Thursday, April 19, 2012

Pandangan Dr Fazley isu kemenangan Aron Aziz

Heboh bila Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan AA dlm ABPBH minggu lepas. Ada yg setuju dgn kata2 naib pengerusi persatuan seniman ini, dan ada juga yang menghentam tindakan ZZ kerana tidak bersikap professional. 

Aku tertarik dgn pandangan yg diberikan oleh Dr Fazley tentang isu ini di dalam surat khabar sinar harian semalam. 

"Kita perlu selak sejarah dulu, hampir 80% pelakon di era jln ampas adalah berasal daripada singapura. Sepatutnya kerakyatan tidak harus menjadi isu utama, kerana bakat harus jadi kayu ukur seseorang. jgn jadikan kerakyatan sebagai benteng mereka tunjukkan bakat. sebagai contoh, datuk siti nurhaliza turut dikenali di singapura dan indonesia, malah kehadiran kita di negara itu tidak pernah dipersoalkan,. Malaysia dan Singapura adalah bangsa serumpun, dan rakyat asia. kenapa perlu dibangkitkan hal ini jika kita sama2 menggunakan bahasa yg difahami apatah lagi berjiran."


antara pandangan artis lain,

"bukan sahaja rakyat singapura yg cipta nama di malaysia, malah rakyat malaysia pun ada berjaya di Kota Singa, termasuklah lagenda kita Allahyarham Tan Sri P Ramlee...."

so, pandai2 la kita menilai mana yg relevan dan yang tidak ya. ;) apa2 pun, pujian harus diberikan kpd ZZ, sebab berani menegakkan pandangannya sendiri. but, apa kata ZZ selesaikan dulu isu lambakan artis indonesia ke malaysia. rasanya isu ni dari dulu dah berlaku, tp kenapa tak dipertikaikan? ;)

sekian.



gamba tak ada motip. hewhewhew.

HARD time

kalau boleh diputarkan balik waktu. aku nak jadi kanak-kanak balik. tak ada masalah, tak ada apa yg boleh difikirkan, hanya tahu untuk bermain & berseronok. ;)



Betul kata mak dan abah kita kan. "Bila kau dah besar nanti, baru kau tahu macam mana susah & peritnya kita nk tempuh kehidupan." masa tu, alaa... lambat lagi nak besar.. 


Bila kita di bangku sekolah, mak dan ayah kita selalu pesan, "belajar rajin2, nanti bila dah besar, boleh jadi orang yg berguna, masa depan pun cerah." tapi masa tu apa yg kita fikir cuma nak seronok, nak ikut kawan2.


Now, bila dah besar. Baru kita rasa yg kata2 tu semua memang 100% ada kebenarannya. ;) aku sendiri, bila fikir. Ya Allah.. menyesalnya tak dengar cakap mak abah dulu. menyesalnya bla... bla... bla.... hah! amikaw. boleh list down berapa banyak yg kita menyesal kan. -____-


Kalau nasi dah jadi bubur. apa lagi yg kita boleh buatkan? selain lebih menginsafi dan letak satu azam baru dalam diri. macam insan ini sendiri. haishh.. tak payah cakap lah. kalau lah aku mampu taip satu persatu apa yg aku sgt kesali selama 22 tahun hidup kat muka bumi ALLAH ni, aku dah taip dah. Tapi, aku sendiri rasa malu dgn diri sendiri. apatah lagi nak berkongsi dgn korang semua. Lagi lah teman malu. -___-"


Bila difikirkan, sekarang ni usia aku 22 tahun. seawal usia yg macam ni pun aku dah tak mampu nak harung dugaan hidup aku. Mak dan abah lah kekuatan aku sekarang. kalau nak dibentangkan macam mana lah perasaan aku sekarang ni, seminggu pun belum tentu dapat habis kan. ;-p


memang betul kata org, ramai mana pun kawan yg kita ada disekeliling, syg mana pun bf kita pd kita, mak dan abah juga lah insan yg paling faham naluri hati kita. ;') semoga hati ini lebih tabah dan tidak putus asa utk mengharungi masalah yg berbakul- bakul ni. hehehe. sekian..

p/s: percayaa.. pada diriii.. dgn harapan dan... keyakinan........




Things will get hard and it is perfectly

Sunday, April 15, 2012

selamat pengantin baru Eyka. ♥

Alhamdulillah.. tanggal 13 haribulan baru2 ni, kawan sekolah aku, eyka dah selamat  bergelar isteri kpd 'buibui' (panggillan nama suami beliau) majlis yg begitu ringkas, tak ada sanding. tp bagi aku cukup sempurna dgn busana yg eyka pakai & of course eyka nampak cantik sgt walaupun simple! ;)

eyka  merupakan blogger yg aktif. selalu dia join2 gathering utk blogger2 ni. kalau nk follow blog dia, klik je kt nama eyka tu ye. ;) arwah baby merupakan kawan kami yg pertama sekali mendirikan rumah tangga, kemudian diekori oleh zira, jane & seterusnya eyka. ;)

setiap manusia akan berubah mengikut peredaran masa. eyka yg aku kenal waktu sekolah dulu memang jauh sekali dgn eyka yg aku lihat sekarang. makanya, memang dah sampai seru ko lah kan eyka nk kahwin. ;)aku tumpang gembira dgn ko eyka. semoga ko menjadi isteri yg solehah & taat pd suami ye. selamat pengantin baru!! ♥ 






p/s: bila aku? hewhewhew,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...