Monday, July 23, 2012

Tarawih ku diganggu si budak comel. ;P


Assalammualaikum guys! Salam ramadhan. Harini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Alhamdulillah.

Seperti biasa, aku akan pergi menunaikan solat tarawih di surau berhampiran rumah aku.  sampai saja di surau, masuk saja di bahagian wanita, terus aku pergi ke saf hadapan. sebab di saf hadapan tu lah yang banyak kosong pun. tak tahu lah kenapa yang tak suka duk saf depan tu kn. -_-" Allahualam.

dipendekkan cerita, disebelah aku, seorang kakak ni bersama dgn anak perempuan dia yg berusia lingkungan 3 tahun. selesai azan isyak, kakak ni solat sunat, jadi sewaktu kakak tu solat, anak dia ni duk baring di hadapan ibu dia ni. jadi, aku panggil lah budak ni, dan tarik dia duduk dgn aku. aku cakap dgn dia, 'jgn duduk depan ni taw, nanti ibu, auntie2 ni semua nak solat susah, ok? dia angguk je lah. so, aku assume budak ni memang dengar kata lah kan. hehe.

Bila je dah mula solat tarawih,  budak perempuan ni still duduk kat depan kami. kalini betul2 kat depan aku, dia baring2, guling2. Serious, tak concentrate langsung nak solat. aku tengah berfikir macam mana lah aku nak sujud sat lagi kalau budak tu duk baring baik punya kt depan aku. -__-"  jadi nya, aku redah je lah. bila sujud je, aku cuba sujud kebelakang sikit dari dia. tak cukup dgn tu, dia duk tarik2 telekung aku dgn makcik sebelah aku, Ya Allah, masa tu, duk istighfar banyak2 je lah, takut nanti aku termarah pulak budak tu, ;P

perkara ni berlanjutan sampai lah habis tarawih. even ibu dia dah pesan banyak kali pun, dia masih buat juga.  apa lagi yang boleh aku buat  selain bersabar je lah sebab dia masih budak lagi, nak marah pun, tak sampai hati, mana lah dia tahu apa2 lagi. & guess what? masuk harini, budak perempuan ni masih lagi ada, dan kakak tu pun masih lagi duduk di saf hadapan, jadi utk 3 hari ni aku dan jemaah2 lain hadapi situasi yg sama lah. -_-"

budak tu comel mcm budak ni, gewamm!


menurut pandangan agama yang berdasarkan dalil:


1) Hukum membawa kanak-kanak ke masjid atau surau adalah harus
sekiranya ia sudah mumayyiz (dah tahu jaga diri dan tak perlu di kawal
sepenuh masa) dan juga juga setalah di pastikan ia bersih serta tidak
menganggu jemaah lain.



2) Sekiranya menganggu jemaah lain atau tidak bersih, maka hukumnya
makruh dan boleh sampai ke tahap yang haram sekiranya boleh
menyebabkan solat jemaah lain tidak khusyuk.



3) Setelah mencukupi syarat-syarat di atas boleh bawa ke masjid dan
solat bersama dan hendaklah duduk bersama ibu atau bapanya.
Sebaik-baiknya duduk di saf yang belakang sedikit agar tidak
menimbulkan fitnah. Boleh duduk di saf pertama sekiranya tidak
menimbulkan fitnah seperti kebanyakan jemaah faham dan boleh terima
kanak-kanak bersama saf orang dewasa.



4)Banyak dalil-dalil menunjukkan Nabi s.a.w solat bersama kanak-kanak
ketika baginda solat dan solat tetap sah. Ini juga merupakan cara yang
paling berkesan mendidik anak-anak cara solat yang betul iaitu secara
praktikal di masjid.

*got it from Ustaz Abdul Muein Abd Rahman



pandangan dari ustaz Azhar idrus:

video


 apa yang berlaku pada aku 3 hari ni sewaktu bertarawih, memang sangat menyukarkan aku. sampai aku hilang fokus nak solat, rakaat ke berapa pun aku dah lupa. bukan aku je, si ibu yang bawa anak kecil tu pun tak ingat, sampai dia tanya aku "dah witir ke?' -_-" jadi, diharapkan para2 ibu & bapa kat luar sana boleh alert lah ye. 

islam agama yg mudah kan? setiap permasalahan, ada jalan keluar nya. ;) ada juga akak pesan nanti bagi tahu pd kakak tu, mungkin dia tak tahu, tapi aku segan lah. -__-


p/s: TAHNIAH IEF! sebab dapat tawaran ijazah sains komunikasi di UNIMAS! ;)


Monday, July 16, 2012

Perjalanan kedua akan bermula. ;)

assalammualaikum.

hai guys! Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah  di Universiti Putra Malaysia. ( UPM) finally. penantian aku selama 1 tahun akhirnya berbaloi. ;') Syukur,aku dapat sambung di dalam jurusan komunikasi. 



fuhh.. rasa macam dah lepas 1 azab dalam diri. yela, 2 minggu sebelum dapat keputusan ni, aku 'down' habis. sebab aku yakin  aku tak akan dapat. so, aku plan nak masuk je aswara yg sepatutnya daftar pada hari semalam. (15 julai) tapi, abah tak benarkan aku masuk sana. masa tu rasa macam gelap je dunia. makan tak kenyang, tidur tak lena, mak dgn abah pula dah risau tgk keadaan aku. hikhik.

Alhamdulillah. walaupun aku tak dapat keputusan yg begitu cemerlang sewaktu di kolej dulu, tapi aku rasa berbangga juga dgn pencapaian aku, sebab tak ada repeat paper. ;P in fact, aku sgt bangga sebab dapat belajar di sana. tunjuk ajar dari lecturer2 aku yg tak putus2 bagi semangat dan ilmu membuatkan aku yakin aku nak habiskan belajar di sana dgn cemerlang. ( ekceli, tak lah cemerlang sgt, last pointer aku adalah 3.17, heee)

semestinya suasana pembelajaran di kolej dgn universiti sangat berbeza. bila aku dengar pengalaman dari kakyan, dura yg sedang mengikuti pengajian di uitm sekarang ni, sedikit gementar dan kekok juga bila dengar, kalau di kolej dulu, aku rasa macam lecturer sentiasa close dgn kita, tp bila masuk U nanti, kena pandai2 la bawa diri. tiba2 rasa rindu kat lecturer2 aku kat ikip dulu. ;( Puan Zimah, Puan Nora, Puan Amy, Sir Ezuan dgn Sir Pirdaus dulu selalu cakap, kitorang ni beruntung sebab dapat spend time dgn lecturer lebih, kalau kat U ni, susah. 

Perasaan sekarang ni excited ada, gementar pun ada. harap2 semua okay. 


doakan semoga aku succes di sana nanti ya uolls!! ;)

sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...