" kau fikir kau cantik sangat??"
" muka macam almari tak siap, ada hati nak takel aku!"
" badan kau ni sekeping macam papan lah, ntah ape lah laki pandang kau?"
" badan dah lah gemuk macam gajah"
" busuk lah badan kau ni!"
" dah tahu sakit nak tunggu mampos, duk je lah rumah"
hah, apa lagi eh ayat2 yang berunsur laser ni?
manusia jenis macam ni, kita boleh kategorikan juga di dalam kategori out of spoken.
aku tak nafikan, manusia spesies mulut laser ni life diorang mungkin tak hipokrit lah kan. sebab diorang jujur dengan setiap apa yang diorang lihat. pendek kata, manusia jenis macam ni, tak main lah cakap2 belakang. betul tak..? ;) maka, manusia spesies ini boleh kita katakan self confident mereka sangat tinggi. yelah, sgt lantang, tegas & selamba melontarkan sesuatu perkara dengan ayat yang tak berlapik. ;p
Lagi satu, manusia2 spesies ni juga boleh membantu manusia2 lain in terms of nak bagi perubahan pada seseorang individu yang dilaserkan itu. ;p (faham tak? kiki) sebagai contoh:
bila nak tegur kawan kita yang badan berbau, manusia jenis macam ni bukan kira tempat ke apa, pakai sembur je, "busuk wei badan ko! pergi pakai deodoran lah!"
bagi mereka, kalau cakap direct ni senang, tak payah nak menyusahkan diorang nak fikir ayat2 bunga bagi orang tu faham. well.. i guess so.. tapi, sejauh mana manusia spesies ni beri kebaikan pada diri korang?
In my personal view, aku rasa ada kebaikan dan keburukan nya. kebaikan dia macam aku cakap tadi lah, mungkin kita akan tahu kekurangan diri kita, then kita perbaiki. tapi, apa yang aku perhatikan, manusia bermulut laser ni banyak mengundang perkara yang negatif berbanding positif. kenapa aku cakap camtu? sometimes.. kita kena fikir tak semua orang berfikiran sama macam kita fikir. mungkin niat kita nak menegur, tapi lain pula persepsi dari orang yang ditegur tu.
Lagi satu, tak salah nak mulut2 laser ni. tapi, berpada2 lah mengikut kesesuaian suasana & tempat. maksud aku, kalau nak laser sangat pun, biar lah hang dgn tukang nak dengar hang punya laser tu je dengar. kalau depan public, itu dah kira mengaibkan diri orang lain sebenarnya. manatau orang lain yang dengar pun terasa sekali? dan tanpa kita sedari, kita sendiri dah mengaibkan diri kita sendiri. Nak2 kalau yang perempuan. ish! malu taukk kalau si lelaki dengar. cancel nak buat bini. ;p kalau yang mulut laser cakap muka orang tu macam ni la, macam tu lah,ini bukan panggil laser dah ni, ni dah panggil kes menghina kalau cenggitu.
Bagi aku, simple je. ada dua sebab kenapa dia laser sangat. First, memang sebab nak tegur kita untuk kebaikan. second, sebab JELES. tu je. ;) selain daripada tu aku tak tahu lah kan.
Btw, aku respect la juga kat kategori2 mulut laser ni, cuma jangan lah duk laser orang je pandai, tapi bila kita tegur dia, tak boleh nak dengar langsung. hah, yang ni aku tak respect. tegur orang kemain lagi, tapi nak terima nasihat orang boleh buat gadoh. ;p ini serupa cakap dengan tin kosong. cakap nak lebih kat orang, tapi bila tibe masa dia nak kena tegur, alergik.
so, as a conclusion, berpada2 lah bila nak bercakap. jangan ikut sedap mulut je. Laser lah dengan bijak. ;p mungkin ada yang akan cakap, "ah, peduli apa aku! ni diri aku sendiri!". "tak reti lah nak cakap2 belakang ni" ( eleh.. padahal bercakap juga. kiki) nak2 dalam bulan ramadhan ni, jagalah setiap pertuturan kata kita. ;) btw, aku buat entry ni pun sebagai ingatan untuk diri aku sendiri. ;)
Mu’adz Ibnu Jabir bertanya kepada Rasulullah SAW :
“Ya Rasul, jelaskanlan kepadaku tentang amal perbuatan yang mewajibkan aku masuk surga dan menjauhkannya dari api neraka ?”
Rasulullah SAW bersabda:
’Jagalah ini (mulut/lidah) sambil beliau pegang. Dia bertanya lagi: ‘Ya Rasul, adakah tuntutan bagi perkataanku semuanya ? Rasulullah menjawab : “ Celaka kau, ketahuilah kebanyakan manusia terjerumus ke jurang neraka, akibat ucapan yang keluar dari lidahnya.” (Musnad Imam Ahmad No.21511 / Tirmidzi No. 2616 / Ibnu Majah No. 3973).
Rasulullah bersabda :
“Seseorang terkadang mengeluarkan perkataan yang tiada diperhatikan, tahu-tahu dirinya terperosok ke jurang neraka sedalam jarak timur dan barat”(HR Bukhori No. 6477 / Muslim No. 2988 / musnad Imam Ahmad No. 8703)
Atau dalam hadits lain :
“Seseorang yang berkata dengan suatu perkataan yang membuat orang-orang tertawa, maka dia akan pergi dengan perkataannya itu ke tempat yang jauh (dari dunia masuk ke neraka)” (musnad Imam Ahmad No. 8967).
Sekian,..
p/s: TQ to mr google for the picca ;)
11 comments:
fara ase btol ape yg syue ckp.hehe
tp fara xske kalo dlm kalangn kawn2 fara yg out spoken sgt..sbb kite as kwn,kalo da terbiasa ckp lepas pon..kalo nak nasiht kan orng..biar la gune ayat yg baik2 kan..jgn terlalu kasr smpai bole guris perasaan.hee:D
pepatah org tua2,kerana mulut badan binasa !!..he2x..betul syue..kadang2 ada org yg begini,bila sound org tak hinggat !!..he2x..nice info !!
kite bakor je..haha
pantang gak la aku kalau ade orang kutuk2 akan kelemahan orang lain... itu la ini lah...
sebelum lazer sangat.... baik cermin diri sendiri dulu
baru leh tau diri sendiri tu perfect ataupun tidak
hurmmm....
kalau tegur biarlah berbudi bahasa.. xde nye nak marah :P
Pendapat orang memang tak sama laa kan..
WuMing memang tak hipokrit laa.. Tak puas hati orang memang sound terus...
Tapi bukan menghina atau cari kesalahan orang.
Akan sound direct bila orang buat bagi marah atau cari pasal saja...
Tak ada kaitan... lantak orang lahh..
tak suka mulut laser ni..hehe
hahha....entry yg sesuai utk si mulut laser..
sokong dgn apa yg syu katakan..
org macam nih terlalu jujur tapi xsemua org leh terima pa sja yg doeg cakap...
ada kwan yg mlut lasernya tahap maut..tapi dya still ada kind heart..^__________^
setuju!
Hi Kawan-kawan! Sayalah mulut laser. Tak percaya, tanya syue-syue! Kehkehkeh. Kan kan kan~ :P
kak yan: kikiki.. sgt laser!! haha.. sekutu dgn dura, nogee. haha.. ;p
big YESSSS! Pape pun, jadilah dri sendri. sbb ade ssetengah owg, kita knal ea mmg 'semulajadi TAK laser'. tp, ntah cmnew lahh boley jadi laser. kalu laser menda bek n best2 xpe.. ni... PERGHHH! huhuhuhu.. Renung2kanlah kesannya pada owg2 dsekeliling...=)
Post a Comment