Saturday, December 24, 2011

hidup saya memang 24Jam dgn awak.

BERCINTA ni memang BEST. rasa DISAYANGI, rasa DIRINDUI, rasa DICINTAI. Tapi, ia boleh jadi sgt annoying bila ko rasa hidup ko DIKAWAL, DISEKAT, DIKONGKONG, DIPERHATI. sebabkan sayang, kita rela diri kita dikuasai dgn semua perkara2 tu, walhal kita sedar yg kita tak selesa langsung pun! sejauh mana benda ni worth it utk korang? for me, tak worth it langsung! i hv my own life. u just my boyfriend, not my husband yet. 

hidup dgn care die, tak rimas?

24 jam nak kena sms, bagi tahu buat apa, kat mana, dgn siapa. dah macam polis, all the things nak kena report. bila tak report, bergaduh, kadang2 tu sampai berminggu2, it just about this stupid things. ekceli, benda ni bukanlah jadi pada aku, tapi pada kawan aku. mostly, kawan perempuan lah. setahu aku, perempuan yg sikap rupa gini. tapi, rupa2 nya sekarang lelaki pun dah melambak perangai KING KONTROL ni. ;p

tiap2 mase disoal siasat mcm ko penjenayah,  annoying kan?

bohonglah aku tak pernah hadapi situasi macam ni dulu. sgt tertekan ye. bila semua perkara tu dibuat, seolah2  dia langsung tak percaya pada kita. so, putus je lah kalau rasa tak boleh nak bg kepercayaan pd pasangan. aku rela putus, dari hidup 27 jam dgn dia je.erkk. Hak masa bercinta dgn sudah berkahwin tak sama. Bercinta, ko belum officially jadi bini atau laki dia. So, apa sahaja yg dia buat, tak payah nk report2 sgt lah. tak ada istilah syurga di bawah telapak kaki boyfriend pun. 

So, utk gadis2 di luar sana, fikir2 kan lah dgn rasional sama ada apa yg korang buat tu berbaloi atau tak. semua tu just buat korang makan hati je. ;) be a smart girls. tak salah nak tunjuk rasa sayang kita, tp bukan dgn cara ikut je telunjuk dia. belum tentu dia pun jujur dgn korang 100%. ;) belum tentu apa yg dia nak kita buat utk dia tu, dia buat utk kita juga. So, think it deeply girls. ;-) u hv ur own life. ko ade kawan2 juga yg perlu ko ambil berat, ko ada family, so.. tak perlulah nak hidup kerana bf semata. okayy. 


sekian, bai.

Saturday, December 3, 2011

AL-Fatihah Rara Zikry : Kajang dilanda Banjir

peace be upon u guys.

sekalung takziah aku ucapkan pada keluarga Rara Zikry, atau nama penuh beliau Zarith Nadhira, meninggal pada usia 23 tahun. terlalu muda. ajal tak kenal usia. Bila2 masa TUHAN boleh ambil nyawa kita, dan aku pasti TUHAN sgt menyayangi Rara. Sebab tu arwah diuji dan diambil nyawanya pd usia begini. ekceli, aku tahu mengenai beliau pun bila aku  menonton NONA pd 9 oktober yg lepas.

Rara meninggal dunia akibat penyakit Brain Disorder DUE to Less of Oxygen yg telah ditanggunginya selama satu tahun lebih since March 2010. Seorang yg sgt cantik. ;') Nak tahu lebih lanjut pasal Rara, taip je Rara Zikry, CONFIRM keluar. ;) kalau malas, terjah blog ni  Dialog Uda : Rara zikry dlm kenangan  aku pasti bukan aku seorang je yg update ttg arwah. ramai lagi. ;) semoga ROH arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. amiin. AL-FATIHAH.. 

Image Detail  

kpd yg lemparkan pelbagai kata2 yg tidak elok ttg arwah mengenai kehidupan arwah sebelum sakit, bawak2 la insaf. Tuhan ada pelbagai cara yg DIA akan bagi pd kita utk hapuskan dosa2 kita, apa kata korang muhasabah dulu dosa2 korang sebelum nak hitung dosa2 org eh.;)


hah! nampak tu? pekan kajang banjir woo.. ekceli, aku baru je balik dari pergi beli barang kat metro kajang. ;p masa balik tu, dah perasan dah air mula naik. aku apa lagi, terus ajak mak aku balik. alhamdulillah.. kami tak ada lah terperangkap. sebab sedar awal. ;p tp agak kasihan dgn yg lain. harap2 semua ok & selamat. basement parking di metro kajang memang dah jadi sungai dah. sebab tu lah aku memang tak berani nak parking bawah tu. sebab dah selalu sgt banjir. aku harap semua ni dapat kita jadikan sebagai pengajaran dan keinsafan. yela, mungkin TUHAN ada sesuatu yg mahu DIA tunjukkan. 

sekian..



Tuesday, November 29, 2011

Kosmo ~ Harimau Muda Malukan Negara

peace be upon u guys. ;)

i'm blogging here. semalam, telah diketahui umum yg skuad bola sepak negara kita, iaitu 'Harimau Muda' telah tewas pada 10 minit terakhir dgn Bahrain, iaitu 3-2. it's just like a miracle for Bahrain. siapa sangka kan, dalam waktu yg singkat, Bahrain dapat mendahului Harimau muda kita dgn 3  gol sekaligus. Ternyata mereka tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencari peluang utk menang. Itulah sikap yg harus skuad bola sepak kita contohi. 


Walaubagaimanapun, Harimau Muda tetap tidak menghampakan kita. ;) corak permainan yg dilakukan oleh Harimau Muda adalah baik, mungkin diorang menjadi terlalu selesa dan leka seketika apabila telah mendahului 2-0 kpd Bahrain. tak apa lah, tak ada rezeki nak menang di tempat sendiri. we still proud of u ya! ;)



WELL, adat manusia. Bila menang disanjung, bila kalah, dihina, dicerca. ;) Hari ini, di dalam surat khabar Kosmo, iaitu di front page surat khabar tersebut, aku lihat satu headline yg kurang senang bila dibaca. ;p iaitu, " Harimau Muda malukan negara". Tapi, silapnya aku ni, aku tak beli pula kosmo tu, aku just beli sinar harian & metro je. So, bila buka je twitter, Timeline dah full dgn ketidakpuasan terhadap akhbar Kosmo yg dikatakan terlalu kurang ajar dan tidak langsung memberi kata-kata semangat kpd skuad bola kita.


MANUSIA, memang cepat melatah. aku ni pun tanpa usul periksa, terus join sekaki sekali berikan pandangan pasal isu ni di twitter. ;p syok punya syok, nasib baik classmates aku, kak yan tegur, dah baca ke belum isinya? Demmit! baru lah aku tersedar. haha. Btw, Tq kak yan sebab tegur. aku hampir lupa yg aku ni bekas student wartawan. ;p supposely, aku lebih tahu etika2 dalam wartawan ni kan. ;p aku pun terus bukak website kosmo, & baca artikel tersebut. ;)


Well, Don't judge by it's cover. ;) tengok headline memang rasa bengang, tapi bila dah baca artikel tu sendiri, ekceli tak ada pun perkara2 yg menjatuhkan maruah skuad negara kita. Semua yg ditulis oleh wartawan tersebut adalah sebuah laporan penuh mengenai game pada malam itu. ya, memang itu lah kerja wartawan kan. Cuma kesilapan yg dilakukan oleh akhbar kosmo ni adalah pd headline yg diletakkan tidak sesuai dan bunyinya agak kasar. pasti pemain2 Harimau Muda terguris hati bila membacanya, walhal diorang dah pun sedaya upaya nak menang malam tu kan. bukan tak ada effort langsung. Siapa lagi nak sokong skuad negara kita, kalau bukan kita sendiri rite? 


nak baca artiket tersebut klik KOSMO . ;)


Di twitter, kecoh.siap jadi trend lagi. ;) semuanya menunding jari pada wartawan yg menulis artikel tersebut. ekceli, headline di akhbar, bukanlah 100% create oleh reporter, tp oleh editor. So, jgn lah blame wartawan tu ye, kesian dia. hehehe. Supposely, as Editor, dorang kene lebih peka tentang isu begini. kalau dorang tak approve headline yg macam tu, perkara ni tak kan jadi kecoh. Mungkin ini lah kelemahan yg ada pd akhbar kosmo. no wonder lah lecturer2 aku dulu tak suggestkan baca kosmo. ;p






Dalam asyik melihat Timeline di twitter yg penuh dengan isu Kosmo harini. seorang ex officemates aku di suria, iaitu kak ain ada bagi pendapat dia sedikit tentang etika kewartawanan ni. ;) 




pemain harimau muda, iaitu Fakri juga tidak ketinggalan melahirkan rasa kecewa beliau terhadap akhbar kosmo di laman twitter. ;)




well guys, apa yg aku boleh simpulkan di sini, kesilapan yg dilakukan oleh akhbar kosmo adalah sgt tidak dapat diterima oleh rakyat malaysia. berani sangat pun tak bagus juga kan. jgn ikut macam reporter barat. dorang memang tak pernah follow etika pun. nak berani2 pun, tgk tempat lah ye. ;) di malaysia, perkara ini sgt sensitif di mata kita. ingat tu. hehe. ;) even pemain bola sepak kita tak menang, tp kita still sokong dorg 100%. ;) So, beware. huhu..


apa2 pun, aku sangat bangga dgn semangat rakyat malaysia. ;) ternyata kekalahan Malaysia kpd Bahrain semalam tidak sedikit pun melunturkan semangat kita utk terus menyokong skuad tanah air kita. Go! go! Harimau Muda! Harimau Malaya! ;)


akhir kata, maaf kalau ada terguris hati, tidak berpuas hati ke, ia sekadar memberikan pandangan. ;)


sekian..


p/s : berat sungguh tanggungjawab wartawan ni. salah tulis, habis ko. ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...