg sekali, DOWH.  hakhakak. syu gila.


ada kawan2 tak sabar nak rasa nasi minyak we alls kononnya. kalau uolls tak sabar, iolls ni lagi lah tak sabar nak makan nasi minyak kenduri iolls sendiri uollls... hah, tengok, kan dah TER'maria elena dah ni. hihihihi. TAPI, orang kata, kita hanya merancang Tuhan yg menentukan, Insyallah.. kalau diizin Tuhan, paling penting kalau jodoh kami kuat, ( aku harap sgt kuat la woii. hakhak) sure kami akan mendirikan masjid jugaK. ;p. 

eh, kejap. " kau ingat kau siapa nak bagi statement2 camni? kau bajet kau retisssss? daaaaaa!" 

as usual, kisah pulak kite? ( tangan atas bahu mata ke atas) hak ber'blog, hak aku. ngeeeee. 

OKAY. FRANKLY say, aku masih belum mampu untuk ke arah itu. aku masih lagi belum boleh berdiri atas kaki sendiri, aku masih belum boleh berpisah dengan mak abah aku, aku masih belum matang dalam menangani apa2 konflik dan masalah, mau secara peribadi atau tidak, aku masih belum mampu lagi berfikir secara di luar kotak, apa lagi? hah, memasak, kemas rumah, apa lagi? ohya, aku masih belum tamatkan pengajian aku, paling penting, aku masih belum bekerja dan tidak pernah ada pengalaman bekerja pun apatah lagi kerjaya sendiri, nak ke arah itu makanya aku haruslah apa? harus lah habiskan pengajian aku duluuuuu. kan?? kan?? kan?? sambung lagi, aku masih belum bagi duit gaji aku pada mak pak aku, aku masih belum dapat bercuti bersama kawan2 lagi,aku masih belum habis lagi menuntut ilmu cara2 memikat hati mentua, eh? dah tu engkorang ingat kalau engkorang kahwin nanti engkorang hidup berdua je lah? mak pak mentua korang? hikhikhik. 


mahu mendirikan masjid ni bukan semudah abc, jum adik2 kita mengenal abjad.. A, B, C, D, E, blablabla.. NO! it's not easy as u think dowh. lagi sekali. dowh. hakhakhak. aku suka perkataan ni. comel jeeee. k. sambung balik. secara kasar dapat dilihat aku ni bukan lah seorang yang alim, beriman apatah lagi, aku hanya minah biasa yang masih lagi merangkak2 nak cari jalan lurus. aku ada dengar ceramah dari ustaz kazim elias dlm rancangan dia tu, apa nama eh, lupa pulak. hahh.. kalau dah jodoh. kan? dia ada kata, kalau nak kahwin ni pertama sekali kena ada 'ilmu'. so?? tepuk dada, tanya lah dada. eh?! kbai.

CUKUP LAH SAMPAI DISINI SAJA. DARIPADA BATIN TERSEKSA, LEBIH BAIK KU PERGI SAJAA..

err,, kaitan? 








Sunday, July 7, 2013

KISAH SEDIH LAGI MEMBODOHKAN.

dah masuk tahun kedua!! yeayyyy!! 1 more years to go! then, i'm officially get my degree!! tak ada lah setahun lg, lebih kurang setahun setengah lg. erhhh. WATEVA. sedar tak sedar hoii. cepat masa berlalu. BUT, sedikit cemburu juga ada kawan yang habis lg awal. tak apa lah, aku percaya Tuhan dah aturkan sesuatu yang baik untuk aku. hik. ;')

(mukadimah yang menarik kan? tak? kisah pulak!)

al- kisah, cuti sem dua bulan setengah hoii, apa nak buat hoii, goyang kaki kat rumah je ke hoii? cerita dia sekarang insan yang lemah lagi kurus ni, ( err ) supposely sedang bekerja sekarang ni ya tuan2 dan puan2. Mungkin sekarang berada di lokasi penggambaran, interview org2 yg gua tak pernah kenal pun selama ni,. ehek. Kisah sedih berlaku, 1 hari sebelum melaporkan diri pada hari pertama bekerja, bapak gua datang dgn kain pelikat dan tidak berbaju mendedahkan tubuh beliau yang tak berapa nak sasa tu. okay, mengarut. 

" adik, abah rasa kan, ofis adik tu jauh sangat lahh, kajang - kota damansara, jauh tuuu & gaji level spm, berbaloi bayar duit minyak dgn tol je, tak dapat nak beronok2 la dgn duit gaji nanti, habis cover duit minyak kereta dgn tol". ( tahu2 je abah anak dia kaki shopping)

dangggg.!! why abah..?? whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy?? why la bila esok aku nak pergi lapor diri baru abah aku yang comel lagi sasa ni nak bagi tahu benda ni...?? kenapa masa aku duk bagi tahu aku pergi interview, tak cakap..? huwah, sedih kan..? tu petanda memang abah tak bagi lettew. faham sangat!

BUT, to be honest, memang gaji dia sangat2 tak worth it. aku pun tak faham kenapa company yang aku boleh kategorikan sebagai 'gah' ni boleh offer aku gaji ciput tu je..? kerja aku bukan duk ofis je, pergi ke sana ke mari. Tp, utk dapatkan pengalaman, memang aku pasti ni lah tempat yang sesuai. Tapi, apa lagi boleh buat, aku pun bukan anak org kaya, kalau kaya, aku tak kisah nak ulang alik kajang  - kota damansara. aku faham lah, bila abah dah cakap macam tu, mungkin abah nak bagi tahu yang dia tak mampu nak support aku duit belanja kereta dgn tol while tunggu gaji masuk. ye bah, anakmu ini faham. ENOUGH. ;')


kisah sedih kedua, 

dapat kerja  telemarketing insurans di raja chulan, malangnya terpaksa juga ditolak atas dasar gua ni tak sedar diri  yang gua ni tengah belajar lagi..? kalau gua ambil kerja tu, contract setahun la hoii, kau gila nak quit study sebab nak kerja..? LOSER juga aku  pergi interview ni. mana ada kerja telemarketing part time gilee.hakhakhak. sila booooo saya reramai.. PADAN MUKA. bagi tahu abah, free2 kena 'bodoh', hakhakhak lagi. kakak ketawa sinis. shadapp u sista.


bagi tahu wanchai, "membelakangkan boipren, ini la padahnya, kan dah free2 kena bodoh dengan abah." yes, aku tahu boipren aku mmg supportive orangnya. heh. ;3 mazhab mana kau belajar ntah "membelakangkan" boipren, ikut suka aku lah nak roger kau ke tak, puiih. jgn elak!


kesimpulannya, sebelum bertindak, fikir dulu ye syu. bak kata boipren tercinta, " kau tgh ambil degree sekarang ni, otak tu kasik luas macam budak amik degree", aku rasa macam nak ambil selipar, lempang muka dia lelaju, gila sentap ayat kau. hetchu!

kbai.


SEDIH TAK? TAK SEDIH SUDAH!


Monday, July 1, 2013

BFF : BOO FRENZ FOREVER, eh?

assalammualaikum w.b.t. tidak mahu cliche nak bagi tahu kenapa dah lama tak ber'blog, sesungguhnya cukuplah aku nyatakan di sini bahawa aku terlalu busy, busy dengan game candy crushhh. grrrrrrr! ok. DONE. 

tengok blog lecturer tersayang madam Nora gigih meng'update blog, rakan2 hikip seperti TenukAnggun yang tidak sah buat diri ini rasa nk terkencit dlm seluar sebab baca entry2 beliau yang lawak lagi menghiburkan, menjadikan aku terfikir juga nak update, BUT, bila dah ada lappy depan mata, jari jemari dah ready nak menaip, tetiba LOST. LOSER lah kau syusyu! -_-

TAPI, TAPI, TAPIIIII... okay, malas nak  melalut banyak, rasanya mukadimah tu dah cukup! heh.

Sebelum itu, harap maaf lah tajuk entry mengundang kekeliruan atau ketidak fahaman kalian semua, eh, kisah pulak denn..? ZZZZZZzzz.

BFF?? what the..? best frenz forever la der... lu kalau tak tahu, lu pegi duk dalam gua. okay, emosi. Korang mesti ada BFF kan? aku? jujurrrrrr TIADA. ( sila nyanyi lagu LJ , JUJUR) tett. okay, tahu hambar. 

Begini ya tuan2 & puan2, nak dijadikan cerita tak bermaksud aku tak ada bff, aku tak ada kawan langsung, ada. TAPI, utk dikategorikan sebagai BFF tu aku masih lagi tak jumpaaa. sedih gileee. so pathethic kan hidup aku?? *kesat air mata* BOHONG la aku tak rasa cemburu bila tengok kawan2 yang upload gambar with caption " my bff, 10 years of friendship & still counting..." 

Bagi aku, BFF ni bukan sekadar teman ajak lepak, teman ajak borak, tapi teman yang tak pernah lupakan kawan dia, sentiasa ambil tahu, tanya khabar, tak berkira, tahu apa kegemaran dia, apa dia suka, apa dia tak suka, jujur dlm setiap percakapannya, tak ada rasa iri hati, hasad dengki, sgt supportive, paling senang nak describe bff ni ialah teman yang sentiasa berada di waktu susah & senang. aku harap mereka2 yg naik caption sperti yg aku tulis kat atas tu betul2 dpt bff mcm kategori aku ckp ni. tak mau lah sekadar nak menunjuk2 kite pun ada bff.. tp secara rohaniah nya, 'KAWAN' je, bukan 'SAHABAT', eceh, ayat rasa nak lempang diri sendiri pulak. ;p ( dia lettew)

BFF ni bukan dtg dari satu pihak, tapi kedua2 belah pihak, rasanya aku tak perlu nak explain details dgn korang apa maksud dia kan. kalau sekadar kau sorang je yang beriye, tu bukan bff, tu ss, syok sendiri namanya,. HARHARHAR. tak kelakar ek..? okay, tahu. bai.

p/s: bf pun bole jd bff, tp kemon la, gua pun bukan suka sgt berkepit 24/7 hours dgn bf gua. gua pun nak ada life sendiri jugak. puihh, jgn elak! ;D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...