Monday, April 30, 2012

Kuning itu BERSIH.


salam satu malaysiaaa! tajuk entry yg tak ada motip. ketandusan idea dan fikiran utk tajuk. harap maklum. -_-"






Sedih bila lihat orang2 kita seperti hilang akal dan gila bila membuat rusuhan dan menggunakan keganasan terhadap polis serta pihak media. Perhimpunan yg sepatutnya dijadikan utk mereka bersuara kpd kerajaan, akhirnya menjadi satu insiden yg sgt mengecewakan. mana pergi 'perjuangan' yg dorang nk perjuangkan sgt tu? dgn 'keganasan'? kita marah bila org luar kata islam itu terrorist. tp, kita sendiri tak sedar yg tindakan kita itu yg menjadi punca kita di labelkan sebagai terrorist. -______-"

sudah diluluskan kerajaan utk kita membuat perhimpunan tersebut, tapi ambil kesempatan pula. Bagi pendapat aku, siapa pun yg mengemudi negara, masalah 'kotor' di dalam politik akan tetap ada, dan terus akan ada. Baik PAS, BN, PKR dan sebagainya. sebabnya, pemimpin itu sendiri yg ada masalah.masing2  ada agenda tersendiri. Jadi, kita sebagai rakyat, terus terpengaruh, dan akhirnya apa yg berlaku kelmarin tak mendatangkan apa2 hasil pun? pergi lah mana2 negara pun, politik mereka pun tetap tidak 'BERSIH'. 

tidak dinafikan, sikap rakyat kita yg mahukan pentadbiran negara telus dan bersih dari segala anasir negatif itu menunjukkan betapa prihatin nya kita terhadap negara.Tapi 'pendekatan' yg digunakan  dgn jalan yg salah. kesannya, kita jadi berpecah belah. walhal, kita adalah saudara sesama agama. sepatutnya kita lebih bersatu padu. bg aku, kalau pendekatan utk buat 'BERSIH' tu dah bagus, tapi lebih bagus kalau dua2 pihak join sekali, non-partisan. 

But, susah kan? hahaha. manusia dilahirkan ALLAH dgn hati, perasaan, otak. Jadi, kita tak boleh nk elak kalau masing2 ada pemikiran mereka sendiri. -___-" so, ke kanan pun sama, ke kiri pun sama lah juga hasilnya.  Ketelusan yg kita nak pun, susah nak capai. susah kita nak fikir pendekatan pentadbiran yg macam mana boleh memuaskan hati semua org. Jadinya, aku memilih utk natural. -__-". bukan lah nak jadi lalang. tapi, bimbang kalau2 perkara ni boleh memecah belahkan byk institusi. institusi kekeluargaan sebagai contoh. most of family aku, side BN, & the rest PAS. so, disebabkan ada dua puak ni. bila berkumpul, dah jadi dua part. aiyokk. susah gini. ;-p tak best lah kan macam tu? padahal kita satu keluarga. islam pulak tu. kan tak bagus. nanti kesan sampai ke anak2. ish, tak mau lah. hahaha! so, kalau aku nak mengundi pun, undi senyap2 je lah, tak payah nk bagi tahu undi mana. itu lebih SELAMAT. ;)

akhir kata, maaf kalau ada yg tersinggung. kalau ada yg tak betul, mohon ditegur. to be honest, aku tak ada lah hebat sgt nak berbincang tentang isu politik ni. just nk memberi dan berkongsi pandangan dgn apa yg aku lihat je. harap maklum. ;)

sekian... PEACE, NO WAR. 

ada mata, ada hati, lu fikir lah sendiri. ;)

p/s: jgn jadi kerbau dicucuk hidung. puji sikap jurukamera AL-hijrah yg bantu menyelamatkan seorang polis dari dipukul. 

3 comments:

mama aini said...

salam syue..mama pun sedih dengan perangai org2 melayu islam skrg ni..mudah sangat dihasut sampai sanggup memalukan diri sendiri dgn mengganas begitu..duluy org2 islam bersatu walaupun berlainan aliran politik..tapi skrg ni kita berpecah belah demi parti lain yg hanya berniat nak menghancurkan org2 melayu..kenapa org2 kita tak terfikir benda2 ni..hu2x..sedih mama dgn keadaan ini..mahukah kita malaysia jatuh ketgn org2 yg tak bertanggung jawab & jadi singapore 2..dimana org2 melayu tiada hak apa2..fikir2kan..

SyuE said...

mama. syu sgt2 setuju dgn kata2 mama! org2 dulu mmg berjuang sama2 tanpa ada jurang antara satu sama lain. skrg ni... haishhhhh... -_-"

Lany Azman said...

BERSIH SANGAT KAN NEGARA KITA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...