Wednesday, July 20, 2011

BRANDED: kualiti? eksen? hobi?



To be honest, entry wa kalini bukanlah utk meng'hentam sana sini' ( sori lany, terembat tagline blog ko) ;p tapi, sekadar nak menyemakkan wa punya blog. ;) tidak ada kena mengena dgn yg masih bernyawa ataupun tidak. 

baiklah, seumur hidup korang, pernah tak korang beli barang yang 'branded', atau dalam bahasa melayu nye, 'berjenama'. ;p tipu lah tak ada kan? alaah.. macam gucci ke, padini ke, hush puppies ke, bonia ke, adidas ke, vinnci ke, charles & keith ke, lagi apa lagi eh..? aku pun tak berapa nak tahu. ;p bagi insan ini sendiri, aku pernah & ada juga lah beli barang2 berjenama ni, selalu aku beli pun, kasut je. but, secara tuntasnya, ( ayat nak sastera) aku bukanlah manusia yg gemar membeli barang2 yg 'branded'. ikut kemampuan dan keadaan kewangan aku lah. ;) 

setiap orang yang beli barangan branded ni mesti ada reason tersendiri kenapa dia selalu beli barang branded. yelah, barang2 branded ni even mahal, tapi kualiti dia kita puas. so, memang berbaloi lah dgn harga nya, & kita beli pun tak rasa duit tu melayang2 jauh. ;p Tapi, ada juga yang beli sebab nak menunjuk2 dia KAYO, banyak duit, berharta, loded (eh, betul ke aku eja ni..? ). aku cakap ni based on experience aku sendiri lah. sebab memang wujud manusia camni. ;) 

manusia yg gemar guna & pakai brg 'branded' ni kita boleh tengok hampir kesemua barang, termasuklah dari pakaian, kasut & aksesori dia, mak aih.. semua harga boleh tahan. sampaikan selipar nak pakai pergi pasar malam ke, lepak dgn kawan2 ke, pergi tuition ke, pun dorang rembat yg mahalnya2. yang bagi aku kita boleh beli dua pasang kasut lagi. ;p aku ingat lagi masa zaman kolej, masa tu, popular lah pakai2 kasut 'crock' ni. niat hati nak belilah. so, poyo2 lah pergi 1 kedai 'crock' di 1 shoppping mall dekat KL. tengok2 harga, adessss.. aku boleh beli berpasang2 kalau kat pasar malam. ;p 

ouh, tidak. nampaknya insan ini dah ketandusan idea nak mengarut. jadi, secara kesimpulannya, branded ke tak ke, kalau dah kita selesa pakai, tak menjadi satu masalah. kalau duit dah banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa, belilah je lah yang mahal2. duit kita, suka hati kita lah kan. ;p tapi, kalau yang tak mampu tu, buatlah cara tak mampu, jangan ikut nafsu sangat. tengok orang pakai branded, dia pun nak pakai juga. bersederhana tu kan bagus? orang bukan boleh nilai kita dari segi branded atau tak, tapi orang akan nilai kita dari hati. ;) sekian. 


p/s: bersiap sedia utk bertemu mr wan chaii esok. ;) ♥

4 comments:

Encik JI said...

slalunya kalo ditnya, kononnya lbih ke arah kualiti.

tp rasany kbnyaknnya nk mnunjuk2 je.

hehe

GadisAntik said...

encik JI: kan;p sy pun rse camtu.

miss eira said...

hehehe..eira tak penah pulak beli bnde branded nie.kekdg follow mbr pergi padini but never buy anything.enth la..mybe bukn cita rasa eira.kalo nk beli brg biar murah,comfortable lagipun prinsip eira satu je.bnde kualiti wlaucmne pun ia tetap brg so same je.xde beza pun kan.sebab eira gans.pakai mahal2 pun leh rosak ini pulak y murah.kih3

LARA ZIZIE said...

same goes to u. kalu azie beli pun setakat beg o kasut sbb oweys guna. tp, kalu selipar nk beli mahal2 tuh, Opsssss..! bek bagi duit beli selipar mahal tuh kat azie..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...