First of all, happy ramadhan untuk semua muslim & muslimah. ;) semoga kalian dapat menghargai bulan puase kali ini dengan sebaik2nya. ;)
secara rasminya, aku berjaya menghadiri reunion sekolah rendah aku, ini merupakan reunion kedua, tapi cuma reunion kali ni aku berkesempatan nak pergi. ;) lokasi di hotel Quality. Sekolah kebangsaan kampung batu, jalan ipoh. ya, itu lah nama terindah sekolah ku. ;p aku mula sekolah kat sini masa aku standard 2. menjadi seorang anak tentera, mengundang aku & adik beradik aku untuk berhijrah ke sana, ke mari. al-maklumlah, tuan presiden tu asyik kena posting je.
to be honest, aku tak berapa nak suka sekolah sini dulu. nak tahu sebab apa? sebab nama dia. ;p ( demand teruk kan aku? ;p) plus, aku nengok bangunan macam bangunan lama.(sile kutuk). aku prefer nak masuk sk sri delima. tapi, tuan presiden bangkang, dengan alasan sekolah tu jauh dari rumah aku masa tu. ish, memang mengundang betul lah kan tuan presiden ni. ;p nak tak nak, aku terpaksa juga jejak kaki ke sekolah rendah aku ni. disumbatkan di kelas 2 seroja, yakni kelas paling lasttt... sekali. ;)
aku tak ramai kawan pun. aku kawan dgn org yg nak kawan dgn aku je. (perghh, sombong teruk ko ni syu!) hah.. antara best friends aku masa tu, liya, fiza, ikah, irah, zatie, meera. see? sikit kan? ;p tapi, tak bermakna yg lain aku tak kenal. cuma dgn yg lain tu, aku tak close cam dgn 5 org ni la. ;)
But, finally.. yang maintain dgn aku sampai sekarang adalah: Liya. ;)
dgn liya ni, dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah sehinggalah sekarang, hubungan kitorang tak terputus camtu je. cuma, bila aku kat kuantan dulu, memang bertahun lah tak jumpa. but, bila dah jumpa, still rock cam dulu! ;) apa yg aku perasan kat liya ni dari dulu sampai sekarang, badan dia. maintain je kurus. ;) dari sekolah rendah, dia ni suka masuk menari, boria, menyanyi. so, sekarang dia menuntut ilmu teater kat aswara. seswai la tu..
yang lain, ira,ikah & fiza semua dah berhijrah lepas habis darjah 6. tapi, untill now kitorang masih contact. cuma dgn fiza je lah dah lost contact. dgr cerita, dia jadi tentera. seswai la tu dgn 'ganas' dia. ;p ohya, izatie? secara halus & kasarnya, aku dan izatie ada krisis masa kitorang darjah 5 tak silap aku. alaa.. biasalah, budak kecik lagi masa tu, bergado pun hal2 kecik2 je. tapi, bawa sampai ke sekolah menengah. ;p tapi, bila dah meningkat tua ni, bila fikir2 balik, nonsense la semua tu. so, baik kita lupa kan je. semalam, aku dgn izatie dah bertemu semula & kitorang borak macam biasa. alhamdulillah.. mungkin ni lah hikmahnya reunion ni dibuat. ;)
liya, izatie & me |
sekarang dia belajar dekat UPM, ambik statistik matematik tak silap aku. ;p seorang yang dah makin cantik & ayu. buah hati dia si amer. memecah rekod dunia bila amer dapat bersama dgn seorang gadis dgn jangka masa yg panjang. ;p no wonder lah.. izatie. ;)
amer, buah hati nan satu izatie. ;) |
with fendy |
kembali zaman sekolah dulu, kesilapan aku judge sekolah ni macam2. hakikatnya, sekolah ni lah yg terunggul buat aku. ;) banyak berjasa, esp cikgu2. yang paling aku ingat, cikgu rohayati dgn cikgu rozita. dua2 cikgu ni memang superb la kalau ajar. cikgu rohayati lah yang buat insan ini minat dlm subjek BM. ;) & beliau lah yang buat insan ini sangat suka karang esei bila masuk sekolah menengah. ;p buktinya, insan ini dapat matapelajaran terbaik dalam BM masa tingkatan 1. (sile poyo) then, markah BM aku pula selalu juga lah A. tQ cikgu!
cikgu rozita pula super duper hebat dalam matematik. dia jugalah yang buatkan insan yg bengap math ni menjadi super duper teror dalam math masa sekolah rendah dulu. ;p
beliau suka student beliau banyak bertanya, maka beliau selalu make a deal, kalau siapa2 tak datang jumpa beliau utk tanya & dapatkan signature beliau sebagai bukti, beliau akan rotan! maka, beratur panjang lah pelajar2 terunggul beliau ni nak tanya soklan, paling penting nak signature. ;p( elak kena rotan) tapi, malangnya, bila insan ini masuk sekolah menengah, insan ini terus alergik dgn math. ;p rasa macam nak minta cikgu rozita ajar je. (alasan semata ko ni syu)
dari kiri, nas nenas, arabi, liya, amer, aku, fendy & fakhrul |
alhamdulillah.. kesemua kawan2 yg aku jumpa, menjadi 'orang'. (mendalam tu syu. ;p) ada yg further study, ada yg dah kerja. aku rasa reunion ni mesti dibuat selalu supaya kita tak lost contact. kalau boleh, biarlah sampai ke tua reunion ni dijalankan. ;)
kepada kawan2 ku, semoga hubungan ini akan terus kekal sampai bila2 ok. sangat syok lepak dgn korang sambil flashback balik kenangan masa sekolah dulu, ketawa terbahak2 macam nak tercabut tekak. ;p u guys rockz!!
sekian, carloo..
yang terbaik, dapat cenderahati weii. ;p
p/s: just watching 'awek ku pontianak' through astro first. kelakar juge. ;p
10 comments:
salam ramadhan buat syue...best kat dpt ke reunion begini...mama selalu ikut hb gi reunion sekolah dia...sekolah mama sendiri tak pernah pergi..hu2x..
mama: mama buat lah, mama jadi organiser! huhu..
Nice..tak sangka plak dapat jumpa...lama giler kott xjumpa...hoho...best gak dapat buat aktiviti ni sekali sekala ;)
best2
hehehee.. tp sedih xramai yg datang
harap2 pasni 50 org yg datang
wakakkaa
erk... satu lagi.. cenderahati tu ade 3 kesalahan.. jjejejee
fakhrul: tawu xpe. kene buat slalu ni.
nas: haha.. kan.. grammar error! ;p
bestnyeee..so sad cannot go hope next year dpt jumpe ye :)
ira: dont worry syg.. nnti amer organise lg, kamu dtg ya. ;)
salam syu...ak rase ak lah org paling sedih tak dpt nak pergi renewion nie...pergh...sentap baca ko punye entry...sedih ad..gembira pun ad..huhuhu=(...setuju dgn ko renewion nie perlu dibuat lg..tp bilangan perlu diramaikan lagi...insyaAllah..
X-skkb ker dulu? Ooo...best kan sek dkt c2...paling teringat,mser datuk azhar mansor dtg sek...rindu dgn cikgu2...rindu nak join hari kantin...rindu kwn2 n kls...sob2
X-skkb ker dulu? Ooo...best kan sek dkt c2...paling teringat,mser datuk azhar mansor dtg sek...rindu dgn cikgu2...rindu nak join hari kantin...rindu kwn2 n kls...sob2
Post a Comment