Tuesday, August 2, 2011

Penangan Facebook.

PERHATIAN: entry kalini tidak ditujukan utk siapa2. hanya untuk pedoman bersama. ;) LOL ♥






MasyaAllah.. gara2 kutuk kawan perempuan dia kat laman sosial facebook, mangsa yang dikenali sebagai Mohd amran romli, 20, meninggal dunia setelah dua hari berada di icu akibat dipukul oleh dua orang abang perempuan tersebut. Dia mengalami pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar. 

mangsa dgn kawan perempuan dia tu sebelum ni baik, tapi lepas hubungan diorang ada masalah, si mangsa ni pergi kutuk perihal keluarga perempuan ni dalam facebook. Bila perempuan tu mengadu kat abang dia, memang mengundang lah kan. ;) haishh.. tak tahu lah apa nak jadi dengan zaman sekarang ni. Mati sia2 je si mangsa tu. usia pun muda lagi. 

Inilah padahnya bila kita gunakan laman sosial sebagai pelepas amarah. ( cehh.. org yg taip ni pun sama je la.) tak salah kalau nak lepas2 marah pun, tapi kalau boleh jangan lah sampai nak mengaibkan orang. memang cari penyakit namanya tu. kita tak tahu anggapan orang yang baca tu macam mana. mungkin niat kita bukan untuk sakiti hati siapa2, tapi setiap orang tak sama macam apa yang kita rasa & fikir. so, fikir dulu dalam2 sebelum nak luah kat laman sosial ni. 

Plus, kalau korang rasa dengan meluahkan kat laman sosial ni boleh legakan jiwe lara korang tu, apa kata korang hide dari mana2 individu yang korang kutuk tu. (kalau dorg ada FB la) kalau tak tahu, meh sini aku ajar.

1. bila korang dah luah segala bagai isi hati korang, then korang pergi dekat button sebelah SHARE tu, yg ada gambar kunci tu. korang click situ.


2. pastu. dia akan keluar macam kat gambar bawah ni, then korang pilih lah nak semua kawan korg kat fb tau ke, atau certain2 je. nasihat aku, kalau status korang berbaur makian atau cacian, better korang click 'only me' je. ;)


3. macam aku cakap tadi, kalau nak hide dari orang yg korang kutuk tu, korang pergi kat bawah dia yang tulis 'hide this from' tu. pastu taip je lah nama individu korang kutuk tu. ;p lebih bagus lagi, kalau korang hide dari kuncu2 dia juga. haha. BAHAYA tauk! ;p



see? kalau nak marah2 pun kena ada otak jugak. ;) tapi, secara jujurnya, insan ini pun pernah buat perkara TERHANDAL tu. ;p marah sana, marah sini, pastu bergadoh. hehe. but, tu dulu la. sekarang insan ini lebih berhati2. ;p

lagi satu, kalau korang rasa facebook ni dah tak selamat lagi, korang create je akaun twitter, pastu maki la sebanyak mana korang nak. ;p tapi, make sure korang buat private lah akaun twitter korang tu. senang cerita, korang tak payah follow siapa2, & tak payah aprrove siapa2. korang jadikan je twitter tu diari korang. ;p macam aku sendiri, twitter tu aku khaskan utk kawan2 yang aku betul2 kenal je. yang aku tak kenal, memang aku tak approve. ;)

tapi, bagi aku lah, mana2 laman sosial pun tak selamat. semua depends pada korang. kalau korang pandai jaga laman sosial korang tu daripada unsur2 negatif macam ni, insyallah, memang tak ada siapa kacau korang. ;p so, sebagai kesimpulan, use it on the right way. laman sosial ni sebenarnya banyak membantu kita untuk berhubung dgn kawan2 kita, pastu korang siap boleh jejak kasih lagi dgn kawan2 lama korang. ;) jadi, janganlah terlalu ikut nafsu sangat. kalau agak2 korang ni memang jenis kaki maki, kaki carut, aku nasihatkan tak payah lah korang ada laman sosial ni. haha.. 

sekian dari saya, carlooo...

kalau nak tahu berita lebih lanjut tentang berita kat atas tu sial klik ni.
 atau beli surat khabar harian metro hari ni, m/s 6. :)

p/s: i love my family..

5 comments:

Nadhira said...

emm....walaupun kita hide org berkenaan daripada baca status amarah tu, but still the status can be seen by the boy/girl friends. still boleh bwk mulut. suggestion, jgn paparkn lansung nama orang berkenaan. biar kita sndri je tahu siapa. still boleh dapat feedbck dn pndangn orang ramai tentang masalah kita.

laman sosial memang boleh jadi medium utk luahkan masalah dapatkan pndangan orang, tapi kena bijak (lagi2 orang sekarang suka bwk mulut. kita maksudkn lain, dorang tafsir lain. ish2....).

GadisAntik said...

totally agree with kak fiqa! ;)

kisah gadis stay up late said...

betul tu,lain kali nk buat apa2 kena la berfikir sedalam dalamnya dulu..

yg pnting hdup kena lebih berhati-hati & jgn terlalu ikutkan perasaan bila marah dh datang tu..

banyakkan bersabar ^.^

Fieza Sani said...

isk3 .. kerana jari jemari yg gatal menaip badan binasa .. .

fieza xsuke wt status kat fesbuk.lalala .. (;

Anonymous said...

saya xde fb..hihi.. tapi sape yg ade tu ati2 k.. jgn mudah meluah prasaan tanpa pkir pnjang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...