Thursday, July 14, 2011

dari bangku sekola part 2 - beautician terhandal ( sile muntah)

secara kasarnya, aku ni bukanlah minat sangat nak  cantik2, nak touch-up2 sane, touch-up2 sini, buat stail rambut gitu, buat stail rambut gini. boleh dikatakan, dalam kes nak cantik2, nak fesyen2 ni, memang aku out of list. tapi, memandangkan aku terpaksa berhijrah ke dusun kajang perdana yang jauh dari dunia KL gangster ni, aku terpaksa membuat satu keputusan yang penuh dgn propaganda. iaitu, membuat permohonan ke sekolah teknik di kawasan KL sahaja. baca betul2, kawasan KL sahaja ye. ;) 

lokasi permohonan dilakukan di cybercafe kompleks mutiara jln ipoh bersama dgn kawan2 seangakatan ku ketika itu, iaitu: fyra, yana, min, azie, amira & yg lain aku tak ingat. ;p tanpa membuang masa, aku terus memilih sekolah menengah teknik ERT setapak sebagai pilihan utamaku. setelah digodek2, digodam2 jurusan apa yang ditawarkan disitu, tiba2 aku TERusha satu jurusan ni. iaitu: seni kecantikan. ;) tanpa membuang masa dan tenaga, aku terus click sebagai pilihan utamaku. & guess what? aku dapat!!! (lompat katak kegirangan)

Beberapa kertas kerja telah pun dibentangkan kpd tuan presiden bagi tujuan memastikan beliau meluluskan permohonan aku untuk berhijrah ke sekolah teknik itu. antara soalan utama diajukan oleh tuan presiden kpd aku adalah:

'kenapa nak ambil kursus kecantikan?'
maka dgn bangganya aku menjawab:
'sebab.. adik minat course ni, nanti boleh jadi macam pengasas sendayu tinggi tu.'
tuan presiden tersenyum mendengar jawapanku, lalu beliau berkata:
'wah. satu cita2 yg tinggi. tak sangka. okai, tak apa, abah benarkan, tapi, kena duduk hostel' . yahuuuuuu!!! nampaknya misi propaganda ku berjaya. 

tersebutlah kisah, aku hanya bertahan sebulan je. bukan sebulan kat sekolah ni. tapi, sebulan menetap di asrama. ;) ternyata, tuan presiden & master chef ku tidak mampu berjauhan dgn ku. ( alasan semata, padahal mmg nak blah pun) lalu, aku check out dari dunia hostel2 ni. dan secara officially, aku menjadi penduduk luar. ;) mula2, insan ini sanggup membuang masa & tenaga beliau utk ulang alik dari KL ke Kajang menaiki pengangkutan awam yg sgt mesra pengguna, iaitu: KTM. namun, kesanggupan beliau hanya bertahan beberapa bulan. akhirnya, beliau menetap di sentul bersama2 dgn tuan presiden & master chef. 


maka, bermulalah kisah aku mempelajari ilmu beautician2 ni. ada dua part yg aku belajar, iaitu: persolekan & dandanan rambut. kejakunan membolosi diri insan ini apabila melihat sekolah ini ada salun rambut & bengkel persolekan. selalu masuk salun utk buat rambut & fasial muka je. tapi kalini, wa masuk utk jadi tukang dandan & solek. fuhh.. jakun serta excited beruk bila masuk sini. ;)


disni, aku nak tunjuk & share dgn korang pengalaman aku sepanjang menuntut ilmu beautician ni. ;)


cuci muke sampai bersih & suci. 


wa belajar cara nak buat fasial muke, utk basic, wa belaja cuci muka dulu. Lihat gambar rajah di atas. terserlah ketekunan wa sedang mencuci muka kawan wa. ;) kelembutan tangan dan jari adalah amat diperlukan ketika melakukan proses ni, sehingga terlena dibuai mimpi kawan wa tu. ;p



selain dari tu, wa juga belaja buat fasial muka 'rawatan desinkrutasi''. wa pun tak tahu lah apa yang 'desinkrutasi' nye. yang wa tahu, wa syok buat menatang ni. ;)




next, aku buat rawatan 'iontoforesis'. actually, aku sendiri pun tak tahu kenapa namanya sebegini rupa. ;p kongsi sedikit lah dgn korang semua ye, mula2 nak buat rawatan ni, kita kena cuci dulu muka  tu. pastu, baru kita akan tempek sejenis cecair yg aku pun dah lupa nama saintifiknya. ;)  then, barulah kita mula menggelek2 muka  tu dgn penggelek yg disediakan itu. ;p




hah. jgn tak tahu, aku tahu taw nak buat pedicure. ;) dulu lepas habis sekolah, selalu juga aku buat kat family aku, tapi sekarang dah tak dah. ;p kalau nak buat pun, aku kena refer balik buku aku. huhu.. tapi, senang je sebenarnya. ohya, pesanan  utk buat menatang ni, memerlukan kesabaran tahap dewa. sebab rumit juga bila time nak ketip kuku, nak buffer kuku, nak buang kutikel kuku. semua tu memerlukan tahap kesabaran yg tiptop.




hah.. untuk rambut, aku belajar semua bendalah yang korang jumpa kat salun rambut. antaranya, buat curl. disebabkan guna kepala patung, aku buat pun cincai2 je. haha. tapi, serious mendera jiwa dan raga buat menatang ni. part yg buat aku bengang, bila curl yang aku hasilkn macam2 versi. FAIL sungguh!




ini pun sgt mendera jiwa raga. buat kerinting. gulungan nak kena kemas. kalau tak hasil dia hancurrrrr.  lagi satu, depends pada ketebalan & kelebatan rambut tu sendiri. kalau tebal rambut tu, maka jumlah rambut yang kita kena ambil sikit je. Tujuan dia, supaya kerinting tu ada volume dia. ;) baru cantik menarik. tak payah cakap lah, kaki aku kebas & rasa macam nak tercabut. berdiri berjam2!




sanggul tradisional: ini paling aku suka. walaupun susah nak mampuih buat menatang ni. tapi, aku enjoy gile.  even memerlukan ketahanan mental & fizikal yang sangatlah teruk.


tarra.. hasilnya!! ;)






kalau dah buat sanggul tradisional, kena lah buat sanggul moden. ;) tapi aku rasa zaman sekarang dah tak buat kut sanggul2 ni. pakai sanggul palsu sudah. ;)


part paling aku suka lah dalam menuntut ilmu beautician ni. aku suka buat hightlight rambut dgn rebonding! even teramatlah mendera otak dan fizikal, tapi aku rasa sangat best, sebab bila kita tgk hasilnya, kita rasa macam puas sangat!








dua tahun menuntut ilmu beautician ni, memang tersangat lah memberi seribu manfaat utk aku.nampaknya, tak sia2 aku buat propa kat tuan presiden .;) tapi, sayangnya, aku tak sambung balik ilmu ni lepas habis sekolah. ;) kawan2 aku yg lain, majority ada yang dah kerja kat salun, ada yang dah jadi professional beautician pun, & aDa juga yang further study kat lim kok weng ambik beautician. ;) & aku? tiba2 lak sesat dalam dunia wartawan. haha. apa2 pun, aku doakan semua kawan2 aku berjaya dlm hidup masing2 ye. !






p/s: rindu pulak kat kawan2 vokasional solek ni. ;)

5 comments:

Nadhira said...

ahah...dah jumpa pendandan yg sesuai. so, bila nak rasmi kedai ni.hehee

GadisAntik said...

kak fiqa: haha. lambat lagi. ;p byk bnde x ingt. kakaka..

Call me, Eyka said...

rajin ko scan semua pic2 ni kan..eh scan ke? huhuhuk.

aku tetibe rasa nak sekolah blk! ='(

GadisAntik said...

eyka: haha. bukan scan la yunk oi. aku tgkp pakai kamera. ;p kan? rase cam nk skola blk je. teringat lak arwah baby.

iAmCekbolat said...

eh awk ! sye search gmbr ni kt google.. jumpe kat blog awk ^^ culik satu ye.. btw.. dri kos yg sme.. PMDR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...