Hye guys! assalammualaikum.. ;)
Nowadays, kita dapat lihat yang penggiat seni tanah air kita semakin bijak dan kreatif dalam menghasilkan drama & filem. ;) sekarang ni, mereka menggunakan novel sebagai bahan untuk mereka hasilkan drama & filem. menarik bukan?;)
Masih ingat lagi filem 'LAGENDA BUDAK SETAN?';) filem ini diadaptasi daripada novelis Ahadiat Akashah. Dengan menggunakan tajuk yang sama, Filem ini berjaya mengutip 1.7 juta selepas empat hari ditayangkan. Filem ini berjaya meruntunkan hati penonton seperti mana ia meruntunkan hati kita bila membaca novel ini.
slot akasia Tv3, iaitu: NORA ELENA. diadaptasi daripada novelis Meen Zulaikha, yang bertajuk 'Kasih Yang Suci'. Untuk tampak kelainan, mereka jadikan nama watak utama di dalam novel tersebut, iaitu NORA ELENA sebagai judul di dalam slot akasia Tersebut. ;)
slot ini berjaya meraih jutaan penonton di Malaysia. Termasuklah insan ini. ;) tidak dinafikan, tanpa pelakon yg berbakat, mungkin slot ini kurang mendapat perhatian penonton. Pemilihan Aron aziz & Siti Saleha sebagai peneraju utama di dalam slot ini berjaya menghidupkan lagi cerita yang dikarang oleh Meen Zulaikha ini. ;)
Terbaru, novel bertajuk 'Ombak Rindu' cetusan idea oleh novelis Fauziah Ashari. Ia juga telah diadaptasikan kepada filem. tak silap aku, kutipan dah mencecah 10 juta, betul tak? ;) personally, aku memang suka sangat baca novel ombak rindu ni. So, bila difilemkan, memang excited sgt nak tengok. ;) overall, okay lah. tak sehebat novel, Tapi, aku puji dgn effort yg dilakukan oleh pengarah filem ini, iaitu Osman Ali. ;) Mungkin, penangan pelakon utama filem ini, iaitu Aron aziz & Maya karin yg berjaya tambat hati ramai penonton. ;)
Coming soon, aku tak sure bila, drama bertajuk 'Bicara Hati' pula akan ditayangkan. ;) ini pula diadaptasi daripada novel 'Bicara Hati', oleh novelis Damya Hanna. kali ini, pemegang watak utama adalah pendatang baru, iaitu Shaanaz Ahmad dan Kris Chempaka. kedua2nya sama cantik, sama padan. klik sini utk lebih lanjut. ;)
To be honest, tak pernah baca lagi pun novel ni. ;p tapi, tak apa lah, nak try tengok dlm bentuk drama terus. hue hue hue.
Personally, aku rasa idea daripada novel difilemkan, atau didramakan adalah satu idea yang menarik. novel yang begitu menarik perhatian pembaca adalah plihan utama buat pengarah2 & produser pada waktu ini. ;) see? menulis novel pun boleh masyuk kalau jalan cerita korang menarik & tertarik gittew. ;p
Tp, apa yg aku perasan, jalan cerita semua macam nak sama je kan? mula2 benci each other, kemudian baru jatuh hati bagai. pastu, perkahwinan yg tidak rela, dipaksa, perasan tak? ;p maaf, tapi ini lah yang aku rasa. di pihak korang, aku tak tahu lah kan. ;) apa2 pun, tidak dinafikan, trend novel diadaptasi menjadi filem & drama ni semakin dapat diterima ramai oleh rakyat malaysia, itu pun dah cukup bagus bukan? ;)
sekian.
p/s: filem ayat-ayat cinta daripd novel ayat-ayat cinta sgt osem!
1 comment:
macam dah jadi trend pulak skrg ni kisah dr novel dijadikan filem @ drama..ehem..ombak rindu rasa2 mama paling tinggi kot kutipannya !!..
Post a Comment