setelah dua bulan insan ini menggangur, akhirnya beliau telah bersiap sedia untuk menjalankan satu misi , iaitu: misi pencarian kerja, atau dalam erti kata lain, misi pencarian duit. dalam kepala otak insan ini sekarang, hanyalah, duit. duit. duit. kalau nak duit, maka insan ini perlulah mencari duit.
haishh.. jgn tak tahu, secara halusnya, insan ini merupakan seorang yg sgt 'choosy' dlm memilih pekerjaan. ada lah satu kerja kosong kat 7eleven depan rumah insan ini. tapi, beliau tak terasa nak pergi kerja kat situ. lagi satu, ada kerja kosong kat klinik. sama lah, insan ini tak reti2 nak pergi cuba. so, hasilnya, insan ini hanya mampu duk rumah, tgk Tv, memasak, dan membuta. ;) jadi, kpd rakan2 di luar sana, sile jangan ikut sikap tidak berwawasan ini ya. ;)
insan ini merupakan pelajar di dalam jurusan kewartawanan. justeru itu, beliau ini sgt mengharapkan pekerjaan yg related dgn jurusan itu. see? terserlah sikap kecerewetan beliau. dipendekkan story, insan ini mendapat satu mesej dari senior beliau iaitu: Fitri, yang sekarang ni bekerja sebagai seorang wartawan di NSTP. Fitri cakap, ada career fair kat klcc convention centre. ada job kosong utk reporter under NSTP. tanpa membuang masa, insan ini terus pergi bersama dgn kak marya. kebetulan kak marya pun nak cari kerja. pada asalnya, nak ajak si wan chai, tapi beliau bekerja. jadi, niat itu terpaksa ditukar last minit.
sampai je kat dewan tu, insan ini terus pergi ke booth NSTP. jalani walk in interview dalam beberapa minit. Kemudian drop resume. alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar, tapi yg menjadi kegusaran hati insan ini, bila tukang interview tu tanya tak nak sambung degree lagi ke? aduss. terasa macam tipis harapan. ;p tapi, memandangkan insna ini ambik kewartawanan, jadi, beliau cakap mungkin insan ini akan dapat panggilan utk ditemuduga. so, dah lega sikit kat situ. tapi, belum sempat nak lega pjg, beliau cakap, bila dah interview, tak semestinya dapat. insan ini kena mengadap satu kursus dahulu selama beberapa bulan. then baru dia akan select. antara ramai2 yg akan ikuti kursus itu, hanya 16 orang je yg diplih utk jadi reporter. adesss... ! maka, insan ini perlulah all out kalau dapat ikuti kursus ni. ;)
selepas je habis walk in interview ni. insan ini mencuba nasib kat company lain. antaranya: perodua, air asia,maybank, celcom, L'orel, Plus, & macam2 lagi. boleh dikatakan, semuanya company2 yg tough & stabil. semua yang insan ini pergi, semua memerlukan degree. bila diorang tgk resume insan ini, diploma, dorang terus cakap, just drop ur resume here. ;) see..? see..? tekanan jiwa & raga melanda seperti tsunami.
ohya, insan ini telah gagal utk memasuki upu bagi ijazah pertama. (sile simpati) jadi, semasa duk pusing2 satu hall kat convention centre ni. insan ini terlihat beberapa booth ipts. seperti : unisel, aswara, unisel, unitar. tanpa membuang masa, insan ini terus mengambil risalah yg diedarkan. terasa macam berminat nak sbg bachelor in journalism kat unitar. & lagi satu, bachelor in penulisan kreatif di aswara. ;) niat hati insan ini disokong sepenuhnya oleh tuan presiden & master chef. tapi, tuan presiden minta insan ini bersabar untuk uitm bulan 12 nye.
baru insan ini sedar, betapa sukarnya nak mencari pekerjaan yg bagus2 sekarang ni. semua memerlukan degree, taukk!!
bagi menghilangkan tekanan jiwe yg mengundang ini. insan ini pergi padang astaka, PJ. jumpa mr wan chaii & hantarkan makanan berupa ayam kentucky fried chicken buat beliau. sades sungguh mendengar panggilan dari beliau yg lapar kebuluran tak makan. terasa sesuatu yg pelik bila menjejakkan kaki ke padang astaka ni. sebab kelihatan awex2 cun & hot dgn pakaian yg x cukup kain. rupa2nya, ada event urbanscapes. no wonder la, ramai awex2 & laki2 tampan bergaya di sini. ;p
p/s: now is watching 'sekali lagi' ;)
6 comments:
emm....yg ada diploma risau tak ada dgree. yg ada dgree risau takde master. to be honest, they judge a student based on our research. senang cerita yg ada dgree pun belum tentu senang dapat kerja tau syue. itu yg akak dengar. so, it depend on our effort. insyaAllah. keep on trying. 10 kali tembak, takkn satu pun tak kena. kan kan. peace :)
Dun worry.. journalism la banyak tempat ade..=)
kak fiqa: betul2. totally agreee! ;) sume depends kat effort kite. lg 1, if ade dip pun, klu kite ade talent, mst org akn amk kite keje kn. ;)
azie: tu la azie. insyallah. ;)
oitt!! asal x bgtau!! akk ade kat sini laaaa!!!! oit2..jgn peluk rapat2..lalalala
hye sis..i ni senior ikip Del batch ke 3...so lame da...bile bace thread ni teringat mase i sendiri mula2 nak cari keje..jangan risau..ader la rezki tu...dulu mula2 semua org tanak bagi keje pasal ader dip je..but then skang ni lepas 4 years i da jadi Public Relations Officer...so ni org kate rezki....sambung belajo tu mmg kene kalo kite nak career lebih elok....tapi dugaan mula2 tu mmg payah..jgn risau..chaiyok..semoga..nanti dpt keje yerk....
sis baby bee: nice to noe u my super duper senior!! tQ so much for the advise. ;) tu la.. kdg2 tu, jadi give up jugak. huhu.. tp, ta sume yg kite nak, akan dpt camtu je kn. so, klu nk bjaye, kene rase bnde ni. ;) Tq sis!
Post a Comment