Saturday, October 22, 2011

alert dgn current issue


Peace be upon u guys. ;) 

semalam, aku telah menghadiri temuduga kerja bagi position web journalist di KARANGKRAF. Dah berbulan tanam anggur, baru sekarang terhegeh2 nak cari kerja. ;p To be honest, i'm totally out with this interview. ;) sile simpati. sebab? sebab aku tak prepare dari segi mental.
Malam sebelum interview tu, ada lah buat research sikit pasal karangkraf. Refresh balik subjek2 journalist masa kolej dulu. Tapi, ada satu perkara yg aku rasa paling worse sekali yg tak perlu berlaku kepada seorang student journalism. -__- yakni: aku tak baca current issue kat surat khabar. Itulah perkara yg paling bangang sekali kalau korang yg ambil journalist tak pernah ambil tahu isu semasa. acane tu..? ;p



Sebelum temuduga, aku diminta untuk buat ujian menulis. di dalam ujian tersebut, aku kena edit berita, buat translation from english to Bahasa. Ujian menulis aku tak ada masalah, sebab dah biasa buat ujian2 macam ni masa kolej dulu. So, tak adalah panic. Tapi yang menjadikan panic tu, bila masuk interview. For the beginning tu, ok lah. just introduce urself, background, experience during ur study. Semua tu aku tak ada masalah. aku cerita dari A-Z.

Then, bermulalah soalan2 yg pada mulanya suam2 punye soalan lah, lepas tu, amikaw! membunuh! ;p ni antara soalan2 yg ditanya oleh 2 dua orang panel pada aku mengikut level2 ye. hahaha.. :

Portal apa yang awak selalu bukak untuk cari news?

Bagitahu saya tentang kepakaran awak?

Apa yang awak boleh convince kan kami untuk kami ambil awak bekerja dgn kami? 

Macam mana awak boleh yakinkan kami yang berita awak hasilkan itu bagus?

Apa yang awak tahu pasal isu di selangor?

Awak tahu tentang Perhimpunan sejuta belia?

Bayangkan saya Elizabeth Wong, soalan2 apa yang awak nak ajukan pada saya?


;-) <-------- nampak tak wa tgh tersenyum riang ni? kakakah! itulah antara soalan2 yg ditanya oleh judges pada aku. yg aku BOLD tu, tu paling killer punya soalan utk aku. ;p well.. secara jujurnya, untuk soalan isu di selangor, siyesly aku tak boleh jawab. Perhimpunan sejuta belia punya soalan tu, aku boleh jawab sikit2. 

But.. unexpected soalan yg aku dapat, adalah mengenai Elizabeth Wong!! weiii. kadang2  aku ni memang ambil tahu isu politik. ;p apa yang aku tahu isu elizabeth wong ni adalah tentang isu video %&#@ dia tu. The rest aku tak tahu!! sile hempuk saya. -_- korang dapat bayangkan tak bagaimana panic & clumsy nye aku nak jawab soalan2 tu. Ekceli, itu semua soalan yg senang. Tp disebabkan sikap malas aku yg tak nak ambil tahu isu semasa, menjadikan aku sgt bangang di situ. sile simpati. 

so.. untuk semua graduan2 & pelajar2 journalist esp, kat sini aku nak bagi tahu perkara2 yg korang perlu buat sebelum hadir temuduga:



1) show ur good appearance : ini antara faktor pertama sekali yg panel akan nilai korang, yakni, dari segi penampilan korang. Bg lelaki, jgn lah selamba korang je pakai jeans dgn Tshirt. cer pakai kemeja dgn seluar slack, kalau nak tampak lg kacak bergaya, pakai lah Tie! ;) CONFIRM panel suka! ;p Yg ladies2 ni, pakai lah baju kurung ke, kemeja dgn seluar slack atau skirt. Tp jgn lah pendek sgt sampai nak nampak tuttt. ;p rambut bagi lah kemas2 ye nok. kalau lelaki, pakai lah jel rambut, yg perempuan ikatlah rambut tu. tak payah nak tunjuk macam iklan syampu sgt lah. ;p bg yg bertudung, bagi lah style2 sikit. ala2 hana tajimo ke, maria elini ke. ;p baru nampak menarik! ;)


2) show ur good manners: appearance je lawa, attitude hampeh tak kene jugak. Jgn lah korang pakai masuk je bilik interview tu. Ketuk pintu dulu sebelum masuk, then bagi salam. kan ke sejuk je panel tu tengok. Dah lah penampilan tertarik menarik, pastu berbudi bahasa pulak tu. ;p jgn nak gatal2 on fon korang, kalau nak on pun, mute kan. Duduk kasik sopan sikit. Jangan terkangkang, dan sewaktu dengan nye lah. ;p


3) Give all ur attention to judges: Eye contact tu kene ade. jgn panel tanye korang, korang pandang kaki diorang pule. ;p tunggu panel tu habis bercakap, baru korang cakap, jgn pakai masuk je macam korang borak kat kedai kopi. ;p bila bercakap, pandang diorang, bukan pandang baju diorang. tak payah nak poyo2 kunyah segala macam gula lah kat mulut korang tu ye. so rude! 


4) Speak mannerly during answer the questions from judges: tolong biasakan diri korang bertutur dgn betul semasa conversation dgn Panel2 tu. avoid use word : aku, kita, korang, diorang, kitorang,. alah.. macam blog aku punya ayat ni lah. ;p esp yg ambil wartawan ni hah. cakap biarlah nampak macam kita student wartawan kan. ;p


5) Do the Research about the company: macam korang nak kahwin lah kan. Sebelum kahwin, korang mesti lah kena kenal dulu family pasangan korang macam mana, supaya bila dah kahwin nanti, korang dah faham apa yg family tu tak suka & suka. betul tak? so.. same goes with interview. kalau nak bekerja dgn company tu, kenalah study the whole things pasal company tu. Kalau judges tanya nanti, acane? ;) mcm mana korang nak kerja dgn company tu, kalau korang sendiri tak tahu company tu sebenarnya company ape? ;p

hah.. yg ni persediaan yg sgt PENTING utk journalism Student!:


6) Rich with general issue : aku rasa yg ni bukan student wartawan je kena expert, semua calon2 yg nak interview mana2 job pun, kena tahu general issue. Dari situlah panel2 akan nilai dgn lebih terperinci sebenarnya. So, banyak2lah membaca, research tentang perkara2 yg korang tak tahu sebelum panel2 tu tanya korang ye. ;) cer kalau diorang tanya: " siapa menteri kewangan?" korang nk jawab apa? Aron aziz? hahaha.


7) Alert with current issue:  kalau kita sendiri tak tahu isu2 semasa, acane kita nak bagi maklumat untuk orang? Rajinkan diri anda semaksima yg boleh untuk baca newspaper. ;) jadikan isu politik, sukan, luar negara dan lain2 lagi sebagai isu faveret korang. ;p kalau tak, terkial2 korang nak menjawab macam aku semalam. ;p sile simpati. walaupun politik kat malaysia ni macam &^%#, tapi korang kena syg dia mcm korang syg buah hati korang. hahaha. jgn jadi katak bawah tempurung, semua benda korang tak tahu. mampuss! ;p

Trust me, kalau korang dapat kuasai dua perkara ni, automatically korang akan confident masa nak jawab soalan panel. bahasa tunggang terbalik tu belakang cerita, kalau panel2 tu tengok korang memang sgt tahu tentang general issue & current issue, plus korang selitkan dgn sedikit ulasan tentang pandangan korang sendiri tentang isu tu. Confirm lu dapat beb! ;D
nak jadi wartawan , kena ada critical thinking. kalau TAK, susah. MACAM insan ini. T_T

cerita aku ni bukanlah untuk menunjukkan kebodohan aku sendiri, tapi aku nak bagi pengajaran utk korang kat luar sana, dan pengajaran untuk diri aku sendiri ekceli. aku harap lepas ni, aku tak ambil ringan lagi hal2 macam ni. kalau berterusan macam ni, tak kerja aku weii. haha. 

sekian...



p/s: jgn tak tahu, ujian memandu pun ada utk interview ni! ;p

3 comments:

mama aini said...

syue..semuga syue dpt jawatan tersebut.. insyaallah ..biasalah kan syue..diaorg ni takde idea nak tanya kat kita..sbb tu tanya soalan merapu !!..ha2x..kdg2 marah juga ngan soalan bodoh mereka..he2x..itu kenangan waktu mama interview kerja..akhirnya dpt kerja dgn kerajaan..skrg terpaksa berhenti sbb tak sihat..hu2x..

Nora Karim said...

that is what we call experience... thank Allah that you given the opportunity to attend the interview session...

So after this... other than TWITTER, FACEBOOK and BLOG, cer rerajin bukak online newspaper... sekali arung kan...?! :p

Anonymous said...

Madam: haha. Adess. Betul mdm! :p skrg ni, bkak tenet je, trus bkak on? Newspaper. Kakakah! Pengalaman mgajar kn mdm. Hehehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...