Saturday, August 13, 2011

iman tak dapat diwarisi





fuhh.. title mengundang. ;p ( habis ko syue) 


" pelik lah aku.. ayah dia imam masjid, tapi aku selalu nengok anak perempuan dia keluar dengan jantan kat luar dengan baju tak cukup kain, rambut toksah cakap, macam kena air karat. ape tok imam tu tak pernah tegur atau nasihat ke anak perempuan dia tu?"

pernah korang berhadapan dgn situasi macam ni? korang tengok anak dia baik je, tapi mak bapak dia subhanallah.. then.. kadang2 disebaliknya pula. for sure korang pernah tengok then korang akan terdetik dalam hati macam dialog kat atas tu kan? ;) ya, aku secara jujur, memang akan terfikir macam tu. Tapi, siapa kita nak judge mereka bukan2 kan? semua tu kuasa tuhan. Biarlah Tuhan yang tentukan. 

aku ada tanya abah aku perihal ni. Then abah jawab simple je:

" mungkin itu sebahagian daripada dugaan yang ALLAH bagi pada orang2 yang beriman."

aku terpinga2. maklumlah, aku ni kalau ayat2 simple camni perlukan penjelasan. ;p abah cakap  orang yang beriman pada tuhan ni, ALLAH akan bagi dugaan dengan pelbagai jenis dugaan. ada tu, semua ahli keluarga dia taat pada tuhan, tapi allah duga pula pada perkara lain, mungkin pekerjaan, sifat2 dengki manusia lain & banyak lagi lah. ada tu, campur aduk, dugaan anak, dugaan kat tempat kerja, macam2 lah! 

tambah abah lagi, tak semestinya yang pada mula jahil, akan selama2nya jahil. dan tak semestinya yang baik, akan selama2nya baik. mungkin anak kepada imam tu lambat laun akan berubah, bila si ayah atau ibu nya tak henti2 berdoa untuk kebaikan anak diorang. ALLAH tu saja bagi dugaan macam tu kat diorang, sebab ALLAH tu nak tengok sejauh mana keimanan diorang pada TUHAN. Sama juga kalau si anak yang al-hafiz, tapi mak bapak tak pernah beribadat pada TUHAN. ALLAH ni maha kuasa, DIA turunkan seorang anak yang soleh & solehah untuk kembalikan ibu & bapa dia ke jalan yang benar. jadi, tak ada lah istilah2 tak reti ajar anak ke, apa ke.

hurmm. bila dengar apa abah cakap, baru aku faham. Ya, TUHAN tu maha adil & saksama. 
DIA jadikan kita seorang yang cacat, tapi DIA kurniakan kelebihan ilmu dari manusia normal. DIA duga kita dengan kehidupan yang miskin, tapi DIA kurniakan kita budi pekerti yang tinggi. sebab tu kadang2 kita perasan kan, bila orang kaya, pandai, tapi mereka kurang ilmu agama. see? TUHAN tu memang maha adil. DIA tak memilih kasih. setiap umat DIA  ada bahagian2 yang DIA bagi. Jadi, kita yang manusia ni, kena lah selalu bersyukur dan dekatkan diri pada ALLAH, supaya ia boleh dijadikan benteng untuk kita hadapi dugaan2 ALLAH.
(fuhh.. malam ni wa jadi ustazah jap la! kiki)

Last word dari abah, abah cakap, hamba ALLAH yang paling banyak dugaan itu lah, yang ALLAH sayang sangat. 

;) aku ni pun tak sempurna mana nak bangkitkan isu ni lebih2. ;p mungkin ni salah satu cara juga untuk aku mengingatkan diri sendiri. maklumlah, bulan2 ramadhan ni. kiki..

sekian..

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]


Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

7 comments:

IkhAnif said...

nice entri..^_^..rasa tenang jer bile bace time-time ade masalah nie..>_<

fahmie firas said...

Best entry nie
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

sifu im said...

itu yg di katakan
iman x leh di warisi

si para para said...

bak lagu raihan..
iman tak dapat di warisi.
dari seorang ayah yang bertakwa.
ia tak dapat di jual beli.
ia tiada di tepian pantai...


semunya ada hikmah yang tersendiri.
kita cube mengatur, tapi dialah yang sebaik baik pengatur...

nuruhuda_329 said...

manusia itu tidak pernah sempurna:)
nice belog dear:)

MaMa AiNi said...

syue yg imam ayahnya,bukan anknya...hu2x..betul syue, itu dugaan dr allah buat sibapa !!..mungkin ada hikmah disebaliknya..

cik jue tomey said...

gud entry shue...
sbgai hamba yg lemah..kdg2,bila didatangi ujian..kita mengeluh..kita menangis,bersedih..dan kadangkala tanpa sedar kita menyalahkan takdir..dlm waktu yg sama,kita lupa tentang nikmat yang selama ini Dia berikan pd kita..kita lupa bhwa ramai lagi saudara seislam lain yang lebih menderita..tp mereka tabah untuk teruskan kehidupan..bersyukurlah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...