Friday, July 15, 2011

Lagi!! ko hado..? haha. ( sile menyampah)


sekali lagi gadis kecoh ini mendapat berita gembira daripada tuan presiden untuk pergi menyibuk mengikuti tuan presiden ke gold cost morib, Selangor atas urusan kerja. kali ini percutian tanpa dirancang ini adalah selama 3 hari dua malam. ohya, percutian mengejut ini tidak diturut serta oleh klon syamsul yusof, iaitu : abg wa. ;p ( klon ke?) juga kakak & abg ipar wa. ;) yahuuuuu...! kpd abg & kakak, sile click button 'jeles' di keypad telefon bimbit anda. ;p

btw, cita2 hambo nak bercuti di negara omputeh, tapi memandangkan faktor kewangan tuan presiden, hambo terpaksa lupakan hasrat itu. tapi, walau bagaimanapun, hambo tetap tanamkan satu wawasan 2020 utk hambo jejakkan kaki di sana.! jadi, hambo pedulik ape kalau org cakap hambo kecoh2 pergi bercuti setakat kat morib je. blog hambo, suke hati hambo lah nak taip ape! ;) ( sile kutuk insan ini) hehe.

baiklah, secara peribadi dan tulus dari hati aku, aku malas nak follow tuan presiden tu. aku nak bagi chance pada tuan presiden & master chef berbulan madu buat kali ke beratus kali aku tak tahu lah kan. ;p tapi, atas desakan & rayuan gombal mereka berdua, akhirnya, insan kerdil ini menerima dgn hati terbuka. tapi, still aku tak ada rasa Excited beruk sebab aku fikir tempat ni biase2 je. tak ada yang luar biase. buktinya, insan ini tak TERhingin pun nak bawa baby canon beliau dan tidak bawa seluar & baju utk mandi kolam. menurut tuan presiden, dekat sana ada theme park. tapi, wa still tak excited. mungkin sebab wa terlalu merindui mr wan chai wa la kut. ( tibe2??) tett.

dipendekkan story, sampai2 je sini. aku kejakunan tiba2. nak tahu sebab apa? sebab bilik mandi ada jakuzi. haha.! nampak sgt insan ini tak pernah jumpa jakuzi depan mata. ;p ( sile malu)


lagi satu, aku suka part ada jendela kat tandas tu. macam Sweet sgt. ;p romantik pun ada wa rase. sesuai utk lokasi berbulan madu. mesti master chef menyesal ajak wa ikut sekali. ;)


bilik mandi utk air pancut just gunakan cermin sahaja. so, AMARAN : kalau rasa2 nak mandi bogel tu, silalah abaikan. kalau nak jugak, rajinkan diri anda tutup jendela kat jakuzi tu ye. ;)


untuk bilik, dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang lah. tak berapa besar, tak berapa kecik. tapi, ini pakej yang murah. kalau pakej yang mahal sikit, aku tgk katil siap ada tiang lagi. so swettt. ;p


next, apa yang menambahkan lagi keterujaan serta kejakunan aku, bila aku tengok theme park kat resort ni. secara jujurnya, ini merupakan 1st time aku jejakkan kaki masuk resort yang ada theme park. itu sebab lah insan ini macam 'rusa masuk kampung'. ;p nak masuk theme park ni, kena ada pass. khas utk penginap sahaja. tapi, sayangnya, wa tak dapat naik menatang kat atas tu, sebab utk perempuan, kena pakai swimming suit kalau nak main. ;(


maka, hanya ini sahajalah yang dapat aku main selain daripada duk berendam je dalam kolam air sampai kulit jari & kaki aku berkedut. ;p ohya, tiba2 sesat pula makhluk asing dua org tu, hehe. last minit, kakak & abg ipar aku datang. TERnyata mereka jeles dgn insan ini. huh. tak boleh tengok kite senang sikit! ;p


mujur hari persekolahan. maka, aku dapat menikmati keseronokan dgn sepuas2nya dekat theme park ni. TERasa macam wa anak taukei resort ni pula. ;p 


act, resort ni tak siap sepenuhnya lagi. baru dibuka dua bulan yang lepas. banyak lagi yang kurang, contohnya: kat bilik aku, iron baju tak ada lagi. pastu, kedai jual baju mandi pun tak dibuka lagi kat bawah tu. part aku tak suka bila nak cari makan sedap2, macam KFC ke, MCD ke. ;p aku terpaksa pergi ke pekan banting. itu pun ada KFC je. soklan bodoh wa tanya tuan presiden : 'abah, morib ni sebenarnya kat negeri mana?' ( bengap sungguh insan ini)
aku bukan apa, macam tak percaya negeri selangor pun ada tempat yang masih belum membangun. ;p itu sebab tanya soklan bodoh lagi bangang tu. ( apa, ko ingat selangor konon2 mcm KL la, semua membangun?) 

sebagai kesimpulan, insan ini sgt enjoy. ternyata tidak sia2 beliau menjadi penganggur terhormat. ;p dan wa ingin melahirkan rasa bangga dengan tuan presiden wa. kerana hanya beliau satu2nya yang bawak wa & master chef wa datang sini. pada dasarnya, beliau kena share bilik dgn sahabat beliau. tapi, kerana hati beliau yang tulus mulus, serta suci murni itu, beliau menempah satu bilik khas utk kami sekeluarga. ;) wa sayang lu tuan presiden! ;) kpd abg wa : sile taip 'JELES', dan hantarkan ke 1234. ;p

bersama tuan presiden aku. ;)
p/s: aku tak dapat upu. sades betol. ;')                                                                            
                                                                                               yang dusta,
                                                                                                                                       
                                                                                                                              syue

4 comments:

Nadhira said...

aiyooo..seronoknya. bila la dapat peluang g bercuti.semua busy. sob sob.

GadisAntik said...

hehe. insyallah. coming soon la tu. ;p

akubiomed said...

Tidak sangkalah pula Morib ada hotel sebegini rupa. Tentu mahal semalam

hamzah ian said...

wahh. .cuti2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...