assalammualaikum.
hai guys! Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia. ( UPM) finally. penantian aku selama 1 tahun akhirnya berbaloi. ;') Syukur,aku dapat sambung di dalam jurusan komunikasi.
fuhh.. rasa macam dah lepas 1 azab dalam diri. yela, 2 minggu sebelum dapat keputusan ni, aku 'down' habis. sebab aku yakin aku tak akan dapat. so, aku plan nak masuk je aswara yg sepatutnya daftar pada hari semalam. (15 julai) tapi, abah tak benarkan aku masuk sana. masa tu rasa macam gelap je dunia. makan tak kenyang, tidur tak lena, mak dgn abah pula dah risau tgk keadaan aku. hikhik.
Alhamdulillah. walaupun aku tak dapat keputusan yg begitu cemerlang sewaktu di kolej dulu, tapi aku rasa berbangga juga dgn pencapaian aku, sebab tak ada repeat paper. ;P in fact, aku sgt bangga sebab dapat belajar di sana. tunjuk ajar dari lecturer2 aku yg tak putus2 bagi semangat dan ilmu membuatkan aku yakin aku nak habiskan belajar di sana dgn cemerlang. ( ekceli, tak lah cemerlang sgt, last pointer aku adalah 3.17, heee)
semestinya suasana pembelajaran di kolej dgn universiti sangat berbeza. bila aku dengar pengalaman dari kakyan, dura yg sedang mengikuti pengajian di uitm sekarang ni, sedikit gementar dan kekok juga bila dengar, kalau di kolej dulu, aku rasa macam lecturer sentiasa close dgn kita, tp bila masuk U nanti, kena pandai2 la bawa diri. tiba2 rasa rindu kat lecturer2 aku kat ikip dulu. ;( Puan Zimah, Puan Nora, Puan Amy, Sir Ezuan dgn Sir Pirdaus dulu selalu cakap, kitorang ni beruntung sebab dapat spend time dgn lecturer lebih, kalau kat U ni, susah.
Perasaan sekarang ni excited ada, gementar pun ada. harap2 semua okay.
doakan semoga aku succes di sana nanti ya uolls!! ;)
sekian..
4 comments:
syukur Alhamdulillah berjaya ke UPM..Tahniah dear..
tahniah....moga meneruskan kecemerlangan di UPM...
syue... bangga baca entri ni... rasa sedih pun ada... nanti kalau ada mentor baru... jgn lupa saya... huhuhuhu
syue, i'm always pray for you... good luck dear...
mama ani & En nazir: TQ guys!! ;)
madam nora: mana boleh lupa mentor yg pertama mdm. hehe. tq mdm. insyallah, sy buat yg the best.
Post a Comment