Friday, August 26, 2011

AtLet geng bas sekolah.

Jangan tak tahu, insan ni dulu atlit terunggul geng bas sekolah taw! ;p (sile muntah) tengah duk kemas2 almari tadi, aku terjumpa artifak2 negara ni, yakni: medal2 kemenangan wa zaman sekolah2 dulu. hehe. Bila fikir2 balik, tergelak sorang2. macam tak percaya itu adalah wa. sebab diri insan ini yg sekarang, memang gile malas nak bersukan. tengok badan lah, dah sekeping macam tiang letrik. tidak lagi se' tough dulu. haha.


hah, nampak tu? kiki. kepada kawan2 kolej wa, mesti dorang tak caya ni wa punya. ;p
yang tu baru sekolah menengah punya, sekolah rendah punya aku tak tahu mana mak aku campak. ;p kalau di'combined kan. boleh lah nak berlagak retis sukan jap. ;p ( sile menyampah)

ya, secara peribadinya, aku memang minat bersukan dulu. segala macam sukan aku masuk. tapi, paling aku minat olahraga lah. Bola baling antara faveret aku. kalau nak dibandingkan dengan bola jaring, aku more enjoy main bola baling, sebab tak payah nak gedix2 sgt macam bola jaring. kaki nak kena jaga, salah gerak sikit, pritttttt...! berbunyi wisel. haishh.. menyusah! ;p pastu, ada pula kawasan2 larangan yg tak boleh masuk. tapi, aku agak beruntung lah, masa aku join bola jaring kat sekolah dulu, aku selalu jadi C. yela, kalau C, semua kawasan aku boleh redah, kecuali kawsan nak jaring gol.maka, bermaharajalela lah wa kat atas padang tu. padahal bola ntah mana2 aku baling. kiki. ;p


macam mana aku boleh terjebak dalam dunia sukan ni.? semua salah abang aku! hehe. tak ada lah, actually, aku dgn abg aku dulu satu sekolah. Plus, abg aku pun sgt aktif dalam sukan. so, sikit sebanyak, aku memang terikut perangai abang aku lah. yela, syok je kan nengok dia gi ambil medal2 kat atas pentas sambil buat muka bangga nak minta kaki dgn aku. ;p antara banyak2, aku paling alergik dgn hoki & bola tampar. hoki sebab ntah mana2 la bola hoki tu aku bawak. (memang tak ada seni hoki) bola tampar pula, sakit tangan weii!! ;p (gedix)

rindu pula nak main bola baling


bola baling paling syok!! nak2 bila abang2 senior yg hensem2 tunjuk ajar. fuhh.. malu2 pule. ;p(padahal abg sendiri pun ada) memang best lah bila ingat balik kan. ingat zaman2 pergi training. sebelum selection, berhempas pulas lah insan ni menunjukkan prestasi yg konsisten untuk tambat hati abang2 senior tu pilih wa wakil sekolah. kiki. ;p tak ada maknanya nak cover2 cun, wa hentam je. segala macam yang goyang pada ketika itu, wa buat dek je. ;p



setiap kali sukan tahunan, aku tak terlepas mewakili rumah sukan aku untuk olahraga. nak wakil sekolah, memang aku lari macam cheetah. ;p  antara lumba lari yg selalu aku masuk,
4x400 meter, 800 meter, 4x100 meter, 1*** meter pun aku ada masuk, tapi tak payah cakap lah, terus pengsan! haha. ;p cuba lah dibayang nye insan kecik ni berlari satu stadium yang luas tak hengat dunia, memang semputtt. ;p ( tu sebab ko tak wakil sekolah) so far.. semua yg aku masuk, aku menang lah. johan pulettew! ;p antara kenangan yg aku ingat, masa 4x100 meter, aku pelari ke 3, sipi2 nak johan beb! tapi disebabkan kesengalan wa yang terpijak kaki member wa no 4 tu, kitorang dapat no 2! adess.. maki diri sendiri masa tu.hehe.


masa sekolah rendah dulu, sukan buat kat padang je. bila masuk sekolah menengah, buat kat stadium. so, memang satu pengalaman juga lah kan bila dapat berlari atas trek stadium tu. berlari dengan tak pakai kasut, memang melecet kaki aku pastu. ;p antara lain, lompat tinggi? haha. ini tak ada lah wakil rumah sukan, mahupun sekolah. sememangnya, insan ni kurang ketinggian kut nak lompat tinggi ni. setiap kali insan ni mencuba, ada sahaja halangan dari palang tu. jeles lettew! (padahal ko tak reti) lompat jauh? hah.. lompat jauh syok. walau sengal2 manja juga lah pinggang aku pastu. ;p 

merentas desa? jangan tak tahu, insan ni memang selalu dapat top 20. hahaha. last aku merentas desa masa zaman sekolah menengah, dapat no 11. hahaha! macam mana lah yg boleh top 5 tu, aku tak tahu stamina dorang kategori apa. ;p well.. ini lah kenangan yang paling berharga buat aku. sekurang2nya walaupun orang nengok badan aku ni macam org tak cukup protein, ;p tapi, uolls semua jgn tak tahu, kite ni pernah aktif sukan dulu taukk! ;p
cuma bila dah masuk kolej, aku jadi malas gila dah nak masuk apa2. nak pula masa tu berat badan aku dah susut. memang dah tak bertenaga lah nak bersukan pun. ditambah lagi, wa drive kereta kat kolej, memang ko malas syu! ;p 

kalau dulu, berjogging ni satu kemestian utk wa, sekarang satu seribu macam alasan untuk elakkan. ;) bising juga si wan chaii ♥ bila tengok aku pemalas nak bersukan ni. huhu. tapi, nak buat macam mana, nanti2 aku fikir kan balik lah nak aktif2 ni. ;p 

sekian..

antara kenangan zaman sekolah aku yang lain:



p/s: 1 tahun 11 bulan ♥


3 comments:

Amir Aidid said...

wahh . jarang ame jumpa girl yang rajin bersukan . my girl friends , i mean , kawan perempuan ame semua jenis yang duduk bawah khemah kipas diri sendiri je . -.- HAHA

Bicara Bisu said...

assalam...

tegt lk nostalgia lma2 kan..huhuu

jom maen bola jaring sma2,,huhu

ieff KeTiput said...

hahahhaha
tergelak guling2 aku bace.
wahhahah
lawak la ko ni syue...
dulu ko da la tembam, msti comel muke merah2.
wahhaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...