Monday, July 23, 2012

Tarawih ku diganggu si budak comel. ;P


Assalammualaikum guys! Salam ramadhan. Harini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Alhamdulillah.

Seperti biasa, aku akan pergi menunaikan solat tarawih di surau berhampiran rumah aku.  sampai saja di surau, masuk saja di bahagian wanita, terus aku pergi ke saf hadapan. sebab di saf hadapan tu lah yang banyak kosong pun. tak tahu lah kenapa yang tak suka duk saf depan tu kn. -_-" Allahualam.

dipendekkan cerita, disebelah aku, seorang kakak ni bersama dgn anak perempuan dia yg berusia lingkungan 3 tahun. selesai azan isyak, kakak ni solat sunat, jadi sewaktu kakak tu solat, anak dia ni duk baring di hadapan ibu dia ni. jadi, aku panggil lah budak ni, dan tarik dia duduk dgn aku. aku cakap dgn dia, 'jgn duduk depan ni taw, nanti ibu, auntie2 ni semua nak solat susah, ok? dia angguk je lah. so, aku assume budak ni memang dengar kata lah kan. hehe.

Bila je dah mula solat tarawih,  budak perempuan ni still duduk kat depan kami. kalini betul2 kat depan aku, dia baring2, guling2. Serious, tak concentrate langsung nak solat. aku tengah berfikir macam mana lah aku nak sujud sat lagi kalau budak tu duk baring baik punya kt depan aku. -__-"  jadi nya, aku redah je lah. bila sujud je, aku cuba sujud kebelakang sikit dari dia. tak cukup dgn tu, dia duk tarik2 telekung aku dgn makcik sebelah aku, Ya Allah, masa tu, duk istighfar banyak2 je lah, takut nanti aku termarah pulak budak tu, ;P

perkara ni berlanjutan sampai lah habis tarawih. even ibu dia dah pesan banyak kali pun, dia masih buat juga.  apa lagi yang boleh aku buat  selain bersabar je lah sebab dia masih budak lagi, nak marah pun, tak sampai hati, mana lah dia tahu apa2 lagi. & guess what? masuk harini, budak perempuan ni masih lagi ada, dan kakak tu pun masih lagi duduk di saf hadapan, jadi utk 3 hari ni aku dan jemaah2 lain hadapi situasi yg sama lah. -_-"

budak tu comel mcm budak ni, gewamm!


menurut pandangan agama yang berdasarkan dalil:


1) Hukum membawa kanak-kanak ke masjid atau surau adalah harus
sekiranya ia sudah mumayyiz (dah tahu jaga diri dan tak perlu di kawal
sepenuh masa) dan juga juga setalah di pastikan ia bersih serta tidak
menganggu jemaah lain.



2) Sekiranya menganggu jemaah lain atau tidak bersih, maka hukumnya
makruh dan boleh sampai ke tahap yang haram sekiranya boleh
menyebabkan solat jemaah lain tidak khusyuk.



3) Setelah mencukupi syarat-syarat di atas boleh bawa ke masjid dan
solat bersama dan hendaklah duduk bersama ibu atau bapanya.
Sebaik-baiknya duduk di saf yang belakang sedikit agar tidak
menimbulkan fitnah. Boleh duduk di saf pertama sekiranya tidak
menimbulkan fitnah seperti kebanyakan jemaah faham dan boleh terima
kanak-kanak bersama saf orang dewasa.



4)Banyak dalil-dalil menunjukkan Nabi s.a.w solat bersama kanak-kanak
ketika baginda solat dan solat tetap sah. Ini juga merupakan cara yang
paling berkesan mendidik anak-anak cara solat yang betul iaitu secara
praktikal di masjid.

*got it from Ustaz Abdul Muein Abd Rahman



pandangan dari ustaz Azhar idrus:



 apa yang berlaku pada aku 3 hari ni sewaktu bertarawih, memang sangat menyukarkan aku. sampai aku hilang fokus nak solat, rakaat ke berapa pun aku dah lupa. bukan aku je, si ibu yang bawa anak kecil tu pun tak ingat, sampai dia tanya aku "dah witir ke?' -_-" jadi, diharapkan para2 ibu & bapa kat luar sana boleh alert lah ye. 

islam agama yg mudah kan? setiap permasalahan, ada jalan keluar nya. ;) ada juga akak pesan nanti bagi tahu pd kakak tu, mungkin dia tak tahu, tapi aku segan lah. -__-


p/s: TAHNIAH IEF! sebab dapat tawaran ijazah sains komunikasi di UNIMAS! ;)


4 comments:

Nora Karim said...

Seronoknya dapat berterawih di surau/masjid... rindu!! kena tunggu anak2 besar sikit... baru boleh solat di masjid... buat masa ni kena buat di rumah je...

p/s: kalau bawa Alisya & Faris ke masjid rasanya lagi dasyat dari budak comei yang syue cerita ni... huhuhu

Gimi said...

Malah biasa yang dihadapi di setiap masjid..tempat Gimi siap budak-budak main bunga api, mak cik-mak cik adalah yang melatah bila terkejut. sampai satu tahap ajk masjid buat pengumuman suruh kawal anak-anak. Apapun, selamat berpuasa!

mama aini said...

assalam & slm ramadhan syue..maaf lamabat lawat syue..hu2x..ehem sian syue..tulah kan..ramai yg bawa ank tapi duduk didepan..

Ibnu Azali said...

Kelakar lah.. Gelak besor saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...