Saturday, May 19, 2012

"Salman" yang dinanti


Tahun lepas, pada tanggal 1 may 2011, kakak aku mendirikan rumah tangga. tak lama selepas itu, dia disahkan mengandung. fuhh. tak payah cakap keterujaan insan ini nak sambut orang baru dalam famili . teruja nak jadi seorang makcik, nak jaga baby. al-maklumlah, insan ini anak bongsu. tak pernah ada pengalaman nak jaga2 bayi ni. sangat gembira tahu? mengalahkan kakak aku yg mengandung tu. tiap2 hari duk cerita benda yg sama kt dia (WancHai) sampai dia pun dah naik muntah hijau serta pelangi nak dengar. terima kasih syg, sebab sudi tadah telinga ko utk aku. v~v LOL.

dah kata teruja, selepas je kandungan kakak dah menjangkau 6 bulan, kakak pergi scan baby dia. nak tahu lah jantina apa. kecanggihan teknologi sekarang kan, kakak pilih utk scan 4D. kalau 4D, memang kita akan tahu jantina baby tu 100%. tarak salah punyaaaa habak hang. ;P so, berita gembira lah utk abg ipar aku, sebab bayi tu adalah bayi lelaki. bagi aku, laki or perempuan, aku tak kisah. asalkan selamat dilahirkan, dan aku boleh jaga dia tiap2 hari. nampak? nampak? excited gile. 

jadinya, bila dah tahu jantina, masing2 pakat fikir nama yg sesuai utk baby kakak. kakak cakap, org sekarang letak nama anak nak 'moden' je bunyi. contoh: Rayyan, Haikal, Danish, So, kakak kata dia nak buat kelainan. dia nak letak nama anak dia biasa2 je, tp  bunyi klasik. aik? pening kepala aku fikir. acane tu? ;-O Akhirnya.. kakak dan husband dia memilih nama 'Salman' sebagai nama bayi sulung dorang ni. oo..okay.. mana2 pun aku ok. asal ada nama. jgn bagi nama kucing sudah lah. kikiki. kata kakak, belakang nama salman tu dia nak letak satu nama lagi. Tapi masih dalam pencarian nak letak apa. cadang aku letak je lah nama salman al-farisi. dia satu2nya hamba Allah yg dpt cium kaki Rasulullah (if im not mistaken, rite?) dan dia antara pahlawan yg  sgt pandai masa zaman rasulullah dulu. kakak cakap, boleh dipertimbangkan. errr, okay.

memandangkan 'salman' cucu pertama keluarga pak nawi. makanya, mak pun sgt teruja nak buat persiapan kenduri keka 'Salman' nanti. seorang ibu kan, mesti nak buat yg terbaik utk anak dia, lagi2 utk bakal cucu dia. so, mak minta aku tolong dia buat goodies utk hari keka 'salman' nanti. jgn tak tahu, boleh dikatakan every week aku kena bawak mak ke Nilai, cari goodies yg sesuai. akhirnyaa..... dapat juga. 

goodies salman dah siap ni. salman bile nak keluar? -__-"


kakak pula, every weekend, akan ajak aku pergi beli baju dan barang2 utk 'salman'. lagi excited lah aku nak menyambut si budak 'salman' ni. abang pula, tolong sponsor katil dan perhiasan masa keka 'salman' nanti. videographer, photographer, semua abg yg uruskan. maklumlah, aku dgn abg mesti nak buat terbaik utk anak buah kitorang ni. Tapi....................

Hari berganti hari, masa pun cepat je berlalu, sedar tak sedar, Due date kakak dah sampai. 4/5 May adalah due date kakak. but, sekarang? dah 19 May okay, 19 may. tapi 'salman' tak nak keluar2 lagi. ;( kakak pula tak ada langsung contraction. jumpa doktor, doktor kata supposely kakak dh boleh bersalin ni. tapi, sekarang dah lebih sgt dari due date dia. sedara mara, kawan2, semua dah tanya. "dah beranak?" aku ni pun, sampai naik rimas bila pakcik, makcik aku tanya, belum masuk kawan2 lagi. arghhhhhhhhhhhhhh.

doktor kata uri kakak dah matang. cuma kakak masih belum ada tanda2 nak beranak. aiyooo. semalam, aku teman kakak cek jantung 'salman'. alhamdulillah.. 'salman' ok je dalam tu. berat 'salman' sudah 3.4 kg. doktor kata 'salman' sihat, tak lemas, dan tak berak. perkara2 tu yg kita bimbang kan kalau dh over due ni. -__-" isnin ni penentu segalanya. kalau 'salman' tak nak keluar lagi, operation lah jalan nya. berlaku sedikit ketegangan antara kakak aku dan suami dia. kesian pula aku tengok. yelah, aku faham. dorang excited sgt nak tunggu 'salman' keluar sampai boleh jadi gaduh. ;-P


mak pula, tak putus2 tiap2 malam 'google', cari solution. hahaha. comel sungguh mak aku. aku? aku hanya mampu tunggu dan tunggu je lah. ;-p utk 'salman', keluar lah eh. kesian mummy dgn daddy awak. dorang nak sgt jumpa awk, dah tak sabar tahu? bukan dorang je, auntie pun tak sabar okay! nanti bila salman dah keluar, auntie boleh bawa salman jalan2 dgn uncle ewan yg gile tu. hik3.. nanti auntie beli salman banyakkkk mainan! ok salman? we wait for u yaaaa..... ;)

p/s: belum keluar lagi, dia dah pandai raih populariti.. semua orang tertunggu2 dia. salman.. salman.. ape miracle yg awk nak bagi salman? ;P auntie cant hardly wait for u! 


4 comments:

Lany Azman said...

salman al-falonso pon boleh.. cerita lawak tuh.. HAHAHHA :D cute je salman khan jelah babe... hihihi

mama aini said...

assalam syue..nampaknya mama belum ada rezeki jumpa syue..hu2x..insyaallah kita akan jumpa suatu hari nanti..sedapnya nama baby..mestilah semua excited,kan cucu pertama..bertuahnya salman..mama harap salman & kakak syue..sihat walafiat sentiasa..amin..

miss eira said...

waa...dah nak dapat baby ohsem!!busy la syue nanti.jage baby elok2 praktis awal2 leh jage baby sndiri pulak lepas nie. hhihih

Nora Karim said...

Saya dulu masa pregnantkan Alisya pun over due... hampir 2 minggu jugak... lastnya doktor induce... alhamdulillah lahir normal... tapi kalau dah cek semuanya ok... ok la tuh... kita doakan yang terbaik tuk salman...

awalnya persiapan nak buat aqiqah... tu yg salman takut nak keluar kot??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...