Friday, September 9, 2011

"Hantu Bonceng" banyak unsur lawak yg mepersendakan Islam.


perasaan EXCITED membolosi diri insan ni bila tengok trailer "hantu bonceng" kat TV. mula lah tergedix2 call ♥ Wan chaii ajak pergi tengok. Alhamdulillah, si mat gelabah tu memahami naluri gedik aku ni. 

Hantu bonceng ni mengisahkan tentang seorang mat rempit bernama Amran yang menang dalam perlumbaan haram.  seorang gadis bernama Maya lakonan Juliana Evans dijadikan sebagai habuan kemenangan Amran. Well,bukan rezeki Amran mungkin, Amran telah dilanggar oleh lori ketika dia baru bergerak untuk pulang bersama dgn Maya. Amran selamat, tapi malangnya si Maya tu mati. So, starting dari situ lah Amran selalu kena kacau dengan roh Maya tu. Amran ni ada kawan baik nama kunyit. Gf Amran pula nama Halimanton lakonan Jue Aziz. Yang selebihnya korang tengok lah sendiri. ;p



Overall, apa aku boleh komen, filem ni OK lah. unsur LAWAK tu menjadi. memang pecah perut juga lah. Tapi, yang tak sedapnya bila ada unsur2 lawak yang aku boleh kategorikan melampau lah. seolah2 mempersendakan agama sendiri. So, bila dah banyak sangat scene lawak yang macam tu. lama2 aku jadi annoying gile nak tengok. Siyes aku fikir, pengarah Ahmad Idham ni tak tapis betul2 ke sebelum nak tayang? ada banyak juga dialog2 lawak yang aku rasa kurang relevan & tak bagus bila dengar. 

antaranya dialog diantara Zahid & zizan kat hospital : 

" Liat juga nyawa ko ni" ajal maut tangan TUHAN, bila2 masa je TUHAN boleh ambil nyawa kita, bila ada dialog yang macam ni, seolah2 yang kita ni memperlekehkan kerja TUHAN. 

Then, dialog antara kunyit dgn gf dye, gigirl, bunyi dia lebih kurang camni:
"aar lah. gigirl kan orang yang kuat agama"
well.. u mengaku u kuat agama, tapi pakai baju ketat2, tak tutup aurat, what the fish?? haha. adess. tak kena lah! ;p kut ye pun nak buat dialog camtu, bagilah relevan sikit. lagi satu, orang yg beriman, tak akan sesekali mengaku dia beriman. ;) ya.. aku faham mungkin pengarah nak tunjuk unsur jenaka tu, tapi tak kena lah. ;p

ini antara yang aku ingat lah. sebenarnya ada lagi. ;) korang tengok lah sendiri ye! ;)
actually, nak berlawak ni ada cara nya, kalau nak berlawak pun mesti kena ada bijaknya. mungkin ini lah yang dilepas pandang oleh ahmad idham kut. bagi aku ada banyak lagi cara lain untuk nak bagi lawak tu hidup. well.. ini semua dari pandangan aku lah. tak tahu lah dari korang kan. ;) apa2 pun, filem ni memang best lah. tak ada lah bosan. jalan cerita pun ok. cuma, scene2 lawak yg melampau tu je lah. 


sekian,

p/s: kagum dengan filem2 arahan allahyarham P.ramlee. Walaupun lawak2 dia kasar, tapi tidak langsung menyentuh sensitiviti agama islam. still lawak tu jadi & besttt! ;)







6 comments:

MaMa AiNi said...

wah komen bernas dr bakal seorg wartawan !!.gud luck..jarang ada ank2 muda yg menghargai karya P.Ramlee..,syue terus terang mama tak berapa suka tiap2 hari kita disogokkan ngan cerita2 hantu begini..menyampah !!..ha2x..

0nenanina Vanilla said...

wah bagusla penulisan syue.. na tak tengok lagi cite tu...no komenla.. tapi memang cite tan sri p.ramlee jugak yang best dri dulu smpai sekarang..tengok banyak kali pon tetap tgelak..lawaknya melekat di hati

fierul said...

banyak2 cerita. cerita p.ramlee la yang pling the best . :P

si kiut lavender said...

dah tgk cita nih..mmang lawaknya ada yg pecah perut,ada gak jenakanya yg menyentuh sensiviti agama..:P

teha said...

ish2 ~ xpatut betol..

BeloG MTT said...

MTT tak sempat tengok lagi cite ni :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...