Friday, August 26, 2011

AtLet geng bas sekolah.

Jangan tak tahu, insan ni dulu atlit terunggul geng bas sekolah taw! ;p (sile muntah) tengah duk kemas2 almari tadi, aku terjumpa artifak2 negara ni, yakni: medal2 kemenangan wa zaman sekolah2 dulu. hehe. Bila fikir2 balik, tergelak sorang2. macam tak percaya itu adalah wa. sebab diri insan ini yg sekarang, memang gile malas nak bersukan. tengok badan lah, dah sekeping macam tiang letrik. tidak lagi se' tough dulu. haha.


hah, nampak tu? kiki. kepada kawan2 kolej wa, mesti dorang tak caya ni wa punya. ;p
yang tu baru sekolah menengah punya, sekolah rendah punya aku tak tahu mana mak aku campak. ;p kalau di'combined kan. boleh lah nak berlagak retis sukan jap. ;p ( sile menyampah)

ya, secara peribadinya, aku memang minat bersukan dulu. segala macam sukan aku masuk. tapi, paling aku minat olahraga lah. Bola baling antara faveret aku. kalau nak dibandingkan dengan bola jaring, aku more enjoy main bola baling, sebab tak payah nak gedix2 sgt macam bola jaring. kaki nak kena jaga, salah gerak sikit, pritttttt...! berbunyi wisel. haishh.. menyusah! ;p pastu, ada pula kawasan2 larangan yg tak boleh masuk. tapi, aku agak beruntung lah, masa aku join bola jaring kat sekolah dulu, aku selalu jadi C. yela, kalau C, semua kawasan aku boleh redah, kecuali kawsan nak jaring gol.maka, bermaharajalela lah wa kat atas padang tu. padahal bola ntah mana2 aku baling. kiki. ;p


macam mana aku boleh terjebak dalam dunia sukan ni.? semua salah abang aku! hehe. tak ada lah, actually, aku dgn abg aku dulu satu sekolah. Plus, abg aku pun sgt aktif dalam sukan. so, sikit sebanyak, aku memang terikut perangai abang aku lah. yela, syok je kan nengok dia gi ambil medal2 kat atas pentas sambil buat muka bangga nak minta kaki dgn aku. ;p antara banyak2, aku paling alergik dgn hoki & bola tampar. hoki sebab ntah mana2 la bola hoki tu aku bawak. (memang tak ada seni hoki) bola tampar pula, sakit tangan weii!! ;p (gedix)

rindu pula nak main bola baling


bola baling paling syok!! nak2 bila abang2 senior yg hensem2 tunjuk ajar. fuhh.. malu2 pule. ;p(padahal abg sendiri pun ada) memang best lah bila ingat balik kan. ingat zaman2 pergi training. sebelum selection, berhempas pulas lah insan ni menunjukkan prestasi yg konsisten untuk tambat hati abang2 senior tu pilih wa wakil sekolah. kiki. ;p tak ada maknanya nak cover2 cun, wa hentam je. segala macam yang goyang pada ketika itu, wa buat dek je. ;p



setiap kali sukan tahunan, aku tak terlepas mewakili rumah sukan aku untuk olahraga. nak wakil sekolah, memang aku lari macam cheetah. ;p  antara lumba lari yg selalu aku masuk,
4x400 meter, 800 meter, 4x100 meter, 1*** meter pun aku ada masuk, tapi tak payah cakap lah, terus pengsan! haha. ;p cuba lah dibayang nye insan kecik ni berlari satu stadium yang luas tak hengat dunia, memang semputtt. ;p ( tu sebab ko tak wakil sekolah) so far.. semua yg aku masuk, aku menang lah. johan pulettew! ;p antara kenangan yg aku ingat, masa 4x100 meter, aku pelari ke 3, sipi2 nak johan beb! tapi disebabkan kesengalan wa yang terpijak kaki member wa no 4 tu, kitorang dapat no 2! adess.. maki diri sendiri masa tu.hehe.


masa sekolah rendah dulu, sukan buat kat padang je. bila masuk sekolah menengah, buat kat stadium. so, memang satu pengalaman juga lah kan bila dapat berlari atas trek stadium tu. berlari dengan tak pakai kasut, memang melecet kaki aku pastu. ;p antara lain, lompat tinggi? haha. ini tak ada lah wakil rumah sukan, mahupun sekolah. sememangnya, insan ni kurang ketinggian kut nak lompat tinggi ni. setiap kali insan ni mencuba, ada sahaja halangan dari palang tu. jeles lettew! (padahal ko tak reti) lompat jauh? hah.. lompat jauh syok. walau sengal2 manja juga lah pinggang aku pastu. ;p 

merentas desa? jangan tak tahu, insan ni memang selalu dapat top 20. hahaha. last aku merentas desa masa zaman sekolah menengah, dapat no 11. hahaha! macam mana lah yg boleh top 5 tu, aku tak tahu stamina dorang kategori apa. ;p well.. ini lah kenangan yang paling berharga buat aku. sekurang2nya walaupun orang nengok badan aku ni macam org tak cukup protein, ;p tapi, uolls semua jgn tak tahu, kite ni pernah aktif sukan dulu taukk! ;p
cuma bila dah masuk kolej, aku jadi malas gila dah nak masuk apa2. nak pula masa tu berat badan aku dah susut. memang dah tak bertenaga lah nak bersukan pun. ditambah lagi, wa drive kereta kat kolej, memang ko malas syu! ;p 

kalau dulu, berjogging ni satu kemestian utk wa, sekarang satu seribu macam alasan untuk elakkan. ;) bising juga si wan chaii ♥ bila tengok aku pemalas nak bersukan ni. huhu. tapi, nak buat macam mana, nanti2 aku fikir kan balik lah nak aktif2 ni. ;p 

sekian..

antara kenangan zaman sekolah aku yang lain:



p/s: 1 tahun 11 bulan ♥


Segmen: Jom Join gadis blogger


Terimas buat blogger onenavilla, yang tag tuan hambo utk segmen ni. Love u la! ;)


semoga dgn keturut sertaan tuan hambo dlm segmen ni dpt mengeratkan lagi silaturahim antara blogger2 gadis melayu. ;)


untuk details, klik eva danial.


Dgn itu, tuan hambo nak tag 3 blogger baik hati ni:


1. simata Panda
2. aisyah humaira
3. si kiut Lavendar


SEKIAN..

spontaneous thursday # 6 : aku & kakak

KAKAK: asal adik pakai baju kurung ni??

AKU: saja.. Buang tabiat.

KAKAK: pftttttt............

p/s: aku pakai bj kurung pun PELIK. ape daa..

Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday # 6


drama indon cliche la...



Masih ingat fenomena drama indonesia "bawang putih, bawang merah".? yang jadi faveret drama suri2 rumah khususnya. yela, kalau tengah nak masak tu, sanggup stop jap semata2 nak tengok drama indon ni. fuhh.. hebat sungguh penangan drama indon ni. Disamping pelakon2 yg Hot2, Cun2, jalan cerita yang penuh sensasi lagi suspen membuatkan drama indon ni menjadi kegilaan rakyat malaysia masa tu. ;)

Tapi, tapi, tapi.. bagi aku, drama indon ni  tak memberi manfaat & tarikan untuk aku. ;p nak tahu sebab apa? hah.. sebab ni..



1. Jalan cerita & watak yang cliche, aku boleh agak apa lah yang akan terjadi seterusnya lepas tu. Then, tak habis2 pasal cinta, cinta, cinta. Pastu, ada lah watak jahat yang akan menghalang cinta dorang tu. Then, cinta antara dua darjat, kalau tak yang si hero miskin, si heroin yang miskin. ;p 

Tak campur lagi dengan watak2 mak tiri yang rasa macam nak minta kaki je bila nengok. alahaii.. kalau mak tiri, mesti nak jahat.  Then diselitkan dgn watak2 perempuan yang jahat, gedik, yang terhegeh2 nak kat si hero, pastu mulalah buat plan macam2 nak bagi hero & heroin tu tak bersama. ;p

Watak si heroin pula, alahaii.. pijak semut pun tak mati lah. ;) baik sungguh!! pastu, menangis2, sedih.. sebab kena fitnah macam2. ;p



2. Babak suspen dia pula boleh buat aku pergi dapur jap ambil makanan apa yang patut. ;) yela, kalau dah sampai 2, 3 minit babak suspen ni duk tunjuk muka pelakon yang suspen, terperanjat diselit dengan background muzik yang suspen. haha. bosan tauk!! (err.. korang faham tak..? ;p ) 

aku dapat agak la, mula2 kamera akan tunjuk muka terperanjat beruk yg si A, pastu slow2 pergi kat B, pastu kat si A balik, then kat si B. adess.. sampai bila deh nak habis? tapi, tak nafikan, pelakon2 indon ni pandai buat mimik2 muka terperanjat, mukan kantoi, muka penuh dengan setan. hahahaha.. ( ok la..) Next, aku perasan lah, dari segi camera shot, dorang banyak shoot muka je. berlakon asing2 apa? ;p 

Then, episod punyalah banyak sampai aku rasa makin lama, makin melalut2 jalan cerita dia. Punyalah beriye nak tengok juga, pastu bila sampai ending, hero & heroin berjalan sambil berpelukan.. daa.. abes.. what the heck?? ;p buang masa aku je nengok selama ni. But, cerita melayu pun ada macam ni juga, daripada arwah nenek aku sakit, sampai dah meninggal, wujud lagi cerita tu. ;p ntah bila nak habis tak tahu la. ;)

Ni bagi pandangan aku lah. tak tahu lah pandangan korang kan. ;p tak nafikan, drama melayu pun ada yang lebih kurang sama je. Mungkin sebab drama melayu pun banyak pasal cinta, so, dah jadi macam bosan pula kan. ;p Bagi aku, tak salah kalau kita nak ambil drama2 indon ni, tapi boleh tak bagi yang lain dari yang lain. Selain dari cinta? alahaii.. bosan lah. ;p kalau drama cinta ni, moral tu kurang lah bagi aku. Hah,  tapi aku suka drama indon setiap hari jumaat kat Tv3. yang tu, best. memang banyak bagi moral. dan.. lagu2 diorang aku suka! huhu.. sedap didengar. ;) 

kepada peminat2 drama indon, aku minta maaf ye kalau2 ada yang tak setuju dgn aku. aku cume nak bagi pandangan je. ;) harap diampun ya!! LOL ♥

p/s: nak raya dah!! ;)





Saturday, August 20, 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"


Untuk pertama kali, aku join segmen sempena raya ni yakni: 'kad raya + duit raya' .
Ribuan Terima kasih buat blogger cantik manis, Lynie Yusof yang sudi men 'tag insan ini. ;)

Contest dikelolakan oleh dua orang blogger yakni: cik fairus, & Fiqrie. Rajin benor depa ni. semoga rezki depa melimpah luah lah ye dalam mengendalikan segmen2 baguiih macam ni. 

kalau hangpa rasa nak dapat duit raya, moh! lah ni juga hampa kena join segmen ni! (err.. ntah betul ntah loghat aku ni) jangan malu, jangan segan.! for more information, klik ja kat nama2 pengelola tu. ;)

Maka, cek ingat nak Tag 3 orang blogger terunggul ni:

2. Farah

sekian..

Thursday, August 18, 2011

Nora danish cakap Gadis kampung Tak blonde rambut. eh?




Jangan tak tahu, aku ni suka terjah website yang penuh dengan gossip2 artis ni. Maklumlah, masa zaman praktikal kat suria Fm dulu, aku telah didedahkan dengan gossip2 artis ni.(yela tu) kiki. maka, faveret web yang aku suka terjah adalah, beautiful Nara,ohbulan, & Murai.com.  ( mungkinkah satu hari insan ini akan bergelar wartawan hiburan?) err. sile muntah. ;p


To be honest, insan ni memang suka sikit baca2 hal retis  dari hal2 lain. ;p Tapi, Tak bermakna wa tak tahu isu semasa ok. ;) cuma, bila baca hal2 retis ni, santai sikit. (suke hati ko je)

okay, straight to central point! (err??), aku sebenarnya tertarik baca artikel dari beautiful Nara,yakni lebih dikenali sebagai: Abg Nara, yang bertajuk Gadis kampung tiada yang blonde - Nora Danish. Untuk orang yang sentiasa berfikiran positif, memang tak akan fikir apa lah kan. Tapi, kalau dah orang yang memang berasal dari kampung, tak ke mengundang? ;p

Nora Danish mantan isteri kepada Ex boypren fasha sandha tu, ada buat statement macam tu kat laman sosial fesbuk dia. bunyi dia cenggini:

I dont like my hair black, but wut to do, gadis kampung takda yang blondeyy.... bla.. bla.. bla.. (malas nak taip panjang2)

abg nara ada mintak pandangan, beliau tulis:

Betul ke tak ada gadis kampung yang blonde rambutnya? Atau sama ada blonde atau tidak, itu tak penting bagi anda? Atau gadis bandar sebenarnya tak boleh tak kena blonde rambutnya agar tidak nampak macam gadis kampung?

well.. abg Nara, bagi pandangan syu (macam abg Nara baca) kiki. soklan pertama yang abg nara tanya sama ada memang tak ada ke gadis kampung blonde rambutnya. 

bagi aku, sekarang ni, kita sendiri tak dapat nak bezakan gadis itu dari kampung ke, bandar ke, sebab semua gadis kat Malaysia sekarang ni dah pandai abg Nara. diorang dah advanced, bukan lagi macam dulu2. aku cakap pun based on apa yang aku perhatikan. gadis yang asal dari kampung pun dah reti nak blonde2 rambut ni. how do aspect, dengan kecanggihan teknologi sekarang, nak2 peranan media sekarang, yakni media cetak & elektronik, dah cukup membantu diorang untuk lebih up-to date. so, tak ada lah kut istilah2 macam tu. ;)

blonde atau tak rambut seseorang gadis tu, ia tak mencerminkan & mendatangkan apa2  kepentingan pun bagi aku. yang penting hati mesti mau kasik baik meh.. ;) Then, yeke gadis bandar rasa macam kampung kalau tak blonde rambut? ada juga eh yang fikiran camni zaman2 ni? ;p macam aku cakap tadi, zaman sekarang, semua gadis sama je. baik yang datang dari bandar ke, tak bandar ke. so, kita tak payah lah nak mendiskriminasi gadis kampung macam ni, gadis bandar macam tu.

Dari mana pun kita datang, yang penting kita jaga adab, sopan kita sebagai perempuan. 
(perghh.. ayat ko macam mintak kaki je syu) ;p kalau kita nak blonde rambut ke, apa ke, terpulang pada diri masing2, yang penting tahu jaga diri. ;)

So, kepada Nora danish, ( memang ko baca) ;p, u deserve for what u've done. ;) tabahkan hati la ye nak mengadap kutukan2 orang yang marah dengan status ko tu. ;) pepatah ada cakap, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. 

sekian..


p/s: apsal lalat muncul dalam hidup aku malam ni? nak kaki? grr.

spontaneous thursday # 5 : nenek & TV.

(sambil nengok TV)

nenek: apo orang putih tu cakap? cito ni pasal apo?

(malans nak layan) aku: alaa nek.. tak tahu lah nek.. nenek tengok lah ye.

nenek: apo pulak tak tahu, kan ada tulis2 kat bawah tu.! cer tengok! cerita ni pasal apo? ( maksud nenek, sari kata yang selalu keluar akt bwh tu)

hebat tak nenek aku? ;p dah tua2, tgh sakit2 pun, dia hebat! boleh dia suruh aku baca sari kata kat bawah tu. adess.. terkono den!  ;) haishh.. nyesal pula tak layan nenek masa tu. ;')
i miss you nek.. AL-FATIHAH.. 

Najwa Latif eh yang kekwat tu??

Terbaca satu artikel dekat ohbulan, yang bertajuk 'Artis remaja Youtube kekwat dengan media'

menurut sumber, diorang nak invite artis ni untuk majlis amal sempena bulan puasa ni. Plus, majlis tu diadakan di negeri yang sama tempat artis ni tinggal. Jadi, mungkin tak menjadi masalah lah kut untuk artis ni kan. ;) so, diorang pun pelawa lah artis ni untuk datang buat persembahan melalui laman sosial artis ni, yakni: twitter. Artis ni setuju pada mulanya.

Tapi, bila diorang minta no telefon untuk dihubungi, terus artis ni senyap je. Banyak kali juga lah wakil program tu hantar mesej kat twitter artis muda ni. tapi, tak dibalas langsung. Pastu, yang lagi diorang pelik, artis muda ni selalu pula update status twitter. Tak kan tak perasan mesej yang masuk?

Bertambah pelik bila diorang nampak kemunculan artis muda ni pada satu rancangan program tv secara live. Maka, wakil program tu syak lah yg si artis muda ni memang tak nak join kut event2 amal macam ni. tak HOT lettew. ;p

dalam hati aku fikir, kalau dah dia tulis, artis yang diceduk dari Youtube & berusia belasan tahun. siape lagi nok? ;p

well.. kadang2 benda macam ni, kita tak boleh nak blame artis tu 100%. lagipun, dia masih baru, nak2 muda lagi, baru nak kenal dunia artis ni. maka, jangan lah cepat sangat nak menilai. Mungkin ada something error yang kita tak tahu berlaku kan, yang mana dia sendiri tak perasan.  

aku sendiri pernah juga lah tak perasan mesej masuk kat laman sosial twitter aku, bila aku cek baru tahu ada mesej masuk. kadang2 bila kita tweet melalui fon ni, memang susah kita nak tahu kita received mesej. sebabnya, aku sendiri pernah kena. bila aku cek through lappy, baru aku perasan. tak tahu lah kalau orang lain tak pernah hadapi situasi macam ni kan.? ;)

maybe itu kut yang dihadapi oleh artis muda tu. dia pun duk menunggu respon dari wakil program tu, wakil program tu pun duk tunggu respon dari dia. kiki. ;p situasi macam ni, tak boleh nak tunding jari kat siapa2. yang si pihak media pun kenalah pandai juga, kalau dah tak dapat contact through twitter, tak ada ke alternatif lain yang uolls boleh buat? uolls kan media? mesti banyak pengalaman kan. setakat nak cari contact no artis muda ni apa lah sgt. ;)

 but, yang si artis ni pun kalau boleh sentiasa alert lah. bila dah tahu awak tu dah jadi public figure, maka rajin2kan diri cek inbox msj dlm laman2 sosial awok. manatau kan ada undangan yg kita dapat? mungkin ada media yang tak ada contact no kita. so, through laman sosial kita lah mereka nak cari kita. Kalau rasa2 nak stay lama dgn dunia seni ni, maka jalinkan hubungan yg baik dgn pihak media, sebab tanpa pihak media, susah awok nak naik. Jadi, ringan2kan jari anda.;)


sekian..


Wednesday, August 17, 2011

segmen jom kenal & tambah rakan blogger.


sekali lagi, bila insan ni tak ada idea nak perap kat blog ni, maka aku join lah juga contest ni. ;)

Nama panggilan blogger: Syue

Tarikh mula berblog: tak sure tarikh, tp thn 2010 dah, but mula serious tahun ni. ;p

Rakan blogger terkini: 178

Target + rakan blogger: Tak kisah, asalkan mereka sudi & kongsi story sama2, tu PENTING. ;)

sekian, untuk keterangan lanjut klik SINI.

p/s: wa dah shopping baju raya, uolls dah?;)

wordless wednesday # 5


Tuesday, August 16, 2011

tekan LIKE je, TAK susah! ;)


guys, mintak jasa korang lah kalau boleh like kan pic ni kat fesbuk insan bernama shafiq salim ni. klik je kat nama dia tu. before that, korang tlg like fan page dia dulu yew! ;) 

Sunday, August 14, 2011

spontaneous suke hati aku. ;p

"puasa itu ibadat, bukan adat" & "puasa itu penuh dgn rahsia"


p/s: wa petik dari taskirah wa dgr lepas tarawih tadi. ;) renung2kan.. 

Saturday, August 13, 2011

iman tak dapat diwarisi





fuhh.. title mengundang. ;p ( habis ko syue) 


" pelik lah aku.. ayah dia imam masjid, tapi aku selalu nengok anak perempuan dia keluar dengan jantan kat luar dengan baju tak cukup kain, rambut toksah cakap, macam kena air karat. ape tok imam tu tak pernah tegur atau nasihat ke anak perempuan dia tu?"

pernah korang berhadapan dgn situasi macam ni? korang tengok anak dia baik je, tapi mak bapak dia subhanallah.. then.. kadang2 disebaliknya pula. for sure korang pernah tengok then korang akan terdetik dalam hati macam dialog kat atas tu kan? ;) ya, aku secara jujur, memang akan terfikir macam tu. Tapi, siapa kita nak judge mereka bukan2 kan? semua tu kuasa tuhan. Biarlah Tuhan yang tentukan. 

aku ada tanya abah aku perihal ni. Then abah jawab simple je:

" mungkin itu sebahagian daripada dugaan yang ALLAH bagi pada orang2 yang beriman."

aku terpinga2. maklumlah, aku ni kalau ayat2 simple camni perlukan penjelasan. ;p abah cakap  orang yang beriman pada tuhan ni, ALLAH akan bagi dugaan dengan pelbagai jenis dugaan. ada tu, semua ahli keluarga dia taat pada tuhan, tapi allah duga pula pada perkara lain, mungkin pekerjaan, sifat2 dengki manusia lain & banyak lagi lah. ada tu, campur aduk, dugaan anak, dugaan kat tempat kerja, macam2 lah! 

tambah abah lagi, tak semestinya yang pada mula jahil, akan selama2nya jahil. dan tak semestinya yang baik, akan selama2nya baik. mungkin anak kepada imam tu lambat laun akan berubah, bila si ayah atau ibu nya tak henti2 berdoa untuk kebaikan anak diorang. ALLAH tu saja bagi dugaan macam tu kat diorang, sebab ALLAH tu nak tengok sejauh mana keimanan diorang pada TUHAN. Sama juga kalau si anak yang al-hafiz, tapi mak bapak tak pernah beribadat pada TUHAN. ALLAH ni maha kuasa, DIA turunkan seorang anak yang soleh & solehah untuk kembalikan ibu & bapa dia ke jalan yang benar. jadi, tak ada lah istilah2 tak reti ajar anak ke, apa ke.

hurmm. bila dengar apa abah cakap, baru aku faham. Ya, TUHAN tu maha adil & saksama. 
DIA jadikan kita seorang yang cacat, tapi DIA kurniakan kelebihan ilmu dari manusia normal. DIA duga kita dengan kehidupan yang miskin, tapi DIA kurniakan kita budi pekerti yang tinggi. sebab tu kadang2 kita perasan kan, bila orang kaya, pandai, tapi mereka kurang ilmu agama. see? TUHAN tu memang maha adil. DIA tak memilih kasih. setiap umat DIA  ada bahagian2 yang DIA bagi. Jadi, kita yang manusia ni, kena lah selalu bersyukur dan dekatkan diri pada ALLAH, supaya ia boleh dijadikan benteng untuk kita hadapi dugaan2 ALLAH.
(fuhh.. malam ni wa jadi ustazah jap la! kiki)

Last word dari abah, abah cakap, hamba ALLAH yang paling banyak dugaan itu lah, yang ALLAH sayang sangat. 

;) aku ni pun tak sempurna mana nak bangkitkan isu ni lebih2. ;p mungkin ni salah satu cara juga untuk aku mengingatkan diri sendiri. maklumlah, bulan2 ramadhan ni. kiki..

sekian..

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]


Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Friday, August 12, 2011

fitri & wanChai

kegirangan tahap lampau melanda insan ini bila Tuan presiden membenarkan tuan hambo pergi berbuka puasa bersama dua orang abang long. Yakni: abg Long Kelate, & abg Long Greenwood. kiki. ;p tak ada lah! mereka adalah senior aku zaman menuntut ilmu kewartawanan dulu. ;)
lokasi berbuka puasa di OU (one utama). hasil garapan idea oleh mamat bawah ni hah..

mr Wan chaii.

aku tak tahu apa motip mamat ni pilih OU sebagai lokasi berbuka puasa. dah la semua kedai banyak tutup. paStu, besar kedabaq yang menyusahkan aku nak mencari tempat makan. (sebab tak bape nak familiar). mentau2 dekat dengan ofis beliau. maka mungkin itu motip beliau. 

fitrie

kami berbuka lewat sebab tunggu si mamat bernama wan chai tu habis meeting. dop tahu lah meeting apa yang 8tv duk buat, sampai 7.30 pun tak habis2 lagi. mungkin banyak sgt agenda lah tu. ;p mujur wa tak kerja cni. kiki (eleh, kerja pun malas!)


akhirnya.. pukul 8 baru kitorang dapat makan!! see, see! nampak kegirangan dua orang kanak2 ribena tak sedau diri ni. ;p but, at the same time, wa terharu kerana berjaya mempertemukan dua orang sahabat baik ni. kiki. ( bajet macam bertahun tak jumpa) act, diorang ni best friends zaman kolej dulu. ke mana je pergi mesti bersama. ketinggian pun lebih kurang sama! haha. but, since masing2 dah bekerja. maka, memang susah nak lepak2 macam ni. 


tak banyak yang dapat aku bebel semasa dengan diorang ni. sebab? sebabnya, diorang punya cerita aku tak faham. terpinga2 aku duk mendengor nye. cerita perihal kerja, gaji, bola. bab kerja & gaji, boleh juga lah sampuk2 sikit. tapi, bila hal bola. wa surrender! ;p 


memandangkan masa begitu jeles dgn wa, ditambah pula dengan panggilan dari tuan presiden yg asyik duk tanya kat mana dah, bila nak balik. maka tak dapat lah diorang nak spend time together lame2. jadi, tepat pukul 9 suku kitorang balik. 


Tapi, terpancar kegumbiraan wan chaii bila dapat bertemu si fitri ni. maklumlah, BFF dulu ni. bila berjumpa, ada je diorang flash back zaman2 kolej dulu. pastu, gelak. aku pun tak faham, gelak je lah. ;p dah lama aku duk pasang niat nak bagi diorang lepak balik ni. (since fitri dapat offer kerja kat KL). tapi, aku buat rilek dulu. saja nak nengok diorang ni.. tapi, tahu lah lelaki ni. kalau dah kerja, apa pun tak ingat dah. maka, aku mengambil inisiatif sendiri plan benda ni. (so, ko nak cakap ko lah tuan kepala yang pertemukan diorang ni? erkk) kiki. 

Baik lah.. kepada Fitri, aku doakan ko berjaya lah menjadi wartawan sukan yang terunggul sekali kat berita harian tu yew! kalau dah TOP, jgn lupe junior mu yg comel ni. ( sile muntah)


and.. to my special one, jua merangkap best friends wa, peneman duka laro wa, & pendengar setia maki wa, i just wish u all the best on what ever u do! Esp in ur career . apa2 pun yang ko buat, think twicely ye wan chaii. ♥  aku sayang ko teruk! ;)


p/s: aku nak tido! bai!

Thursday, August 11, 2011

awak bangga ke awak memilki MULUT LASER?



" kau fikir kau cantik sangat??"
" muka macam almari tak siap, ada hati nak takel aku!"
" badan kau ni sekeping macam papan lah, ntah ape lah laki pandang kau?"
" badan dah lah gemuk macam gajah"
" busuk lah badan kau ni!"
" dah tahu sakit nak tunggu mampos, duk je lah rumah"

hah, apa lagi eh ayat2 yang berunsur laser ni? 

manusia jenis macam ni, kita boleh kategorikan juga di dalam kategori out of spoken. 

aku tak nafikan, manusia spesies mulut laser ni life diorang mungkin tak hipokrit lah kan. sebab diorang jujur dengan setiap apa yang diorang lihat. pendek kata, manusia jenis macam ni, tak main lah cakap2 belakang. betul tak..? ;) maka, manusia spesies ini boleh kita katakan self confident mereka sangat tinggi. yelah, sgt lantang, tegas & selamba melontarkan sesuatu perkara dengan ayat yang tak berlapik. ;p


Lagi satu, manusia2 spesies ni juga boleh membantu manusia2 lain in terms of nak bagi perubahan pada seseorang individu yang dilaserkan itu. ;p (faham tak? kiki) sebagai contoh: 

bila nak tegur kawan kita yang badan berbau, manusia jenis macam ni bukan kira tempat ke apa, pakai sembur je, "busuk wei badan ko! pergi pakai deodoran lah!"

bagi mereka, kalau cakap direct ni senang, tak payah nak menyusahkan diorang nak fikir ayat2 bunga bagi orang tu faham. well.. i guess so.. tapi, sejauh mana manusia spesies ni beri kebaikan pada diri korang? 

In my personal view, aku rasa ada kebaikan dan keburukan nya. kebaikan dia macam aku cakap tadi lah, mungkin kita akan tahu kekurangan diri kita, then kita perbaiki. tapi, apa yang aku perhatikan, manusia bermulut laser ni banyak mengundang perkara yang negatif berbanding positif. kenapa aku cakap camtu? sometimes.. kita kena fikir tak semua orang berfikiran sama macam kita fikir. mungkin niat kita nak menegur, tapi lain pula persepsi dari orang yang ditegur tu. 

Lagi satu, tak salah nak mulut2 laser ni. tapi, berpada2 lah mengikut kesesuaian suasana & tempat. maksud aku, kalau nak laser sangat pun, biar lah hang dgn tukang nak dengar hang punya  laser tu je dengar. kalau depan public, itu dah kira mengaibkan diri orang lain sebenarnya. manatau orang lain yang dengar pun terasa sekali? dan tanpa kita sedari, kita sendiri dah mengaibkan diri kita sendiri. Nak2 kalau yang perempuan. ish! malu taukk kalau si lelaki dengar. cancel nak buat bini. ;p kalau yang mulut laser cakap muka orang tu macam ni la, macam tu lah,ini bukan panggil laser dah ni, ni dah panggil kes menghina kalau cenggitu. 

Bagi aku, simple je. ada dua sebab kenapa dia laser sangat. First, memang sebab nak tegur kita untuk kebaikan. second, sebab JELES. tu je. ;) selain daripada tu aku tak tahu lah kan. 
Btw, aku respect la juga kat kategori2 mulut laser ni, cuma jangan lah duk laser orang je pandai, tapi bila kita tegur dia, tak boleh nak dengar langsung. hah, yang ni aku tak respect. tegur orang kemain lagi, tapi nak terima nasihat orang boleh buat gadoh. ;p ini serupa cakap dengan tin kosong. cakap nak lebih kat orang, tapi bila tibe masa dia nak kena tegur, alergik. 

so, as a conclusion, berpada2 lah bila nak bercakap. jangan ikut sedap mulut je. Laser lah dengan bijak. ;p mungkin ada yang akan cakap, "ah, peduli apa aku! ni diri aku sendiri!". "tak reti lah nak cakap2 belakang ni" ( eleh.. padahal bercakap juga. kiki) nak2 dalam bulan ramadhan ni, jagalah setiap pertuturan kata kita. ;)  btw, aku buat entry ni pun sebagai ingatan untuk diri aku sendiri. ;) 



Mu’adz Ibnu Jabir bertanya kepada Rasulullah SAW :
“Ya Rasul, jelaskanlan kepadaku tentang amal perbuatan  yang mewajibkan aku masuk surga dan menjauhkannya dari api neraka ?”
Rasulullah SAW bersabda:

’Jagalah ini (mulut/lidah) sambil beliau pegang. Dia bertanya lagi: ‘Ya Rasul, adakah tuntutan bagi perkataanku semuanya ? Rasulullah menjawab : “ Celaka kau, ketahuilah kebanyakan manusia terjerumus ke jurang neraka, akibat ucapan yang keluar dari lidahnya.” (Musnad Imam Ahmad No.21511 / Tirmidzi No. 2616 / Ibnu Majah No. 3973).


Rasulullah bersabda :
“Seseorang terkadang mengeluarkan perkataan yang tiada diperhatikan, tahu-tahu dirinya terperosok ke jurang neraka sedalam jarak timur dan barat”(HR Bukhori No. 6477 / Muslim No. 2988 / musnad Imam Ahmad No. 8703)
Atau dalam hadits lain :
“Seseorang yang berkata dengan suatu perkataan yang membuat orang-orang tertawa, maka dia akan pergi dengan perkataannya itu ke tempat yang jauh (dari dunia masuk ke neraka)” (musnad Imam Ahmad No. 8967).


Sekian,..

p/s: TQ to mr google for the picca ;)

spontaneous thursday # 4 : Renung2 kan. ;)

bila seseorang tu berubah ke arah kebaikan, maka teruskan memberi semangat kepadanya, bukan :

"eleh, kejap je tu,.tengok lah!", 
"ko ingat dia tu nak berubah sangat ke? sebab nak ber'Fashion je lebih tu!"
"poyo gile!"

bla..bla.. bla.. & bla..

kata2 dari selebriti wardina safiyyah. ;)

Wednesday, August 10, 2011

wartawan cap palsu. ;)



Terkezut juga mak bila baca front page surat khabar sinar harian hari ni. sebagai seorang student wartawan, ini kes mesti kena baca.! ;) 

wartawan palsu yang dikenali sebagai Amar@jihan ni semalam telah kantoi akhirnya dengan Polis, semasa dia sedang kendalikan sesi fotografi bersama nubhan, azharina, man kidall, farahwahida dan seorang artis baru, Firdaus. ;p lokasi kantoi tu dekat saloma bistro. fuhh! wakenabeb!! kiki.




apa yang power nye si amar ni, dia bukan je tipu si artis2 tu, tapi si jurufoto & tukang mekap artis pun dia tipu. kesian kat diorang. kena tipu kaw2. lagi satu perkara yang buat aku solut kat si amar ni, dia bukan sekali dua buat kerja tipu2 jadi wartawan ni, tapi dah banyak kali! menyamar jadi wartawan sinar harian pula tu! ;p 

sebabnya, ada salah satu kumpulan nasyid pun pernah dinnterview oleh si amar ni, then dia bagi tahu artikel tu akan keluar beberapa minggu lepas tu, but then, sampai kesudah tak keluar2. same goes dengan artis baru nama firdaus, dia cakap si amar ni pun pernah interview dia, tapi sampai sekarang artikel pasal dia tak keluar2 kat sinar harian. atoii.. kesian lah punyeee  kat artis baru ni. baru nak belajar berjalan dalam dunia artis ni, dah kena tipu dek wartawan palsu terunggul ni. ;p


cheesywormhole, sori, cilok pic anda. ;p


dalam serbuan dekat saloma bistro semalam, nubhan turut membantu sekali pihak polis. selain daripada mengaku dia ni wartawan sinar harian, si amar ni juga mengaku yang dia wakil dari majalah Libur, terbitan kumpulan media karangkraf. fuhh.. terbaik ko amar! ;p terfikir juga aku macam mana hebatnya si amar ni menjalankan operasi2 penipuan ni tanpa ada surat dari sinar harian sendiri? rupa2nya, dia ni cilik juga orangnya, dia gunakan kepala surat sinar harian yang palsu bagi mengaburi mata2 mangsa dia. kiki. TERBAIK!!

macam mana boleh kantoi? haishh.. sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga nok.. bermula bila salah seorang pengurus artis yang dijemput oleh si amar ni buat panggilan ke sinar harian untuk double confirm. aduiii. kantoi sudah. ;p semasa dia diminta menunjukkan pas wartawan jabatan penerangan, dia tunjuk dengan selamba bajet macam tak ada apa2 berlaku, tapi sebenarnya kad tu palsu & dah tarikh luput. adess..

walawehh.. aku rasa amar ni bijak orang nya, tapi sayang dia gunakan dengan cara yang salah. kalau betul nak jadi wartawan, hantarlah resume, kiki. insyallah.. dengan kepintaran beliau yang kaki kelentong tu, mungkin boleh dapat. hihi. aku tak tahu lah apa yang dia dapat dengan buat semua ni? nak kata dapat duit, aku rasa duit dia banyak habis. yela, dengan nak bayar jurufoto lagi, jurumekap lagi, book tempat lagi. kan? atau.. dia ni memang suka kejar artis kut. sama2 lah kita fikir motip beliau. ;p

untuk maklumat lanjut, sila klik ni sinar Harian

sekian, bai..

p/s: tiba2 teringat senior wa yang kerja kat sinar harian as sport journalist. selalu juga dia dapat byline, kalau korang nampak nama iQlil dahnia Muhammad tu, tu senior wa tu! kiki., agok2 dia tahu tak kes ni? ;p



zaman kegemilangan menjadi student wartawan. ;) amar, ko hado? kiki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...