Friday, September 9, 2011

Ajal tak kenal usia

Lately ni, acap kali aku dapat tahu dari FB lecturer aku tentang kematian bekas2 senior kitorang dulu. Even tak sempat nak kenal, tapi aku still rasa simpati & sedih. Sedih sebab diorang pergi pada usia yang muda. 

Dulu, masa aku sem 2, aku & kawan2 telah dikhabarkan dengan berita kematian classmates kitorang, iaitu allahyarhamah farhana syahirah. lebih dikenali sebagai Nana Kedah. Arwah meninggal mengejut, kitorang sendiri tak sangka yang arwah sakit. sebab arwah tak nampak macam sakit. Last aku jumpa arwah masa kelas mandarin & kelas komputer. arwah seorang yang cerdik, sebab setiap kali kelas mandarin, arwah memang cepat tangkap setiap perkataan baru yang diajar. masih ingat lagi last arwah sakat aku dengan rafiq dalam kelas komputer. Tu lah hari terakhir aku jumpa arwah sebelum dia dah tak datang kolej  & terus dikhabarkan meninggal dunia. 

Even aku tak close dgn arwah, tapi sepanjang dua sem dengan arwah, arwah tak pernah kacau orang, dia buat hal dia je. So, tu yang buat aku agak terasa juga kehilangan arwah. arwah meninggal pada usia 19 tahun.

Kemudian, awal tahun ni pula, aku dapat tahu dari wan chaii yang kawan kolej dia dulu meninggal akibat kemalangan. Zurina tak silap aku nama arwah. meninggal pada usia 22 tahun.

Selepas aku tamat praktikal pula, aku dikejutkan dengan berita kematian lecturer yang sangat disayangi & digemari oleh semua student kat kolej aku, even aku sendiri pun sgt suka dgn arwah. iaitu allahyarhamah Miss Maisara. juga terlibat dalam kemalangan. 

allyarhamah Miss maisarah

Kemudian bekas senior aku, allahyarham Sufian Hashim akibat kanser.Yang sedihnya, arwah baru berkahwin isteri arwah juga merupakan bekas senior kitorang, Rohayu. Terbaru, allahyarham Mohd Waad Saman akibat kencing manis. 
Allahyarham Suffian Hashim
allahyarham Mohd Waad Saman

Bila aku fikir2, aku mula rasa takut. Ajal ni tak mengira usia dan tempat. Tak hari ni, mungkin esok lusa giliran kita pula. Dalam hati aku berkata, sempat ke aku bertaubat bila aku mati nanti? macam mana lah pula keadaanya aku mati nanti? haishh.. seram sejuk bila terlalu memikirkan perkara ni. 

Tuhan ambil nyawa kita tak mengira usia. Namun, aku pasti  setiap yang pergi ketika usia muda, Tuhan sangat sayangkan mereka dan tak mahu mereka terus hanyut dari dosa. Merekalah insan yang terpilih dan bertuah sebenarnya kan? 

Semoga semua ni dapat dijadikan pengajaran buat kita agar lebih mengingati Tuhan. Khabar2 kematian yang kita dapat ni adalah satu peringatan buat diri kita sendiri. 

AL-FATIHAH..

sekian..

“Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Hendaklah kamu banyak-banyak mengingati pemutus kematian (mati).”Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah.
Kematian adalah suatu yang menakutkan bagi orang yang masih tidak mahu hilang kemewahan, apatah lagi yang tidak punya persiapan dengan amal ibadat yang hidup melawan arus kebenaran, tetapi tidak bagi orang yang beriman dan beramal salih, di mana mereka bersedia jika dijemput Allah Subhanahu Wataala pada bila-bila masa dengan harapan memperolehi husnul khatimah iaitu mati dalam kesudahan yang baik atau mati dalam iman. Keadaan inilah yang diimpikan oleh setiap orang mukmin.

P/S : BAGUS LAH TOPUP PUN NAK KENA BAYAR TAX. tuihhhh.

5 comments:

Nora Karim said...

sedih pulak baca post syue yang ni... hm tu la... mmg ajal tak kenal siapa... kita kena sentiasa berubah kepada kebaikan... semoga kita mati dalam husnulkhatimah... Al-fatihah buat semua yang telah mendahului kita...

kindergartenlibrary said...

betul ..ajal tak kenal usia .bila fikir balik , cukup ke amalan kita ?
=(

afzalsukasuki said...

takziah ke atas pemergian mereka.kawan saya sehari sebelum SPM dia meninggal, dan dia seorang sahaja yang dapat pangkat 2 time tu :( innalillah.setiap yang berlaku ada hikmahnya

BeloG MTT said...

Al fatihah buat mereka..

mama aini said...

Al-Fatihah buat semua arwah..semuga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..syue ,setiap yg hidup pasti akan pergi..cuma masanya yg belum pasti..seperti mama dah 20 tahun hidap penyakit ni..tapi masih kuat semangat..hu2x..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...