Saturday, August 6, 2011

siapa rasa2 dia lelaki & perempuan, tolong baca ni.

dalam previous post aku bulan lepas yang bertajuk karutan terunggul #1, aku ada bagi tahu yang aku dah mula membaca satu buku ni yang bertajuk 'why men dont listen, and women cant read maps.' ;) setakat ni, aku dah berjaya baca sampai muka surat 102. totally buku ni sgt osem ok!! ;) sangat syok baca, sebab ia semua berkaitan dgn kejadian yang berlaku pada kita diantara lelaki dan perempuan. so, kadang2 tu ketawa sorang2  bila baca. ;)

so, aku nak share dengan korang semua beberapa ayat yang best aku baca dalam buku ni.  jadi, aku hope korang boleh bagi pandangan, idea serta kutukan pun sangat2 dialu2kan bila dah habis baca entry ni ye! ;) bukan apa, nak tahu juga pandangan dari korang sendiri macam mana, kadang2 buku ni pun ada tak betul juga kan. ;p

okay, yang pertama:

kebiasaannya, lelaki memilih kad ucapan yang mengandungi banyak perkataan di dalamnya. dengan cara itu, hanya ada sedikit ruang yang tinggal bagi mereka untuk menulis. 




;) wahai kaum adam, betul ke? ;p bagi pandangan aku sendiri, dari 100%, aku setuju 90%. hehe. sebab kebanyakan yang aku dapat kad dari kawan2 laki aku, mahu pun sms hari jadi ke, apa ke, semua nya ringkas bebenor. contoh terdekat, mr ♥ aku. dia bagi aku kad hari jadi yg sgt sempoi. yang dia tulis cuma i love u & sincerely je. selebihnya ayat2 dari kad tu je. ;p


Yang kedua:

Lelaki dapat mengasingkan dan mengetepikan masalah mereka seketika, berlainan bagi wanita, mereka sentiasa berasa risau. 

gambar ni ade motip tak? huhu.

haha, yang ni pun aku setuju 90% juga lah, sebab aku sendiri pun kalau ada masalah, memang payah nak tolak ke tepi camtu je, mesti akan fikir sampai tak tentu arah. ;p aku rasa bukan aku sorang je, korang yg perempuan ni pun mesti rasa camtu gak kan? ;p tapi, kalau lelaki, boleh cool je. tak faham.! 

Yang ketiga:

apabila wanita bercakap bagi menghabiskan kesemua ayat yang belum dia habiskan, dia tidak mahu diganggu dengan pelbagai cadangan oleh sang adam yang bertujuan menyelesaikan masalahnya.



erkkk? yang ni aku 50/50. korang yang perempuan camne? ;) sebabnya.. aku ni kadang2 bila bercakap tu, aku memang perlukan pertolongan atau cadangan dari sang lelaki, tapi kadang2 tu, aku tak nak pun, aku just nak dia dengar je, supaya aku lega. huhu.. 

Yang keempat: 

Lelaki dapat mencari arah keluar dari A ke B melalui jalan2 sempit di belakang bangunan. namun cuba letak mereka di tengah2 sekumpulan wanita yang sedang berbincang perihal pelbagai perkara dalam satu masa. mereka pasti jadi bingung!



haha. yang ni aku setuju 100% kut! ;p korang lak ?

Yang Kelima:

apabila wanita bercakap banyak dengan lelaki, maknanya dia suka & selesa dengan lelaki tersebut. tapi, kalau wanita tak ingin bercakap banyak dengan lelaki, maksudnya ada masalah.



;) yang ni, aku agree juga lah. sebabnya, aku sendiri kalau nak membebel banyak dengan lelaki ni aku tengok keselesaan aku juga. kalau aku rasa dia tu boleh go, aku on je la. ;p korang lak camne? ;p

 Yang keenam:

cakap berkias dapat membantu wanita dalam membina perhubungan sesama mereka. namun ia jarang berjaya apabila berurusan dengan lelaki, kerana mereka memang tidak faham apa yang sebenarnya diingini. 




haha! yang ni aku 100% setuju! lelaki ni, nak kena cakap direct baru faham, kalau tak, ternganga-nganga. but, tak tahu lah pandangan korang camne lak kan.. ? ;)

okay, setakat ni, tu je lah aku boleh kongsikan dulu.. sebenarnya banyak. tapi, memang aku rajin nak menaip banyak2 sekarang ni. ;p so, apa pandangan korang bila baca semua ni? adakah betul perkara2 yang dinyatakan semua tu? ;)  

bagi aku sendiri, hampir kesemua ada benornya. lelaki memang terkenal dengan sikap diorang yg cool (eh, cool ke?) nak mampuih tu.;p tapi, tak semua lelaki kategori macam tu. ada yang balance. tapi, sebenarnya ada bagus juga kalau lelaki bersikap cool macam tu. at least, yang perempuan ni terasa selamat sikit bila dengan lelaki2 macam ni. ye la, kalau dah perempuan gelabah tak tentu pasal sekali dengan si lelaki, tak ke huru hara? hehe.




ini sekadar pandangan aku lah. tak ada niat nak rendahkan mana2. baik lelaki atau perempuan. kedua2 ni sangat memerlukan antara satu sama lain. ye dok? ;) 

sekian, LOL.. ♥


p/s: terima kasih buat mr google. ;)

7 comments:

nurshaf said...

sy setuju yang pertama,2,4,5,6

ketiga, 50 jugak, sebab tak semua mcm tu, [yang ade peluang mcm tu]

in nutshell, lelaki memang easy je, semua nak amik mudah, tak nak susah payah mcm perempuan, perempuan ni dia boleh buat benda2 yang susah sebab dia sertakan sekali dengan hati dan perasaan, sebab tu boleh jadi iklas dan dia boleh hadap benda tu dengan lama.

GadisAntik said...

fiq: terbaikk fiq, huhu.. setuju2. ;)

Bicara Bisu said...

assalam dear..

hiihii best la bc sal nie..

senpat yer wat kajian..uhuhuu

Nadhira said...

nice entry syue (nak pinjam buku tu boleh tak? hehe). ok, ni pendapat akak la.

for the 1st and 2nd facts.
overall comment, lelaki mmg simple. the coolest creature eva (kononnya lah).mungkin tak semua. but mostly guys yg akk kenal, mcm tu lah. lagi2 dari bab selesaikn masalah. they greatly differ from us. really. kita selalu amik sesuatu masalah tu in details. tapi lelaki tgk mcm tidak. bukan nak kata dorang cincai. maybe dah cara dorang. they have their own way.

3rd fact.
emm...this one akak tak sure. depend pada diri masing2. i mean that girl la. sama ada dia just nak luahkan apa dia rasa atau dia nak luahkan dan minta pandangan sekali. but you know what syue? pndangan seorang lelaki sgt berguna (and i'm talking about a guy yg berfikiran luas dn matang).cuba syue utarakan pndangan syue tntng sesuatu perkara pd guy yg syue kenal. dan cuba dengar pulak apa pndangan dia. msti syue akn dpt perkara baru.

4th fact.
heee...itu kalau lelaki. kalau perempuan pun diletakkn di tempat yg sama mcm lelaki tu, mcm mana pulak? rasanya lebih kurang je outcome dia.masing2 akn rasa bingung. kan kan...

5th fact.
yg ini memang akk setuju. senang cerita...to those guys, you better watch out if that woman diam tanpa sebab. maknanya mmg ada yg tak kena.faham2 la ye.

6th fact.
In my previous post. tak ingat dah yg mana. akk pernah tulis...perempuan kalau cakap A sebenarnya dorang maksud kn B. meaning here..mcm fact kat ataslah. perempuan ni suka berkias2. kita tak selalunya ckp direct mcm seorang lelaki. dan lelaki pulak bukan mudah faham kiasan kita. so, my suggestion to all women out there...tak payah le simpan2 nak berbunga bagai. baik terus terang je. letih woo...nak bagi org lelaki faham hasrat hati ni.ngeee.

anyway, fitrah alam..lelaki diciptakan utk wanita dan wanita pula diciptakn utk lelaki. so there must be pro and cons.utk isi kekosongan antara satu sama lain...sabor jela kalau kdg2 tu payah nak faham peribadi masing2.peace yaw!

mama aini said...

syue mama setuju yg diatas..kerana lelaki ni selalu nak ringkas,cepat & mudah je. mcm tu kira cool ke?...hu2x..sbb tu diaorg tulis ayat pun yg simple2 je..hu2x..mcm en.hb mama jugak lah !!!...he2x..bila bermasalah mama lbh selesa mendiamkan diri...mama tak nak share ngan dia !!! ha2x...

Nas said...

1- amat setuju
2- setuju..cuma bagi kes aku, aku berlawanan :P
3- setuju gak... lelaki suke xabeskan ayat yg dia cakap.. macam aku :P
4- xpaham la.. aaaa
5- yess.. ini setuju sangat2.. cuma kalau xingin bercakap dengan laki ade 2 pecahan.. 1 sebab mmg apa yg ko cakap.. 1 lagi sebab dia perempuan yang mmg ada sifat malu.. ekekeke
6- kurang pasti.. macam orang tua lak berkias2 nih :P

Mohd Hakimi Zulkifly said...

Lelaki lebih cool tetapi cool terlebih boleh membawa padah..
Perempuan lebih cerewet tetapi cerewet itu mampu mengekalkan perhubungan..
hampir keseluruhan yang awak keutarakan daripada buku itu betul..teruskan usaha anda..good luck-MHZ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...