Friday, July 15, 2011

Lagi!! ko hado..? haha. ( sile menyampah)


sekali lagi gadis kecoh ini mendapat berita gembira daripada tuan presiden untuk pergi menyibuk mengikuti tuan presiden ke gold cost morib, Selangor atas urusan kerja. kali ini percutian tanpa dirancang ini adalah selama 3 hari dua malam. ohya, percutian mengejut ini tidak diturut serta oleh klon syamsul yusof, iaitu : abg wa. ;p ( klon ke?) juga kakak & abg ipar wa. ;) yahuuuuu...! kpd abg & kakak, sile click button 'jeles' di keypad telefon bimbit anda. ;p

btw, cita2 hambo nak bercuti di negara omputeh, tapi memandangkan faktor kewangan tuan presiden, hambo terpaksa lupakan hasrat itu. tapi, walau bagaimanapun, hambo tetap tanamkan satu wawasan 2020 utk hambo jejakkan kaki di sana.! jadi, hambo pedulik ape kalau org cakap hambo kecoh2 pergi bercuti setakat kat morib je. blog hambo, suke hati hambo lah nak taip ape! ;) ( sile kutuk insan ini) hehe.

baiklah, secara peribadi dan tulus dari hati aku, aku malas nak follow tuan presiden tu. aku nak bagi chance pada tuan presiden & master chef berbulan madu buat kali ke beratus kali aku tak tahu lah kan. ;p tapi, atas desakan & rayuan gombal mereka berdua, akhirnya, insan kerdil ini menerima dgn hati terbuka. tapi, still aku tak ada rasa Excited beruk sebab aku fikir tempat ni biase2 je. tak ada yang luar biase. buktinya, insan ini tak TERhingin pun nak bawa baby canon beliau dan tidak bawa seluar & baju utk mandi kolam. menurut tuan presiden, dekat sana ada theme park. tapi, wa still tak excited. mungkin sebab wa terlalu merindui mr wan chai wa la kut. ( tibe2??) tett.

dipendekkan story, sampai2 je sini. aku kejakunan tiba2. nak tahu sebab apa? sebab bilik mandi ada jakuzi. haha.! nampak sgt insan ini tak pernah jumpa jakuzi depan mata. ;p ( sile malu)


lagi satu, aku suka part ada jendela kat tandas tu. macam Sweet sgt. ;p romantik pun ada wa rase. sesuai utk lokasi berbulan madu. mesti master chef menyesal ajak wa ikut sekali. ;)


bilik mandi utk air pancut just gunakan cermin sahaja. so, AMARAN : kalau rasa2 nak mandi bogel tu, silalah abaikan. kalau nak jugak, rajinkan diri anda tutup jendela kat jakuzi tu ye. ;)


untuk bilik, dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang lah. tak berapa besar, tak berapa kecik. tapi, ini pakej yang murah. kalau pakej yang mahal sikit, aku tgk katil siap ada tiang lagi. so swettt. ;p


next, apa yang menambahkan lagi keterujaan serta kejakunan aku, bila aku tengok theme park kat resort ni. secara jujurnya, ini merupakan 1st time aku jejakkan kaki masuk resort yang ada theme park. itu sebab lah insan ini macam 'rusa masuk kampung'. ;p nak masuk theme park ni, kena ada pass. khas utk penginap sahaja. tapi, sayangnya, wa tak dapat naik menatang kat atas tu, sebab utk perempuan, kena pakai swimming suit kalau nak main. ;(


maka, hanya ini sahajalah yang dapat aku main selain daripada duk berendam je dalam kolam air sampai kulit jari & kaki aku berkedut. ;p ohya, tiba2 sesat pula makhluk asing dua org tu, hehe. last minit, kakak & abg ipar aku datang. TERnyata mereka jeles dgn insan ini. huh. tak boleh tengok kite senang sikit! ;p


mujur hari persekolahan. maka, aku dapat menikmati keseronokan dgn sepuas2nya dekat theme park ni. TERasa macam wa anak taukei resort ni pula. ;p 


act, resort ni tak siap sepenuhnya lagi. baru dibuka dua bulan yang lepas. banyak lagi yang kurang, contohnya: kat bilik aku, iron baju tak ada lagi. pastu, kedai jual baju mandi pun tak dibuka lagi kat bawah tu. part aku tak suka bila nak cari makan sedap2, macam KFC ke, MCD ke. ;p aku terpaksa pergi ke pekan banting. itu pun ada KFC je. soklan bodoh wa tanya tuan presiden : 'abah, morib ni sebenarnya kat negeri mana?' ( bengap sungguh insan ini)
aku bukan apa, macam tak percaya negeri selangor pun ada tempat yang masih belum membangun. ;p itu sebab tanya soklan bodoh lagi bangang tu. ( apa, ko ingat selangor konon2 mcm KL la, semua membangun?) 

sebagai kesimpulan, insan ini sgt enjoy. ternyata tidak sia2 beliau menjadi penganggur terhormat. ;p dan wa ingin melahirkan rasa bangga dengan tuan presiden wa. kerana hanya beliau satu2nya yang bawak wa & master chef wa datang sini. pada dasarnya, beliau kena share bilik dgn sahabat beliau. tapi, kerana hati beliau yang tulus mulus, serta suci murni itu, beliau menempah satu bilik khas utk kami sekeluarga. ;) wa sayang lu tuan presiden! ;) kpd abg wa : sile taip 'JELES', dan hantarkan ke 1234. ;p

bersama tuan presiden aku. ;)
p/s: aku tak dapat upu. sades betol. ;')                                                                            
                                                                                               yang dusta,
                                                                                                                                       
                                                                                                                              syue

Thursday, July 14, 2011

dari bangku sekola part 2 - beautician terhandal ( sile muntah)

secara kasarnya, aku ni bukanlah minat sangat nak  cantik2, nak touch-up2 sane, touch-up2 sini, buat stail rambut gitu, buat stail rambut gini. boleh dikatakan, dalam kes nak cantik2, nak fesyen2 ni, memang aku out of list. tapi, memandangkan aku terpaksa berhijrah ke dusun kajang perdana yang jauh dari dunia KL gangster ni, aku terpaksa membuat satu keputusan yang penuh dgn propaganda. iaitu, membuat permohonan ke sekolah teknik di kawasan KL sahaja. baca betul2, kawasan KL sahaja ye. ;) 

lokasi permohonan dilakukan di cybercafe kompleks mutiara jln ipoh bersama dgn kawan2 seangakatan ku ketika itu, iaitu: fyra, yana, min, azie, amira & yg lain aku tak ingat. ;p tanpa membuang masa, aku terus memilih sekolah menengah teknik ERT setapak sebagai pilihan utamaku. setelah digodek2, digodam2 jurusan apa yang ditawarkan disitu, tiba2 aku TERusha satu jurusan ni. iaitu: seni kecantikan. ;) tanpa membuang masa dan tenaga, aku terus click sebagai pilihan utamaku. & guess what? aku dapat!!! (lompat katak kegirangan)

Beberapa kertas kerja telah pun dibentangkan kpd tuan presiden bagi tujuan memastikan beliau meluluskan permohonan aku untuk berhijrah ke sekolah teknik itu. antara soalan utama diajukan oleh tuan presiden kpd aku adalah:

'kenapa nak ambil kursus kecantikan?'
maka dgn bangganya aku menjawab:
'sebab.. adik minat course ni, nanti boleh jadi macam pengasas sendayu tinggi tu.'
tuan presiden tersenyum mendengar jawapanku, lalu beliau berkata:
'wah. satu cita2 yg tinggi. tak sangka. okai, tak apa, abah benarkan, tapi, kena duduk hostel' . yahuuuuuu!!! nampaknya misi propaganda ku berjaya. 

tersebutlah kisah, aku hanya bertahan sebulan je. bukan sebulan kat sekolah ni. tapi, sebulan menetap di asrama. ;) ternyata, tuan presiden & master chef ku tidak mampu berjauhan dgn ku. ( alasan semata, padahal mmg nak blah pun) lalu, aku check out dari dunia hostel2 ni. dan secara officially, aku menjadi penduduk luar. ;) mula2, insan ini sanggup membuang masa & tenaga beliau utk ulang alik dari KL ke Kajang menaiki pengangkutan awam yg sgt mesra pengguna, iaitu: KTM. namun, kesanggupan beliau hanya bertahan beberapa bulan. akhirnya, beliau menetap di sentul bersama2 dgn tuan presiden & master chef. 


maka, bermulalah kisah aku mempelajari ilmu beautician2 ni. ada dua part yg aku belajar, iaitu: persolekan & dandanan rambut. kejakunan membolosi diri insan ini apabila melihat sekolah ini ada salun rambut & bengkel persolekan. selalu masuk salun utk buat rambut & fasial muka je. tapi kalini, wa masuk utk jadi tukang dandan & solek. fuhh.. jakun serta excited beruk bila masuk sini. ;)


disni, aku nak tunjuk & share dgn korang pengalaman aku sepanjang menuntut ilmu beautician ni. ;)


cuci muke sampai bersih & suci. 


wa belajar cara nak buat fasial muke, utk basic, wa belaja cuci muka dulu. Lihat gambar rajah di atas. terserlah ketekunan wa sedang mencuci muka kawan wa. ;) kelembutan tangan dan jari adalah amat diperlukan ketika melakukan proses ni, sehingga terlena dibuai mimpi kawan wa tu. ;p



selain dari tu, wa juga belaja buat fasial muka 'rawatan desinkrutasi''. wa pun tak tahu lah apa yang 'desinkrutasi' nye. yang wa tahu, wa syok buat menatang ni. ;)




next, aku buat rawatan 'iontoforesis'. actually, aku sendiri pun tak tahu kenapa namanya sebegini rupa. ;p kongsi sedikit lah dgn korang semua ye, mula2 nak buat rawatan ni, kita kena cuci dulu muka  tu. pastu, baru kita akan tempek sejenis cecair yg aku pun dah lupa nama saintifiknya. ;)  then, barulah kita mula menggelek2 muka  tu dgn penggelek yg disediakan itu. ;p




hah. jgn tak tahu, aku tahu taw nak buat pedicure. ;) dulu lepas habis sekolah, selalu juga aku buat kat family aku, tapi sekarang dah tak dah. ;p kalau nak buat pun, aku kena refer balik buku aku. huhu.. tapi, senang je sebenarnya. ohya, pesanan  utk buat menatang ni, memerlukan kesabaran tahap dewa. sebab rumit juga bila time nak ketip kuku, nak buffer kuku, nak buang kutikel kuku. semua tu memerlukan tahap kesabaran yg tiptop.




hah.. untuk rambut, aku belajar semua bendalah yang korang jumpa kat salun rambut. antaranya, buat curl. disebabkan guna kepala patung, aku buat pun cincai2 je. haha. tapi, serious mendera jiwa dan raga buat menatang ni. part yg buat aku bengang, bila curl yang aku hasilkn macam2 versi. FAIL sungguh!




ini pun sgt mendera jiwa raga. buat kerinting. gulungan nak kena kemas. kalau tak hasil dia hancurrrrr.  lagi satu, depends pada ketebalan & kelebatan rambut tu sendiri. kalau tebal rambut tu, maka jumlah rambut yang kita kena ambil sikit je. Tujuan dia, supaya kerinting tu ada volume dia. ;) baru cantik menarik. tak payah cakap lah, kaki aku kebas & rasa macam nak tercabut. berdiri berjam2!




sanggul tradisional: ini paling aku suka. walaupun susah nak mampuih buat menatang ni. tapi, aku enjoy gile.  even memerlukan ketahanan mental & fizikal yang sangatlah teruk.


tarra.. hasilnya!! ;)






kalau dah buat sanggul tradisional, kena lah buat sanggul moden. ;) tapi aku rasa zaman sekarang dah tak buat kut sanggul2 ni. pakai sanggul palsu sudah. ;)


part paling aku suka lah dalam menuntut ilmu beautician ni. aku suka buat hightlight rambut dgn rebonding! even teramatlah mendera otak dan fizikal, tapi aku rasa sangat best, sebab bila kita tgk hasilnya, kita rasa macam puas sangat!








dua tahun menuntut ilmu beautician ni, memang tersangat lah memberi seribu manfaat utk aku.nampaknya, tak sia2 aku buat propa kat tuan presiden .;) tapi, sayangnya, aku tak sambung balik ilmu ni lepas habis sekolah. ;) kawan2 aku yg lain, majority ada yang dah kerja kat salun, ada yang dah jadi professional beautician pun, & aDa juga yang further study kat lim kok weng ambik beautician. ;) & aku? tiba2 lak sesat dalam dunia wartawan. haha. apa2 pun, aku doakan semua kawan2 aku berjaya dlm hidup masing2 ye. !






p/s: rindu pulak kat kawan2 vokasional solek ni. ;)

Friday, July 8, 2011

*** for transformers 3 dark of the moon

;) actually, aku tak berapa nak minat sangat transformers ni. since transformers 1 pun aku tak pernah nak layan. tapi, disebabkan  wan chai nak sangat tengok, tengok je lah.

aku tak berapa nak faham sangat, sebab subtitle terlau cepat nak mampuih, al-maklumlah, wa ni bukan lah power dlm english. so, nak faham sebijik2 apa dorang cakap, memang lah TERnganga-nganga aku dikerjakan. ;p tapi, wa tak ada lah bengong sgt sampai tak faham langsung movee ni tentang apa. memandangkan, wa ada tukang penterjemahan kat sebelah wa, jadi wa faham ler juge movee ni pasai pa.

apa yg aku faham sepanjang aku menatap skrin besar tu, transformers ni menceritakan Autobots yang dikepalai oleh Optimus Prime nak buat come back utk pancung  musuh utama beliau iaitu Decepticons. Decepticons ni pun nak buat come back juga sebab dia nak balas dendam atas kekalahan dia masa transformers dulu,kira dia pun nak pancung autobots la, wan chaii la yg bagi tahu ni, kalau TAK, harapan aku nak faham cerita ni. ;p Dalam filem ni, Autobots dan Decepticons telah tergolong dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia.  khidmat Sam Witwicky dan kawan robot dia diperlukan untuk kasik setel kes ni. Last2, mestilah autobots menang. ;)

hah.. macam tu lah fahaman aku bila tgk cerita robot ni. aku bagi 3 *** sebab yg pertama, aku suka tengok robot2 dia, macam2 kaler, & suka part dorang boleh transforms jadi kereta ke robot. hehe. nampak sgt aku ni tak pernah tgk transformers. ;p sebab yg kedua, aku suka hero dia, aku pun tak tahu lah siapa nama dia,ternyata wa ni tak layan hollywood. ;p dan sebab ketiga, aku suka part bila manusia dan robot bersatu padu utk pancung dua biji robot jahat tu. ;) rasa macam best je kalau betul2 terjadi macam tu. hehe.. Maybe kalau aku follow cerita ni dari 1st, aku mesti faham & suka lah kan cerita ni. so, tu sebab lah aku bagi 3 *** je. ;)

overall.. movee dari omputeh ni susah kita nak cakap TAK best,. so, best lah.. cuma macam aku cakap tadi, kalau aku follow dari dulu pasal robot2 ni, mesti aku pun excited macam wan chaii. ;) kalau korang tak faham apa aku cerita tadi, nah, kat bawah ni, aku bagi sinopsis dia, tapi dlm omputeh la. aku rembat kat blastr.com ;)

"The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009's Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There's new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."



p/s : sabtu ni pergi ilham resort. yeay! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...