Sunday, November 18, 2012

SyuSyu kembali. ;)

assalammualaikum guys. Boleh tahan lama juga aku tak mencemar duli. hikhik. Sedar tak sedar dah masuk 3 bulan aku belajar di Upm. Dah nak hampir final pun. 

Lambakan assignment membuat aku terlupa pada blog kesayangan ni. Ya Ampun.. ;( okay, straight to the point. malam ni aku nak kongsi perasaan, pengalaman, dan apa yang aku rasa setelah 3 bulan aku merasai kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

 Akhirnya, dapat juga aku jejak kaki ke menara gading. alhamdulillah.. Mujur pengalaman aku sewaktu di kolej dulu banyak memberi aku peringatan, dan panduan aku di sini. Aku antara yang tua dikalangan pelajar lain, maklumlah, yang lain tu dari lepasan matrik & asasi, masing2 usia 19 tahun. 

Di sini, aku tidak malu untuk mengaku yang aku berusia 22 tahun. Bagi aku mereka perlu tahu usia sebenar aku supaya mereka boleh respect aku. muahaha! But, jgn tak tahu ramai juga yang terperanjat beruk bila dpt tahu aku 22 tahun. * perasan muda*  Tp bukanlah aku seorang je yg tua. Paling tua, seorang cluzmates aku ni, 24 tahun. dan ada lah dua tiga orang yang sebaya aku. 

Untuk minggu2 pertama macam biasalah, sibuk nak daftar subjek, jumpa mentor. ohya, di sini, kami panggil PA. PA aku perempuan, & guess what? aku tak ingat pun nama dia. * mohon lempang syuysu reramai* yang aku tahu dia seorang professor. Jadi tahu2 lah, kalau dah prof, for sure dia sibuk memanjang, jadinya aku memang tak ada kesempatan langsung nak jumpa dia. ;( tetiba rindu kat mentor aku zaman diploma dulu, madam nora. ;'(

Bercakap pasal daftar subjek, bila dilihat pada subjek2 bagi bacelor komunikasi ni, banyak juga subjek yang aku dah ambil waktu diploma dulu. Hati dah berbunga2 nak pergi jumpa PA untuk buat pengecualian subjek2 tu. at least tak ada lah aku habis sampai 3 tahun setengah kan. Tapi, malangnya berita yang kurang best aku dapat tahu dari PA aku yang student from private college tidak dibenarkan buat pengecualian. sedih hoii!

masih lagi tidak berpuas hati, aku dgn geng2 lepasan diploma ni pergi lah jumpa ketua jabatan kami. " you all supposely rasa bersyukur sebab kami dari ipta ni nak ambil you all dari swasta, so tolong faham prosedur kami, pelajar dari swasta memang tidak dibenarkan buat pengecualian subjek." pehhh. sentap hoii. nampak tak diskriminasi di situ? that time aku rasa sedih gila pun ada. apa lah kurangnya kami yang dari private college ni kan. ;(

tapi, aku bersyukur juga sebab satu subjek dapat diberi pengecualian, iaitu subjek kenegaraan. sewaktu diploma dulu 'pengajian Malaysia'. subjek ni merupakan subjek di bawah jabatan ekologi, so memang tak ada masalah. cuma jabatan komunikasi je yang tak benarkan pengecualian subjek dari private college. erhhh.


kawan? ohya, kat sini aku tak ada lah kawan baik pun, semua sekadar kawan biasa2 je, tak ada lah isitilah BFF  tu. bagi aku, kawan2 di kolej aku dulu jauh lebih seronok dari sini. ntah lah.. mungkin sebab usia kut. heeee. But, quite fun juga bila depa panggil aku 'kak syu, kak syu". haha. kadang2 rasa sangat2 dihormati pun ada bila budak2 tu selalu minta pandangan & nasihat aku. haha! * kelakar doww*

assignment pula, tak banyak beza macam zaman kolej dulu. sleeping partner? haaa.. itu perkara biasa. memang situasi ni berlaku pada aku. apa yang aku terkilan, ada yang lepasan diploma macam aku, tapi cara dia macam budak lepasan matrik or asasi yang masih blur2. everything letak pd bahu aku. stress weiii. komplain sana sini, merungut sana sini, tapi kerja tak buat. tekanan dikerjakannnya. ;3

ponteng kelas? betul lah org ckp, kalau dari mula tu perangai malas pergi kelas dah ada, sampai bila2 ia menular hoii. haha. aku memang rajin juga ponteng kelas. mujur ada adik2 yang sudi signkan attendance untuk aku. hihihihi. tp test, assignment semua aku bg komitmen okayy. ;p  






Thursday, August 2, 2012

#twtupBerbukaIKIP





assalammualaikum guys. alhamdulillah, harini merupakan hari yang ke 13 kita berpuasa. ;) okay, semalam, student2 ikip buat #twtupBerbukaIKIP di padang MPK , kuantan, pahang. well, insan ini tak terlibat pun, maklum lah, dah lebih setahun aku tinggalkan kolej terunggul aku tu. apa yang membuatkan aku nak bercerita pasal #twtupBerbukaIKIP ni ialah kerana aku tumpang berbangga dengan student2 ikip yang buat event ni.


twtup? apa itu twtup? bagi korang yg ada account twitter for sure tahu lah kan apa twtup ni. tp bagi yang tak tahu lagi, twtup ini stand for 'Tweet up', maksudnya gathering untuk pemegang2 account twitter. haa... faham tak? ni bagi fahaman aku la. kalau salah, mohon betulkan. ;P sudah semestinya yang join gathering ni adalah manusia2 yg ada twitter. kalau tak ada tu aku rasa boleh jugak KUT.


Untuk #twtupBerbukaIKIP semalam, ia telah dianjurkan oleh twithandle @IKIPKuantan dan beberapa org kanan dia lah yg merupakan student ikip juga, dan ada juga dari kalangan junior kewartawanan. ;) korang tahu kan padang mpk kuantan depan masjid tu? Ya Allah, best okay berbuka kat situ. zaman2 aku kat sana, memang tak lepas peluang berbuka di situ. seawal 5 ptg aku dgn kawan2 dah ber'picnic kat situ. ;P beli makanan di bazar, then duduk dalam bulatan, tunggu je lah sampai azan maghrib. haishh.. how i miss that moment!


tp masa zaman aku, #twtup ni tak wujud lagi aku rasa, atau pun masih belum famous.  yela,  #twtup ni tercetus daripada twitter. zaman aku dulu, twitter mana lah famous. facebook je lah yang paling HOT dulu. tak ada pula #FBTup ke kan. -_-" ( nampak tak aku frust kat situ?) ehek.


okay, daripada apa yg aku baca dari tweet2 @ikipkuantan dgn junior2 aku di twitter, #twtupBerbukaIKIP semalam memang meriah. ramai gila yang datang. seriously, jeles mak jemah. bukan aku je yg jeles, rakan2 seangkatan aku pun sama. tak percaya tengok lah tweet2 kat bawah tu, betapa kami excited, walhal tak pergi pun. propa habis. XD. percaya lah, #twtupBerbukaIKIP korang akan lebih berseri2 dgn kehadiran kami mantan2 ikip. ( haa.. nampak tak bunyi jeles kat situ? ) hikhokhik.












lakonan mantopp dari mantan2 ikip. hewhew.



#twtup ni bukan sahaja untuk keseronokan, tapi kita boleh eratkan silaturrahim dengan semua orang. sebagai contoh, #twtupBerbukaIKIP, ikip terdiri daripada kampus 2, 3 dan 5. ketiga2 kampus ni berlainan tempat. jadi, melalui #twtupBerbukaIKIP ni, kita boleh gabungkan semua tanpa ada diskriminasi. 



lebih kurang 250-300 orang pelajar ikip yang hadir di padang MPK semalam. ramai ouhh. memang kat padang tu penuh la dengan ikip student ;p agak berbangga juga, sebab ia dapat memberi contoh yang baik kpd org luar yg dtg. jadi, sebagai bekas student ikip, gua berbangga dgn uolls semua. teruskan membuat aktiviti2 seperti ini. ;) harap2 rajin2 la korang buat macam ni, manatau kebetulan tv3 dtg buat liputan, boleh cover #twtup korg sekali. HAHA. kipidap!


twithandle yg terlibat di dlm menjayakan #twtupBerbukaIKIP semalam








best kan? jeles itewwwww. kbai.




rindu moment ni. 



p/s: gambar2 ni semua aku ambil dari admin @IKIPkuantan, kecuali gambar atas ni aku ambil dari google. hikhik. sekian.





Monday, July 23, 2012

Tarawih ku diganggu si budak comel. ;P


Assalammualaikum guys! Salam ramadhan. Harini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Alhamdulillah.

Seperti biasa, aku akan pergi menunaikan solat tarawih di surau berhampiran rumah aku.  sampai saja di surau, masuk saja di bahagian wanita, terus aku pergi ke saf hadapan. sebab di saf hadapan tu lah yang banyak kosong pun. tak tahu lah kenapa yang tak suka duk saf depan tu kn. -_-" Allahualam.

dipendekkan cerita, disebelah aku, seorang kakak ni bersama dgn anak perempuan dia yg berusia lingkungan 3 tahun. selesai azan isyak, kakak ni solat sunat, jadi sewaktu kakak tu solat, anak dia ni duk baring di hadapan ibu dia ni. jadi, aku panggil lah budak ni, dan tarik dia duduk dgn aku. aku cakap dgn dia, 'jgn duduk depan ni taw, nanti ibu, auntie2 ni semua nak solat susah, ok? dia angguk je lah. so, aku assume budak ni memang dengar kata lah kan. hehe.

Bila je dah mula solat tarawih,  budak perempuan ni still duduk kat depan kami. kalini betul2 kat depan aku, dia baring2, guling2. Serious, tak concentrate langsung nak solat. aku tengah berfikir macam mana lah aku nak sujud sat lagi kalau budak tu duk baring baik punya kt depan aku. -__-"  jadi nya, aku redah je lah. bila sujud je, aku cuba sujud kebelakang sikit dari dia. tak cukup dgn tu, dia duk tarik2 telekung aku dgn makcik sebelah aku, Ya Allah, masa tu, duk istighfar banyak2 je lah, takut nanti aku termarah pulak budak tu, ;P

perkara ni berlanjutan sampai lah habis tarawih. even ibu dia dah pesan banyak kali pun, dia masih buat juga.  apa lagi yang boleh aku buat  selain bersabar je lah sebab dia masih budak lagi, nak marah pun, tak sampai hati, mana lah dia tahu apa2 lagi. & guess what? masuk harini, budak perempuan ni masih lagi ada, dan kakak tu pun masih lagi duduk di saf hadapan, jadi utk 3 hari ni aku dan jemaah2 lain hadapi situasi yg sama lah. -_-"

budak tu comel mcm budak ni, gewamm!


menurut pandangan agama yang berdasarkan dalil:


1) Hukum membawa kanak-kanak ke masjid atau surau adalah harus
sekiranya ia sudah mumayyiz (dah tahu jaga diri dan tak perlu di kawal
sepenuh masa) dan juga juga setalah di pastikan ia bersih serta tidak
menganggu jemaah lain.



2) Sekiranya menganggu jemaah lain atau tidak bersih, maka hukumnya
makruh dan boleh sampai ke tahap yang haram sekiranya boleh
menyebabkan solat jemaah lain tidak khusyuk.



3) Setelah mencukupi syarat-syarat di atas boleh bawa ke masjid dan
solat bersama dan hendaklah duduk bersama ibu atau bapanya.
Sebaik-baiknya duduk di saf yang belakang sedikit agar tidak
menimbulkan fitnah. Boleh duduk di saf pertama sekiranya tidak
menimbulkan fitnah seperti kebanyakan jemaah faham dan boleh terima
kanak-kanak bersama saf orang dewasa.



4)Banyak dalil-dalil menunjukkan Nabi s.a.w solat bersama kanak-kanak
ketika baginda solat dan solat tetap sah. Ini juga merupakan cara yang
paling berkesan mendidik anak-anak cara solat yang betul iaitu secara
praktikal di masjid.

*got it from Ustaz Abdul Muein Abd Rahman



pandangan dari ustaz Azhar idrus:



 apa yang berlaku pada aku 3 hari ni sewaktu bertarawih, memang sangat menyukarkan aku. sampai aku hilang fokus nak solat, rakaat ke berapa pun aku dah lupa. bukan aku je, si ibu yang bawa anak kecil tu pun tak ingat, sampai dia tanya aku "dah witir ke?' -_-" jadi, diharapkan para2 ibu & bapa kat luar sana boleh alert lah ye. 

islam agama yg mudah kan? setiap permasalahan, ada jalan keluar nya. ;) ada juga akak pesan nanti bagi tahu pd kakak tu, mungkin dia tak tahu, tapi aku segan lah. -__-


p/s: TAHNIAH IEF! sebab dapat tawaran ijazah sains komunikasi di UNIMAS! ;)


Monday, July 16, 2012

Perjalanan kedua akan bermula. ;)

assalammualaikum.

hai guys! Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah  di Universiti Putra Malaysia. ( UPM) finally. penantian aku selama 1 tahun akhirnya berbaloi. ;') Syukur,aku dapat sambung di dalam jurusan komunikasi. 



fuhh.. rasa macam dah lepas 1 azab dalam diri. yela, 2 minggu sebelum dapat keputusan ni, aku 'down' habis. sebab aku yakin  aku tak akan dapat. so, aku plan nak masuk je aswara yg sepatutnya daftar pada hari semalam. (15 julai) tapi, abah tak benarkan aku masuk sana. masa tu rasa macam gelap je dunia. makan tak kenyang, tidur tak lena, mak dgn abah pula dah risau tgk keadaan aku. hikhik.

Alhamdulillah. walaupun aku tak dapat keputusan yg begitu cemerlang sewaktu di kolej dulu, tapi aku rasa berbangga juga dgn pencapaian aku, sebab tak ada repeat paper. ;P in fact, aku sgt bangga sebab dapat belajar di sana. tunjuk ajar dari lecturer2 aku yg tak putus2 bagi semangat dan ilmu membuatkan aku yakin aku nak habiskan belajar di sana dgn cemerlang. ( ekceli, tak lah cemerlang sgt, last pointer aku adalah 3.17, heee)

semestinya suasana pembelajaran di kolej dgn universiti sangat berbeza. bila aku dengar pengalaman dari kakyan, dura yg sedang mengikuti pengajian di uitm sekarang ni, sedikit gementar dan kekok juga bila dengar, kalau di kolej dulu, aku rasa macam lecturer sentiasa close dgn kita, tp bila masuk U nanti, kena pandai2 la bawa diri. tiba2 rasa rindu kat lecturer2 aku kat ikip dulu. ;( Puan Zimah, Puan Nora, Puan Amy, Sir Ezuan dgn Sir Pirdaus dulu selalu cakap, kitorang ni beruntung sebab dapat spend time dgn lecturer lebih, kalau kat U ni, susah. 

Perasaan sekarang ni excited ada, gementar pun ada. harap2 semua okay. 


doakan semoga aku succes di sana nanti ya uolls!! ;)

sekian..

Saturday, June 30, 2012

Salman berkhatan

25/jun/2012, Hospital Pakar AL-ISLAM, kg Baru, Salman telah dikhatankan. ;P dikhatankan? ye. disunatkan lah. yeayyyy. ;D * aku yg excited lebih*

OKAY, secara jujur, aku terperanjat juga bila dapat tahu kakak nak sunat Salman seawal macam ni. Baby lg kan. kesian.. Tapi, akak cakap sekarang ni dah 'trend' sunat anak lelaki ketika bayi lagi. Tp, misi utama akak bukan kerana nak ikut 'Trend'. Tp, menurut abg ipar aku, kalau ikut sunnah Nabi, apabila bayi itu berusia 7 hari je dah dibolehkan bersunat. bila dengar masa tu, i was like.. "er... okay, sunnah nabi."

terdetik kat hati aku, bagus ke untuk bayi? tak akan bagi kesan ke? paling aku takut, kalau kita yang dah besar ni sunat, bila rasa sakit, kita boleh cakap, ni kalau bayi, macam mana lah dia nak bagi tahu dia sakit? kesian lah.. ;( tak sanggup rasa nya nak tengok dia rasa sakit. So, mula2 sekali aku buat la research . ( amboi.. risau dia mengalahkan mummy salman habak hang) 

sumber dari SINAR

Waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Oleh itu harus berkhatan ketika dewasa antara tujuh hingga 10 tahun. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada hari ketujuh kelahiran jika orang yang menjalankan khatan melihat anaknya itu mampu dan tidak sakit.
 
Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
 
Namun, pendapat ini tidak dipersetujui oleh Ibn Juzaiy yang mengatakan dalam kitabnya al-Qawanin al-Fiqhiyyah (hlm 167); Digalakkan waktu khatan dilewatkan hingga anak tersebut boleh diajarkan solat; iaitu sekitar umur tujuh hingga 10 tahun. Makruh juga dilakukan khatan ke atas bayi pada hari pertama kelahirannya dan juga pada hari ketujuh kelahirannya kerana ini adalah amalan kaum Yahudi.
 
Pendapat Ibn Juzaiy ini disanggah oleh mereka yang berpegang dengan hadis berikut; Daripada Jabir r.a berkata “Rasulullah mengadakan akikah bagi kedua cucunya Hasan dan Hussien serta mengkhatankan kedua-duanya pada hari ketujuh kelahiran mereka.



Ibn Juzaiy juga berpendapat; adalah amat dituntut diadakan jamuan makan sempena majlis berkhatan bagi lelaki tetapi tidak bagi majlis khifad kaum wanita.
 
Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu sudut agama dan sudut kesihatan. Sudut agama merupakan salah satu syiar agama Islam. Manakala sudut kesihatan pula mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat (terutama bagi kaum wanita) serta memberi keselesaan semasa berjimak (bersetubuh).
 
Jika bayi atau kanak-kanak dikhatankan pada awal usia, sisa air kencing tidak akan bertakung di celah kulup kemaluan mereka.


okay, quite lega lah bila baca ni. ingatkan abg ipar aku tipu ke, salah ke. hikhik. Kedua, aku research mengenai kebaikan & keburukan bersunat ketika bayi, so far.. memang semua yg sunat anak lelaki mereka ketika bayi bagi respon yg positif. antaranya:


aku jumpa dari SusuIbu.com :

salam lyn,

just nak share info, anak saya dua boys berkhatan masa baby...sorang masa umur dalam 10 mths (because hernia) and sorang sehari lepas lahir....

pada saya senang jaga kalau sunat dari lahir coz baby x byk ragam and x de pantang sbb dia bf aja....and healing process pun cepat....baby saya pakai ring untuk sunat dan sorang pakai clamp...agak cepat baik dalam less than a week....process sunat pun simple sbb baby di tidurkan....lepas sunat boleh jer teurs pakai pampers and mandi macam biasa.....

kalau dh besar dah tau takut and panic (pengalaman dengan 2 abang pada anak saya)...pastu lasak pulak sbb dh besar kan....

so itu pendapat saya la sbb sy dapat lalui 2 jenis sunat for budak dah besar and baby (coz anak saya 4 semua boys...huhuuhu)....

harap dapat membantu.... 

Actually, kakak terlebih awal dah buat research ni, plus bapa mertua kakak seorang ustaz, jadi beliau sendiri yang sarankan utk bersunat ketika bayi. Tapi, aku ni. Biasa lah. mesti lah nak sibuk research juga kan. ;P 

 ALHAMDULILLAH.. masuk hari ni, sudah hari ke 6 Salman bersunat, memang betul, tak susah nak jaga salman. dia banyak tidur. cuma kena rajin tukar pampers je lah. doktor ada bagi ubat tahan sakit & demam. ubat ni je lah yg kena bagi tiap2 hari, sehari 3 kali. untuk salman, salman dipakaikan ring. alhamdulillah, RING tu dah tanggal sendiri semalam. dan tempat yg disunat tu pun dah kering ;) betul lah kata doktor, bersunat waktu bayi ni umpama tali pusat je. bila dah kering, tanggal lah sendiri tali pusat tu. 

But, kalau keadaan bayi tak mengizinkan, macam demam ke, atau ada apa2 simptom ke, tak digalakkan utk bersunat. wahh, macam anak aku pula kan. hehehe. kalau aku nanti? kalau aku nanti, mungkin aku akan sunat anak aku masa bayi juga kut. KUT la. HAHAHA. bg aku, nak sunat masa bayi atau tak, itu terpulang pada kesanggupan ibu & bapa tu sendiri. tp, kalau dilihat, tak dinafikan, sunat waktu bayi ni agak menyenangkan kita sebenarnya. macam abg ipar aku, lelaki, biasa lah.. " salman anak lelaki, dia kena kuat!" hahaha. ohya, kos utk bersunat bagi bayi lelaki di hospital pakar al-islam ni adalah RM200. 

ok lah, mari lah kita nikmati gambar2 Salman sebelum & selepas sunat. ;p

salman sebelum sunat, cuak lettew!


semasa Salman hendak disunatkan, Doktor tak bagi kakak dgn abg ipar aku masuk dalam. just doktor dgn nurse je. mungkin sebab dorang tak nak bagi kakak & abg ipar aku tgk 'anu' anak dorang dikerat depan2. errr. ngeri kut. akak ada cakap, kalau lah akak boleh masuk masa tu, memang ada juga yang cancel last minit. HAHAHAH. (tak sanggup nak tengok kata kakak) 

salman hari ke 6 bersunat. ;) AMBOII. yeayy, salman dah boleh kahwin la ye! eh. ;P
*okay, macam tak ada beza je gambar nya. -_-" kbai.*
sekian.

P/S: sgt geram bila soalan yg ditanya, soalan balik yang diberikan sebagai jawapan. grr.

Tuesday, June 19, 2012

AQiQah Muhd Salman Faris

Alhamdulillah.. pd tanggal 17 Jun baru2 ni, majlis aqiqah anak buah aku salman, selamat dijalankan. saudara mara dan rakan2 yg terdekat je kami jemput. Finally. ;P Sehari sebelum berlangsung nya majlis, aku sekeluarga dikejutkan dgn berita kematian kakak kpd ibu aku. Makcik Tun. AL-FATIHAH utk arwah. ;(


Baiklah! jumlah jemputan yg kami jemput seramai 200 org. pagi tu, abah dgn mak pergi tolong uruskan pengebumian makcik aku. aku adik beradik, risau juga kalau2 mak dgn abah tak sempat sampai sebelum majlis bermula. kalau tak sempat, memang kami adik beradik lah kena handle. mujur keluarga mentua kakak dtg awal dan membantu, kalau tak, mahu kelam kelibut juga kitorang adik beradik. 


alhamdulillah, abah dgn mak sempat balik sebelum majlis bermula. phewwww... -___-"



rambut salman telah dicukur dgn jayanya oleh Paktok die. (ayah mertua kakak aku) ;p bagus betul salman ni. time majlis die, reti pula die behave, kalau tak, menangis sokmo. ;)


ramai juga yg konfius. dorang ingat ini majlis kenduri kahwin. hahaha. ekceli, aku pun agak jeles dgn budak Salman ni. untung la die dapat atuk dgn nenek macam mak dgn abah aku tu. ;P cucu first kata kan. tp, mak kata, mana2 cucu dia nanti pun dia akan buat benda yg sama, jgn risau. yeayyyyyy! ;D


TQ kpd semua yg hadir, kawan2 lama aku, min, yana, fyra dgn liya.  dah lama tak jumpa dorang. dapat juga berkumpul balik. lama juga dorang lepak kat rumah aku. bestt! ;)


&.. Lastly, aku nak ucap terima kasih sgt kat buah hati aku nan satu, yakni: Mr WanChai. sebab dia banyak kerah tenaga utk majlis aqiqah salman, dr mula majlis, sampai lah habis. ngeh3... awal2 pagi dh terpacak depan rumah aku dan tolong abg aku uruskan khemah, makanan, macam2 lah. sewaktu majlis berlangsung pun, , rajin kemain dia tolong abang dgn abah. ulang alik ke kedai beli barang yg tak cukup, basuh periuk2. adess, terharu betei. :')
TQ wanchai. aku syg ko lah! ;D tak lupa juga kpd bakal kakak ipar aku, kak puteri, yg tlg aku rebus telur, siapkan goodies bag, bersihkan rumah. hahaha. tq kak. ;) cant hardly wait fr u to join our family soon! ;)

TQ for this pic kak put! hahaha..



To Salman, cepat besar okay! ehek.ehek. 


sekian.

p/s: rasa nak anak pulak! ngeh3... 

Thursday, May 24, 2012

welcome 'Salman'. ;-D

Alhamdulillah..
akhirnya salman yang dinanti telah selamat keluar dan melihat dunia. ;-D *lompat tinggi2* pada tanggal 22 may 2012, tepat pukul 5.24 petang, Salman telah berjaya dikeluarkan dari perut mummy dia. fuhhhhhh.... tak payah cakap lah betapa excited nya aku & family. ( anak buah pertama katakan.... )

kakak selamat melahirkan 'salman' melalui pembedahan di Hospital Damai, Melawati, KL. setelah 3 kali diberi induce, tapi bukaan kakak masih lagi 1 cm. jadi, operation sahaja lah solution nya. ;) 

akhirnya... penantian ini telah berakhir. ;-P alhamdulillah... Salman keluar dgn sihat dan selamat. berat : 3.6 kg, kepala: 36 cm , tinggi: 57 cm. the best part is.. Salman lahir pada 1 rejab dan yang paling menyentuh hati, tarikh tersebut adalah tarikh perginya nenek mengadap Illahi, iaitu pada tanggal 22/5/2011. hebat betul kuasa TUHAN kan? nenek pergi, tapi TUHAN gantikan dgn Salman. agaknya memanng Salman nak keluar masa hari arwah moyang dia meninggal kan?  ;') semoga Salman menjadi anak yg soleh, taat pada mummy & abi, serta menjadi seorang insan yg mulia, baik hati macam arwah moyang dia. Insyallah...
 AL-FATIHAH buat arwah nenek, Allahyarhamah Hajah Zainab bt tata. setahun sudah nenek pergi tinggalkan kami. 



auntie love u very much ya salman! 



we always miss u nek. semoga nenek sentiasa aman di sana ya.;') 



p/s: baru berapa jam tinggalkan salman dah rindu... ;(



Sunday, May 20, 2012

iklan "gegetah cinta" ;-P

assalammualaikum.

alhamdulillah. berkesempatan juga nak update blog. ;) tadi sewaktu aku baca surat2 khabar lama., lama tak lama lah, dalam minggu lepas punya.aku ternampak satu iklan produk kesihatan ni. tak tahu nak cakap apa. speechless. ;-p cuba korang tengok.


dia punya nama produk pun dah funny. "gegetah cinta". tapi, tak apa lah, hak masing2 lah kan nak letak nama produk apa, nak2 itu adalah produk khas utk hubungan suami isteri, so kena lah related kan. ;-P dia punya penerangan tentang produk tu pun dah cukup JELAS dan buat kita faham dah itu produk apa. haha. 

Bagi aku, itu tak ada masalah. kata jual produk untuk hubungan intim suami isteri kan, so, maklumat pun mesti lah pasal tu juga. lagi satu, nak tarik pelanggan, kena lah pandai 'ayat'. hahaha. tapi, aku kurang setuju dengan gambar model dalam iklan ni. ada dua perkara yg aku rasa dorang tak alert. pertama, aksi model perempuan tersebut jelir lidah, kedua, sebab dia bertudung. bagi aku lah, kurang kena dan nampak kurang sopan. kalau tak pakai tudung tu, aku fikir boleh la kut nak consider dia jelir lidah. hahaha.

lagi satu, quotation kat sebelah model tu. hahahaha! sumpah kelakar baca. ;D malu pun ada baca. rasa nya tak perlu lah nak sebut benda2 macam tu. ;-P tapi, mungkin tu cuma ayat yg saja2 direka oleh dorang supaya nak menguatkan lagi produk dorang. haha. macam2 sekarang ni. idea semakin kreatif, semakin annoying pun hado. ;-p but, tak apa lah kan. produk tu pun diiklankan dlm surat khabar. so, rasanya tak ramai la kut budak2 yang baca. kalau buat front page, haaa.... itu mengundang. ;P


sekian.

Saturday, May 19, 2012

"Salman" yang dinanti


Tahun lepas, pada tanggal 1 may 2011, kakak aku mendirikan rumah tangga. tak lama selepas itu, dia disahkan mengandung. fuhh. tak payah cakap keterujaan insan ini nak sambut orang baru dalam famili . teruja nak jadi seorang makcik, nak jaga baby. al-maklumlah, insan ini anak bongsu. tak pernah ada pengalaman nak jaga2 bayi ni. sangat gembira tahu? mengalahkan kakak aku yg mengandung tu. tiap2 hari duk cerita benda yg sama kt dia (WancHai) sampai dia pun dah naik muntah hijau serta pelangi nak dengar. terima kasih syg, sebab sudi tadah telinga ko utk aku. v~v LOL.

dah kata teruja, selepas je kandungan kakak dah menjangkau 6 bulan, kakak pergi scan baby dia. nak tahu lah jantina apa. kecanggihan teknologi sekarang kan, kakak pilih utk scan 4D. kalau 4D, memang kita akan tahu jantina baby tu 100%. tarak salah punyaaaa habak hang. ;P so, berita gembira lah utk abg ipar aku, sebab bayi tu adalah bayi lelaki. bagi aku, laki or perempuan, aku tak kisah. asalkan selamat dilahirkan, dan aku boleh jaga dia tiap2 hari. nampak? nampak? excited gile. 

jadinya, bila dah tahu jantina, masing2 pakat fikir nama yg sesuai utk baby kakak. kakak cakap, org sekarang letak nama anak nak 'moden' je bunyi. contoh: Rayyan, Haikal, Danish, So, kakak kata dia nak buat kelainan. dia nak letak nama anak dia biasa2 je, tp  bunyi klasik. aik? pening kepala aku fikir. acane tu? ;-O Akhirnya.. kakak dan husband dia memilih nama 'Salman' sebagai nama bayi sulung dorang ni. oo..okay.. mana2 pun aku ok. asal ada nama. jgn bagi nama kucing sudah lah. kikiki. kata kakak, belakang nama salman tu dia nak letak satu nama lagi. Tapi masih dalam pencarian nak letak apa. cadang aku letak je lah nama salman al-farisi. dia satu2nya hamba Allah yg dpt cium kaki Rasulullah (if im not mistaken, rite?) dan dia antara pahlawan yg  sgt pandai masa zaman rasulullah dulu. kakak cakap, boleh dipertimbangkan. errr, okay.

memandangkan 'salman' cucu pertama keluarga pak nawi. makanya, mak pun sgt teruja nak buat persiapan kenduri keka 'Salman' nanti. seorang ibu kan, mesti nak buat yg terbaik utk anak dia, lagi2 utk bakal cucu dia. so, mak minta aku tolong dia buat goodies utk hari keka 'salman' nanti. jgn tak tahu, boleh dikatakan every week aku kena bawak mak ke Nilai, cari goodies yg sesuai. akhirnyaa..... dapat juga. 

goodies salman dah siap ni. salman bile nak keluar? -__-"


kakak pula, every weekend, akan ajak aku pergi beli baju dan barang2 utk 'salman'. lagi excited lah aku nak menyambut si budak 'salman' ni. abang pula, tolong sponsor katil dan perhiasan masa keka 'salman' nanti. videographer, photographer, semua abg yg uruskan. maklumlah, aku dgn abg mesti nak buat terbaik utk anak buah kitorang ni. Tapi....................

Hari berganti hari, masa pun cepat je berlalu, sedar tak sedar, Due date kakak dah sampai. 4/5 May adalah due date kakak. but, sekarang? dah 19 May okay, 19 may. tapi 'salman' tak nak keluar2 lagi. ;( kakak pula tak ada langsung contraction. jumpa doktor, doktor kata supposely kakak dh boleh bersalin ni. tapi, sekarang dah lebih sgt dari due date dia. sedara mara, kawan2, semua dah tanya. "dah beranak?" aku ni pun, sampai naik rimas bila pakcik, makcik aku tanya, belum masuk kawan2 lagi. arghhhhhhhhhhhhhh.

doktor kata uri kakak dah matang. cuma kakak masih belum ada tanda2 nak beranak. aiyooo. semalam, aku teman kakak cek jantung 'salman'. alhamdulillah.. 'salman' ok je dalam tu. berat 'salman' sudah 3.4 kg. doktor kata 'salman' sihat, tak lemas, dan tak berak. perkara2 tu yg kita bimbang kan kalau dh over due ni. -__-" isnin ni penentu segalanya. kalau 'salman' tak nak keluar lagi, operation lah jalan nya. berlaku sedikit ketegangan antara kakak aku dan suami dia. kesian pula aku tengok. yelah, aku faham. dorang excited sgt nak tunggu 'salman' keluar sampai boleh jadi gaduh. ;-P


mak pula, tak putus2 tiap2 malam 'google', cari solution. hahaha. comel sungguh mak aku. aku? aku hanya mampu tunggu dan tunggu je lah. ;-p utk 'salman', keluar lah eh. kesian mummy dgn daddy awak. dorang nak sgt jumpa awk, dah tak sabar tahu? bukan dorang je, auntie pun tak sabar okay! nanti bila salman dah keluar, auntie boleh bawa salman jalan2 dgn uncle ewan yg gile tu. hik3.. nanti auntie beli salman banyakkkk mainan! ok salman? we wait for u yaaaa..... ;)

p/s: belum keluar lagi, dia dah pandai raih populariti.. semua orang tertunggu2 dia. salman.. salman.. ape miracle yg awk nak bagi salman? ;P auntie cant hardly wait for u! 


Monday, April 30, 2012

Kuning itu BERSIH.


salam satu malaysiaaa! tajuk entry yg tak ada motip. ketandusan idea dan fikiran utk tajuk. harap maklum. -_-"






Sedih bila lihat orang2 kita seperti hilang akal dan gila bila membuat rusuhan dan menggunakan keganasan terhadap polis serta pihak media. Perhimpunan yg sepatutnya dijadikan utk mereka bersuara kpd kerajaan, akhirnya menjadi satu insiden yg sgt mengecewakan. mana pergi 'perjuangan' yg dorang nk perjuangkan sgt tu? dgn 'keganasan'? kita marah bila org luar kata islam itu terrorist. tp, kita sendiri tak sedar yg tindakan kita itu yg menjadi punca kita di labelkan sebagai terrorist. -______-"

sudah diluluskan kerajaan utk kita membuat perhimpunan tersebut, tapi ambil kesempatan pula. Bagi pendapat aku, siapa pun yg mengemudi negara, masalah 'kotor' di dalam politik akan tetap ada, dan terus akan ada. Baik PAS, BN, PKR dan sebagainya. sebabnya, pemimpin itu sendiri yg ada masalah.masing2  ada agenda tersendiri. Jadi, kita sebagai rakyat, terus terpengaruh, dan akhirnya apa yg berlaku kelmarin tak mendatangkan apa2 hasil pun? pergi lah mana2 negara pun, politik mereka pun tetap tidak 'BERSIH'. 

tidak dinafikan, sikap rakyat kita yg mahukan pentadbiran negara telus dan bersih dari segala anasir negatif itu menunjukkan betapa prihatin nya kita terhadap negara.Tapi 'pendekatan' yg digunakan  dgn jalan yg salah. kesannya, kita jadi berpecah belah. walhal, kita adalah saudara sesama agama. sepatutnya kita lebih bersatu padu. bg aku, kalau pendekatan utk buat 'BERSIH' tu dah bagus, tapi lebih bagus kalau dua2 pihak join sekali, non-partisan. 

But, susah kan? hahaha. manusia dilahirkan ALLAH dgn hati, perasaan, otak. Jadi, kita tak boleh nk elak kalau masing2 ada pemikiran mereka sendiri. -___-" so, ke kanan pun sama, ke kiri pun sama lah juga hasilnya.  Ketelusan yg kita nak pun, susah nak capai. susah kita nak fikir pendekatan pentadbiran yg macam mana boleh memuaskan hati semua org. Jadinya, aku memilih utk natural. -__-". bukan lah nak jadi lalang. tapi, bimbang kalau2 perkara ni boleh memecah belahkan byk institusi. institusi kekeluargaan sebagai contoh. most of family aku, side BN, & the rest PAS. so, disebabkan ada dua puak ni. bila berkumpul, dah jadi dua part. aiyokk. susah gini. ;-p tak best lah kan macam tu? padahal kita satu keluarga. islam pulak tu. kan tak bagus. nanti kesan sampai ke anak2. ish, tak mau lah. hahaha! so, kalau aku nak mengundi pun, undi senyap2 je lah, tak payah nk bagi tahu undi mana. itu lebih SELAMAT. ;)

akhir kata, maaf kalau ada yg tersinggung. kalau ada yg tak betul, mohon ditegur. to be honest, aku tak ada lah hebat sgt nak berbincang tentang isu politik ni. just nk memberi dan berkongsi pandangan dgn apa yg aku lihat je. harap maklum. ;)

sekian... PEACE, NO WAR. 

ada mata, ada hati, lu fikir lah sendiri. ;)

p/s: jgn jadi kerbau dicucuk hidung. puji sikap jurukamera AL-hijrah yg bantu menyelamatkan seorang polis dari dipukul. 

Wednesday, April 25, 2012

Kemaafan

Ribuan terima kasih syu syu ucapkan pada dia. atas kemaafan dan peluang yg telah diberikan. walaupun dia tak baca blog syu syu ni, tapi syu syu punya suka hati lah nak update kat blog pun. maaf, syu syu TERemosi tak ada motip. syu syu lega. syu syu puas. syu syu gembira. 1 malaysia. (eh?)

panasnya hati dia, tapi mudah disejukkan seperti ais batu yg jatuh dari aircond bilik syu syu. maaf lagi sekali, syu syu suka mengarut. ( sila tekan button X ) panasnya hati syu syu belum tentu ais batu boleh menyejukkannya. over nya ko. sila sedar diri. -____-"


peluang yang ada, harus dijaga seperti peluang yg baru dibari. bari? bari adalah adik beradik kpd kambing biri2. maaf, buat kali ketiga syu syu mengarut, typo yg tiba2 berlaku menjadikan jari ini dgn tiba2 malas utk ke keypda 'backspace'. see? nampak tak masih ada lagi typo yg berlaku. sori. syu syu malas nak layan. .....................


13 peluang yg telah diberikan menunjukkan betapa beruntung nya syu syu. mohon syu syu pergi terjun klcc kalau tak reti nak appriciate peluang yg telah diberi. sabarnya dia bukan utk dipijak oleh syu syu yg kering macam bini popeye ni. ( terima kasih sebab sedar diri) tapi utk lebih menghargainya.


PERINGATAN yg telah diberikan oleh dia adalah peringatan yang harus syu syu pin dan sematkan dgn beratus2 jarum peniti, agar syu syu lebih berhati-hati selepas ini. terima kasih lagi buat dia kerana masih terus bersabar dan menyayangi syu syu seperti sedia kala. syu syu sayang awak dunia akhirat. terima kasih awk.


TERIMA KASIH AWK. ;')





Tuesday, April 24, 2012

BERSALAH.

bertindak mengikut nafsu bodoh. nah, amikaw! syu syu sedang cuba mengawal nafsu amarah. secara kasar, dapat dilihat syu syu seorang gadis yg pendiam konon ( puihhhhh)
secara halus, syu syu merupakan seorang gadis yg sukar utk mengawal sifat amarah nya. 
syu syu gila. syu syu sewel. 

jgn ditanya apa perasaan syu syu yg sedang menaip entry bodoh lagi bangang ni. semuanya berpunca dari perasaan 'bersalah' yg semakin membolosi diri syu syu ini. syu syu kehilangan arah tuju & tujuan, nampak tak? syu syu dah LOST. ayat pun semakin menghampakan lagi menjahanamkan bahasa jiwa bangsa. 

apabila emosi menguasai pemikiran, makanya syu syu seperti dirasuk oleh rasukan ablasa, syu syu rasa macam tajuk sebuah filem seram je tu kan? mohon jangan keliru, syu syu sekarang sedang menceritakan tentang perasaan syu syu.dan apabila rasukan itu telah berjaya bermaharajalela di dlm diri syu syu. serta merta syu syu melemparkan kata2 yg bodoh lagi tidak berotak kpd dia. syu syu memang jahat lagi kejam. syu syu tak ada hati perut. 

12 kali syu syu telah melakukan kesilapan ini. syu syu ulang lagi sekali, 12 kali ye. 12 kali juga syu syu telah dimaafkan dia. nampak tak? nampak tak? nampak tak yg syu syu sangat buta hati, dah lah memang buta mata, hati pun buta jugak. syu syu buta tak nampak syu syu ada dia yg sangat penyabar dgn syu syu. nampak tak? nampak tak? betapa loser nya syu syu ini. hoii cik loser, dipersilakan berambus. 

syu syu harap dia masih mampu maafkan syu syu utk kali ke 13 kalini. syu syu minta maaf . syu syu janji syu syu cuba ubah sikap syu syu yang tu. syu syu sayang dia. sekian. TT__TT

Saturday, April 21, 2012

yg mana serasi?


aku dgn dia, memang tak sebulu, sehaluan, seiring dan sejalan. -___-' mana kata, ada je yg tak ngam.  sebagai contoh, dia seorang yg rilex, tak cepat melatah. tp aku seorang yg tak boleh rilex, cepat sgt melatah. dan perkara2 ni yg mendorong kpd perang dunia antara kami. -____-"

Next, dia tak suka sms, berFesbuk, Bertwitter, Ber'skyping ( eh, betul tak eja?) aku? of course suka! selagi mana benda2 tu boleh buat aku dpt contact dia, aku memang suka. mihihi! aku suka karaoke, dia tak suka. dia suka memancing, aku tak suka. satu je lah yg sama, kami sama2 minat warna hitam. that's it! -_-" bila berborak, tak payah cakap, ada je yg argue, baik aku mahupun dia. 

ada orang cakap, kalau pasangan kita tu sama cita rasa dgn kita, maknanya depa serasi bersama. ada yg cakap, kalau sama cita rasa pulak, bosan, sebab tak ada perkara yg berbeza boleh dikongsikan, balik2 benda yg sama. bagi aku, susah nk expect utk kedua2 perkara ni. sebab kedua2nya ada consequence.

aku? aku punya pandangan pula, terpulang pada diri masing2. ( jawapan nak selamat je. -_-") bukan masalah jawapan nk selamat, tp sebab aku rasa semua orang ada pandangan dan rasa masing2. ikut keselesaan antara satu sama lain. depends on how diorang bawa hubungan tu sendiri, tak kisah la  sama taste ke, kontra ke.

Tp, tidak dinafikan, di dalam hubungan, mesti ada persefahaman yg kuat. kalau tak, memang susah nak bawa hubungan tu in future. kalau pandai mengawal, selamat lah hubungan tu, kalau tak, good bye lah gamoknya. ;-p

so, korang pula macam mana? yg mana korang prefer lagi? yg sebulu dgn korang atau yg berbeza dari korang? mana jalan pun yg korang pilih. kita tidak akan dpt lari dari  masalah. itu pasti ada. Jadi, belajar utk menerima dgn hati terbuka dan bersabar. ekceli, nak motivated diri sendiri ni. kbai!


p/s: siapa nk perfume, semua brand aku jual, follow me on twitter. ;)

Thursday, April 19, 2012

Pandangan Dr Fazley isu kemenangan Aron Aziz

Heboh bila Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan AA dlm ABPBH minggu lepas. Ada yg setuju dgn kata2 naib pengerusi persatuan seniman ini, dan ada juga yang menghentam tindakan ZZ kerana tidak bersikap professional. 

Aku tertarik dgn pandangan yg diberikan oleh Dr Fazley tentang isu ini di dalam surat khabar sinar harian semalam. 

"Kita perlu selak sejarah dulu, hampir 80% pelakon di era jln ampas adalah berasal daripada singapura. Sepatutnya kerakyatan tidak harus menjadi isu utama, kerana bakat harus jadi kayu ukur seseorang. jgn jadikan kerakyatan sebagai benteng mereka tunjukkan bakat. sebagai contoh, datuk siti nurhaliza turut dikenali di singapura dan indonesia, malah kehadiran kita di negara itu tidak pernah dipersoalkan,. Malaysia dan Singapura adalah bangsa serumpun, dan rakyat asia. kenapa perlu dibangkitkan hal ini jika kita sama2 menggunakan bahasa yg difahami apatah lagi berjiran."


antara pandangan artis lain,

"bukan sahaja rakyat singapura yg cipta nama di malaysia, malah rakyat malaysia pun ada berjaya di Kota Singa, termasuklah lagenda kita Allahyarham Tan Sri P Ramlee...."

so, pandai2 la kita menilai mana yg relevan dan yang tidak ya. ;) apa2 pun, pujian harus diberikan kpd ZZ, sebab berani menegakkan pandangannya sendiri. but, apa kata ZZ selesaikan dulu isu lambakan artis indonesia ke malaysia. rasanya isu ni dari dulu dah berlaku, tp kenapa tak dipertikaikan? ;)

sekian.



gamba tak ada motip. hewhewhew.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...