Saturday, September 10, 2011

BerriHitam ♥ Baboo ♥ wan chaii ♥ future auntie!

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati wa bila semua perkara yang wa impikan, jadi kenyataan. ;) tak ada lah semua.. tapi, boleh lah jadi penghibur duka lara ni. hehe.

dulu, aku telah dikhabarkan berita sedih bahawa telefon bimbit tak berapa pintar aku, yakni: BerriHitam, telah pun disahkan menghidap penyakit kronik di 'ibu board' dia. ;p maka, aku mengambil keputusan untuk hantar ke hospital dengan harapan, doktor boleh ubat balik seperti sedia kala. Biarlah beratus2 habis duit wa, asalkan wa dapat pakai balik BerriHitam wa tu.
BerriHitam lama wa. ;')

Motip aku sungguh2 nak Berrihitam aku tu sembuh balik, sebab itu adalah pemberian hari jadi aku yang ke 20 tahun oleh mr wan chaii ♥ ( syg ouhh.) setelah dihantar, seminggu lepas tu, aku telah dikhabarkan yang BerriHitam aku tu susah untuk dipulihkan. uwahhh.. sedih siottt! ( sambil kesat air mata kat bahu wan chaii) bermula dari situ, hidup wa tak lagi berseri2. makan tak kenyang, tidur pun tak lena. ( kelas kau jah!)

Then, bermula dari saat itu, aku telah menanam satu azam untuk mengumpul duit sebanyak yang boleh agar aku boleh beli balik BerriHitam. Maka, dengan hasil pemberian duit raya dari kakak, abang, pakcik aku & wan chaii ♥ aku akhirnya dapat membeli BerriHitam semula! Yahuuuu! ;) ( lompat katak kegirangan) TQ so much guys! syg uolls!! kpd wan chaii, jgn bimbang, BerriHitam pemberian lu wa dah frame kat bilik. mmuax! hehe. LOL ♥

my new Berri! ;)


Next, aku da bosan dengan dua ekor kucing aku yang sentiase menjadi keutamaan kat mak bapak aku. makan dah lah cerewet, nak ayam rebus je. tuihhh! menyusahkan wa. nah, pergi lah ko kat atuk & nenek mu itu. bunyi jeless. ;p ( tp sayang beb!) maka, aku telah meminta seekor anak kucing daripada pakcik aku. alhamdulillah, pakcik aku bagi. kalau tak, liat sungguh dia nak bagi! ada je alasan! haha. nama nya, 'BABOO', motip? inspired by kawan baik abg aku, nama dye raman baboo. hahaha. BABOO ni jantan. every week aku akan mandikan dia. sebab aku tak suka kucing aku busuk. nanti nak manja2 tak ada selera. ;) kiki.
sejak kehadiran 'BABOO' ni, hidup wa makin berseri2. tu sebab jarang update blog dah. kiki. sgt manja. sentiasa nak aku temankan dia. kalau aku hilang, mula lah mengiau2 tak hengat dunia. comel kan? huhu.


Baboo ku

Lastly.. yang ni paling most menggembirakan aku. tak ada lah 'most' sangat. ok lah.. haha. ko ni dah kenapa syu? ;p ini bukan barang yang aku dapat, tapi seorang manusia yang telah diberikan oleh TUHAN kpd aku, yakni: WAN CHAII. ♥ tanggal 11 haribulan ni, yakni : esok. aku dengan wan chaii dah masuk dua tahun. adess. dua tahun baru ke?? dua tahun pun wa da cukup excited sebab nak mengjangkau ke dua tahun ni macam2 wa kena hadap, ni kan pula yg berpuluh2 tahun tu. aku rasa dorang ni hati jenis batu caves lah. ;p tak ada apa yang wa harapkan, melainkan wan chaii yang wa kenal selama dua tahun ni akan tetap menjadi wan chaii yg gini rupa sampai bila2. ;) aku syg ko la wan chaii! ;) ♥


Last, but not least. yang ni wa excited beruk jugak lah. kakak wa dah disahkan pregnant 3 minggu! makanya. wa akan jadi 'auntie' la uolls. adess.. tak sabar rasanya nak pegang anak buah wa nanti. ;) kepada kakak wa, semoga lu selamat melahirkan anak buah yang comel untuk wa ye! ;D 

sekian..

p/s : malam ni beraya !

1 comment:

mama aini said...

wah sukanya dpt bb baru..dah ada yg baru tu no sedeyy..sedeyy tau..he2x..comilnya BABOO ni..mcm kucing mama..semuga syue & wan chaii akan berbahagia hingga kepelamin..ha2x..jgn lupa jemput mama tau..teringin nak mkn nasi minyak syue..tahniah buat kakak syue..he2x..sukanya dier akan jadi makcik !!..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...