25/jun/2012, Hospital Pakar AL-ISLAM, kg Baru, Salman telah dikhatankan. ;P dikhatankan? ye. disunatkan lah. yeayyyy. ;D * aku yg excited lebih*
OKAY, secara jujur, aku terperanjat juga bila dapat tahu kakak nak sunat Salman seawal macam ni. Baby lg kan. kesian.. Tapi, akak cakap sekarang ni dah 'trend' sunat anak lelaki ketika bayi lagi. Tp, misi utama akak bukan kerana nak ikut 'Trend'. Tp, menurut abg ipar aku, kalau ikut sunnah Nabi, apabila bayi itu berusia 7 hari je dah dibolehkan bersunat. bila dengar masa tu, i was like.. "er... okay, sunnah nabi."
terdetik kat hati aku, bagus ke untuk bayi? tak akan bagi kesan ke? paling aku takut, kalau kita yang dah besar ni sunat, bila rasa sakit, kita boleh cakap, ni kalau bayi, macam mana lah dia nak bagi tahu dia sakit? kesian lah.. ;( tak sanggup rasa nya nak tengok dia rasa sakit. So, mula2 sekali aku buat la research . ( amboi.. risau dia mengalahkan mummy salman habak hang)
sumber dari SINAR
Waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Oleh itu harus berkhatan ketika dewasa antara tujuh hingga 10 tahun. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada hari ketujuh kelahiran jika orang yang menjalankan khatan melihat anaknya itu mampu dan tidak sakit.
Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
Namun, pendapat ini tidak dipersetujui oleh Ibn Juzaiy yang mengatakan dalam kitabnya al-Qawanin al-Fiqhiyyah (hlm 167); Digalakkan waktu khatan dilewatkan hingga anak tersebut boleh diajarkan solat; iaitu sekitar umur tujuh hingga 10 tahun. Makruh juga dilakukan khatan ke atas bayi pada hari pertama kelahirannya dan juga pada hari ketujuh kelahirannya kerana ini adalah amalan kaum Yahudi.
Pendapat Ibn Juzaiy ini disanggah oleh mereka yang berpegang dengan hadis berikut; Daripada Jabir r.a berkata “Rasulullah mengadakan akikah bagi kedua cucunya Hasan dan Hussien serta mengkhatankan kedua-duanya pada hari ketujuh kelahiran mereka.”
Ibn Juzaiy juga berpendapat; adalah amat dituntut diadakan jamuan makan sempena majlis berkhatan bagi lelaki tetapi tidak bagi majlis khifad kaum wanita.
Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu sudut agama dan sudut kesihatan. Sudut agama merupakan salah satu syiar agama Islam. Manakala sudut kesihatan pula mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat (terutama bagi kaum wanita) serta memberi keselesaan semasa berjimak (bersetubuh).
Jika bayi atau kanak-kanak dikhatankan pada awal usia, sisa air kencing tidak akan bertakung di celah kulup kemaluan mereka.
okay, quite lega lah bila baca ni. ingatkan abg ipar aku tipu ke, salah ke. hikhik. Kedua, aku research mengenai kebaikan & keburukan bersunat ketika bayi, so far.. memang semua yg sunat anak lelaki mereka ketika bayi bagi respon yg positif. antaranya:
aku jumpa dari SusuIbu.com :
salam lyn,
just nak share info, anak saya dua boys berkhatan masa baby...sorang masa umur dalam 10 mths (because hernia) and sorang sehari lepas lahir....
pada saya senang jaga kalau sunat dari lahir coz baby x byk ragam and x de pantang sbb dia bf aja....and healing process pun cepat....baby saya pakai ring untuk sunat dan sorang pakai clamp...agak cepat baik dalam less than a week....process sunat pun simple sbb baby di tidurkan....lepas sunat boleh jer teurs pakai pampers and mandi macam biasa.....
kalau dh besar dah tau takut and panic (pengalaman dengan 2 abang pada anak saya)...pastu lasak pulak sbb dh besar kan....
so itu pendapat saya la sbb sy dapat lalui 2 jenis sunat for budak dah besar and baby (coz anak saya 4 semua boys...huhuuhu)....
harap dapat membantu....
just nak share info, anak saya dua boys berkhatan masa baby...sorang masa umur dalam 10 mths (because hernia) and sorang sehari lepas lahir....
pada saya senang jaga kalau sunat dari lahir coz baby x byk ragam and x de pantang sbb dia bf aja....and healing process pun cepat....baby saya pakai ring untuk sunat dan sorang pakai clamp...agak cepat baik dalam less than a week....process sunat pun simple sbb baby di tidurkan....lepas sunat boleh jer teurs pakai pampers and mandi macam biasa.....
kalau dh besar dah tau takut and panic (pengalaman dengan 2 abang pada anak saya)...pastu lasak pulak sbb dh besar kan....
so itu pendapat saya la sbb sy dapat lalui 2 jenis sunat for budak dah besar and baby (coz anak saya 4 semua boys...huhuuhu)....
harap dapat membantu....
Actually, kakak terlebih awal dah buat research ni, plus bapa mertua kakak seorang ustaz, jadi beliau sendiri yang sarankan utk bersunat ketika bayi. Tapi, aku ni. Biasa lah. mesti lah nak sibuk research juga kan. ;P
ALHAMDULILLAH.. masuk hari ni, sudah hari ke 6 Salman bersunat, memang betul, tak susah nak jaga salman. dia banyak tidur. cuma kena rajin tukar pampers je lah. doktor ada bagi ubat tahan sakit & demam. ubat ni je lah yg kena bagi tiap2 hari, sehari 3 kali. untuk salman, salman dipakaikan ring. alhamdulillah, RING tu dah tanggal sendiri semalam. dan tempat yg disunat tu pun dah kering ;) betul lah kata doktor, bersunat waktu bayi ni umpama tali pusat je. bila dah kering, tanggal lah sendiri tali pusat tu.
But, kalau keadaan bayi tak mengizinkan, macam demam ke, atau ada apa2 simptom ke, tak digalakkan utk bersunat. wahh, macam anak aku pula kan. hehehe. kalau aku nanti? kalau aku nanti, mungkin aku akan sunat anak aku masa bayi juga kut. KUT la. HAHAHA. bg aku, nak sunat masa bayi atau tak, itu terpulang pada kesanggupan ibu & bapa tu sendiri. tp, kalau dilihat, tak dinafikan, sunat waktu bayi ni agak menyenangkan kita sebenarnya. macam abg ipar aku, lelaki, biasa lah.. " salman anak lelaki, dia kena kuat!" hahaha. ohya, kos utk bersunat bagi bayi lelaki di hospital pakar al-islam ni adalah RM200.
ok lah, mari lah kita nikmati gambar2 Salman sebelum & selepas sunat. ;p
salman sebelum sunat, cuak lettew! |
semasa Salman hendak disunatkan, Doktor tak bagi kakak dgn abg ipar aku masuk dalam. just doktor dgn nurse je. mungkin sebab dorang tak nak bagi kakak & abg ipar aku tgk 'anu' anak dorang dikerat depan2. errr. ngeri kut. akak ada cakap, kalau lah akak boleh masuk masa tu, memang ada juga yang cancel last minit. HAHAHAH. (tak sanggup nak tengok kata kakak)
salman hari ke 6 bersunat. ;) AMBOII. yeayy, salman dah boleh kahwin la ye! eh. ;P *okay, macam tak ada beza je gambar nya. -_-" kbai.* sekian. P/S: sgt geram bila soalan yg ditanya, soalan balik yang diberikan sebagai jawapan. grr. |
4 comments:
betul terpulang kepada ibu bapa nak sunatkan anak mereka bila...
Macam Faris mmg plan nak sunatkan masa baby.. tapi bila bincang2 balik dengan encik hubby... katanya "biar Faris merasa disunatkan ketika besar sikit... masa tu kita boleh explain apa yang boleh dan tak boleh.. then boleh 'tegaskan' pasal SOLAT... pasal DOSA n PAHALA dan lain-lain"
sbb masa tu kita dah boleh anggap dia BUDAK BESAR... bukan baby...
assalam syue..tahniah salman dah berkhatan..
Thanks for ur research..hahaha....br nk google on berkhatan masa baby...dh terjawab
saya call hospital pakar islam..kos berkhatan untuk 1 tahun rm1000..mahal jgk ek...
Post a Comment