HAI. ASSALAMMUALAIKUM pembuka bicara.
Okay. tetiba update blog kan. ekceli lupa password blog. hakhakhak.
ini pun pakai hentam baru dpt log in. terus ambil pen tulis password ni uolls..
Okay. jgn tanya lah mana hilang? mana pergi? sebab aku pun yakin korang pun tak ingat aku dah. HAKHAKHAK.
Okay. ( perasan tak dah 3x okay?) nampaknya aku dah tak ada skills nak menaip dlm blog lagi. arghhhh.
Okay. ( okay lagiiiii) secara singkat nak cerita aku dah masuk final year di upm! yeayyyyy. sedar tak sedar cepat masa berlalu. dannnnn... dah 3 bulan jadi tunangan oranggg. hehehehehe. *blushing*
siapakah beliau?
...........................
siapa lagi lah kalau bukan mamat yg aku banyak cerita dlm blog nii. macam2 aku dah gelarkan dia, mr wanchai, botak, apa lagi? haa.. sekarang ni aku panggil dia KR je. zaman suwit muwit dah habis dowh.
ni nak cerita sikit. alkisah nya dia tu tak ada lah romantik mana. ajak aku bertunang pun dalam kereta. kita ni kekonon nak lah lamaran yang sweet romantik gittew macam dalam drama tu kan. NON HADO!
dia masuk kereta dia ckp " syg, bulan 6 my fmly nk dtg meminang u". tu je? kemon la.
HAHA. teruk aku ni. spesies manusia tak reti bersyukur. jgn ikut taw. ;p
alkisahnya lagi seminggu sebelum tunang aku di masukkan ke hospital dek kerana keracunan makanan. sadis betul, berat bdn mendadak turun. hati dah risau takut baju tunang dah longgar pakai. dem!
tp alhamdulillah.. aku tahan sehari je dah boleh keluar. ku sangka panas hingga ke ptg rupanya hujan
di tengah hari. (eh betul kan?)
esok tu aku dapat tahu yg dia kena tahan hospital sebab demam panas. bukan sehari. tapi 5 hari. ;(
tiap2 hari gigih aku duk jaga dia kat sana. jaga tak jaga sgt lah, sebab aku pun ada kelas lagi sebelum nk final exam. nampal? tunang nakk.. final exam pun nak.. gataii. ;P
Okay. dipendekkan cerita alhamdulillah dia dapat juga keluar hospital sehari sebelum majlis pertunangan kami berlangsung. tanggal 7 jun 2014. alhamdulillah.. selamat bergelar tunang pd dia.
tak ada apa yg diharapkan hanya semoga Allah permudahkan segala urusan kami untuk ke peringkat yang seterusnya. insyallah...
semoga hubungan yang terbina selama 6 tahun ini dapat diakhiri dengan ikatan yang sah. doakan ya! bai.
No comments:
Post a Comment