Wednesday, August 24, 2011

drama indon cliche la...



Masih ingat fenomena drama indonesia "bawang putih, bawang merah".? yang jadi faveret drama suri2 rumah khususnya. yela, kalau tengah nak masak tu, sanggup stop jap semata2 nak tengok drama indon ni. fuhh.. hebat sungguh penangan drama indon ni. Disamping pelakon2 yg Hot2, Cun2, jalan cerita yang penuh sensasi lagi suspen membuatkan drama indon ni menjadi kegilaan rakyat malaysia masa tu. ;)

Tapi, tapi, tapi.. bagi aku, drama indon ni  tak memberi manfaat & tarikan untuk aku. ;p nak tahu sebab apa? hah.. sebab ni..



1. Jalan cerita & watak yang cliche, aku boleh agak apa lah yang akan terjadi seterusnya lepas tu. Then, tak habis2 pasal cinta, cinta, cinta. Pastu, ada lah watak jahat yang akan menghalang cinta dorang tu. Then, cinta antara dua darjat, kalau tak yang si hero miskin, si heroin yang miskin. ;p 

Tak campur lagi dengan watak2 mak tiri yang rasa macam nak minta kaki je bila nengok. alahaii.. kalau mak tiri, mesti nak jahat.  Then diselitkan dgn watak2 perempuan yang jahat, gedik, yang terhegeh2 nak kat si hero, pastu mulalah buat plan macam2 nak bagi hero & heroin tu tak bersama. ;p

Watak si heroin pula, alahaii.. pijak semut pun tak mati lah. ;) baik sungguh!! pastu, menangis2, sedih.. sebab kena fitnah macam2. ;p



2. Babak suspen dia pula boleh buat aku pergi dapur jap ambil makanan apa yang patut. ;) yela, kalau dah sampai 2, 3 minit babak suspen ni duk tunjuk muka pelakon yang suspen, terperanjat diselit dengan background muzik yang suspen. haha. bosan tauk!! (err.. korang faham tak..? ;p ) 

aku dapat agak la, mula2 kamera akan tunjuk muka terperanjat beruk yg si A, pastu slow2 pergi kat B, pastu kat si A balik, then kat si B. adess.. sampai bila deh nak habis? tapi, tak nafikan, pelakon2 indon ni pandai buat mimik2 muka terperanjat, mukan kantoi, muka penuh dengan setan. hahahaha.. ( ok la..) Next, aku perasan lah, dari segi camera shot, dorang banyak shoot muka je. berlakon asing2 apa? ;p 

Then, episod punyalah banyak sampai aku rasa makin lama, makin melalut2 jalan cerita dia. Punyalah beriye nak tengok juga, pastu bila sampai ending, hero & heroin berjalan sambil berpelukan.. daa.. abes.. what the heck?? ;p buang masa aku je nengok selama ni. But, cerita melayu pun ada macam ni juga, daripada arwah nenek aku sakit, sampai dah meninggal, wujud lagi cerita tu. ;p ntah bila nak habis tak tahu la. ;)

Ni bagi pandangan aku lah. tak tahu lah pandangan korang kan. ;p tak nafikan, drama melayu pun ada yang lebih kurang sama je. Mungkin sebab drama melayu pun banyak pasal cinta, so, dah jadi macam bosan pula kan. ;p Bagi aku, tak salah kalau kita nak ambil drama2 indon ni, tapi boleh tak bagi yang lain dari yang lain. Selain dari cinta? alahaii.. bosan lah. ;p kalau drama cinta ni, moral tu kurang lah bagi aku. Hah,  tapi aku suka drama indon setiap hari jumaat kat Tv3. yang tu, best. memang banyak bagi moral. dan.. lagu2 diorang aku suka! huhu.. sedap didengar. ;) 

kepada peminat2 drama indon, aku minta maaf ye kalau2 ada yang tak setuju dgn aku. aku cume nak bagi pandangan je. ;) harap diampun ya!! LOL ♥

p/s: nak raya dah!! ;)





6 comments:

Unknown said...

betol betol ! setuju sesangat ! dah boring dah tengok . rasa cam nak jadik pengarah cite tu then ubah jalan cite die balik . hik2 :D

pinky_liscious said...

kita suka drama korea..hehehe

Taufan Bin Ribut said...

drama bawang merah putih tu sAYE LAYAN dulu sampai habes ^_^

Entri Terkini : Shopping Raya yang sakan

Entri terdahulu : Mercun rocket buat aku terbang tinggi-tinggi

Nas said...

damn!!! dulu nyesal tengok citer indon bawang merah putih tuh
da la makin melanjut episod dia
citer pun mengarut... no moral value n nothing..... xde ape yang syok dalam citer uh....
citer indon kat atas xtengok..
sbb da anti citer indon da...
citer melayu ok sikit dr indon nih
muahahaa

Anonymous said...

cite banyak ngarot tapi klu ade yg best sgt memang hot cite tu..tapi tak banyak pon..layan ketika cinta bertasbih (^_^)

mama aini said...

cerit ini mula2 ok akhirnya semakin merapu je..hu2x..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...